Tips Penjagaan Kulit Muka Berminyak

Kulit muka yang terlalu berminyak menjadi igauan ngeri buat golongan wanita terutama yang mementingkan penampilan. Aku tak terkecuali. Kulit aku sejenis yang sangat berminyak dan ini sangat menyukarkan aku untuk memastikan make-up tahan lama.

Lebih menyedihkan, bila kulit terlalu berminyak maka jerawat mudah hinggap di wajah. Keadaan ini lebih merunsingkan berbanding memikirkan make-up yang tak tahan lebih lama. Mana taknya..bila kulit berjerawat, muka juga akan dipenuhi oleh parut-parut jerawat dan mengambil masa untuk pulih.


Bagaimana Minyak Terhasil Pada Manusia?

Kelenjar sebaceous adalah kelenjar mikroskopik pada kulit yang merembeskan bahan berminyak/berlilin, dikenali sebagai sebum, bagi melicinkan kulit dan rambut pada mamalia. Pada manusia, ia terdapat banyak di muka dan kulit kepala, sungguhpun ia tersebar diseluruh kulit kecuali pada tapak tangan dan kaki. Pada kelopak mata, Kelenjar sebaceous meibomian merembeskan sejenis sebum khas yang membentuk air mata. Terdapat beberapa keadaan perubatan berkait dengan sebum, termasuk jerawat, cyst sebaceous, hyperplasia sebaceous, adenoma sebaceous, dan carcinoma kelenjar sebaceous (lihat seksyen di bawah: Pathologi).

Kelenjar sebum atau kelenjar minyak terletak di seluruh tubuh badan. Kelenjar ini banyak terdapat di bahagian muka, kepala dan bahagian kulit yang berbulu. Setiap kelenjar terbina daripada gelembung-gelembung yang mempunyai tisu epitelium di sekelilingnya.
Salur dari gelembung ini menuju ke kulit luar melalui liang roma. Kelenjar sebum juga didapati di lubang telinga (kelenjar cerumen/kelenjar lilin) dan di kelopak mata (kelenjar meibomian). Kelenjar sebum berfungsi dalam:
  • Merembeskan bahan berminyak yang dikenali sebagai sebum. Sebum adalah campuran lemak, kolesterol, protein dan garam tak organik.
  • Sebum mencegah rambut menjadi kering dan rapuh.
  • Membentuk sistem perlindungan pada kulit yang dapat mencegah dari berlakunya penyejatan air yang berlebihan daripada kulit.
  • Membantu kulit menjadi halus dan lembut.
  • Mencegah pertumbuhan beberapa bakteria di kulit.
Kelenjar sebum ini mula berfungsi semasa baligh dan dikawal oleh hormon androgen. Kelenjar sebum adalah salah satu contoh kelenjar holokrin kerana selepas sebum dirembeskan, sel kelenjar menjadi kosong dan mati. (Sumber :  Wikipedia)


Tips Berkesan Untuk Hilangkan Kulit Berminyak


1. Gunakan pembersih muka yang lembut dan sesuai dengan jenis kulit.

Pilih pembersih muka yang mengandungi benzoyl peroxide, salicylic acid, glycolic acid atau beta-hydroxy acid.

Kandungan ini sangat lembut dengan semua jenis kulit tambah lagi yang berminyak. Ia akan mengawal pengeluaran minyak berlebihan.

Macam aku, sekarang aku gunakan pencuci muka Botanical Effect dari Mary Kay. Memang sesuai dengan kulit muka aku yang sangat berminyak ni.


2. Cuci Muka 2 Kali Sehari

Elakkan mencuci muka dengan teralu kerap kerana ia akan mengaktifkan lagi pengeluaran minyak di muka. Seelokknya mencuci muka ketika bangun tidur dan sebelum tidur. Ia akan menstabilkan pengeluaran minyak pada kulit.

Gambar Kredit : Google

3. Tidur yang mencukupi

Tidur yang mencukupi antara penyebab keseimbangan kulit pada wajah. Tidur yang cukup ternyata sangat berkesan untuk penjagaan kecantikan.
Gambar kredit : Google
4. Banyakkan minum air kosong

Minum air kosong sebanyak mungkin kerana air membantu membuang toksin dalam badan yang menyebabkan penghasilan minyak berlebihan dan pertumbuhan jerawat.

Gambar Kredit : Google

5. Gunakan pelembab muka yang sesuai.
Elakkan pelembab muka yang mengandungi petroleum kerana ia akan menambahkan lagi minyak di muka. Jadi, pastikan korang membaca label dengan teliti sebelum membeli. Oleh sebab itu aku memilih  pelembab Oil-free Hydrating Gel dari Mary Kay.


Antara manfaat dan keistimewaan Oil-free Hydrating Gel dari Mary Kay ini ialah :
  • Diserap dengan mudah untuk menyejuk dan menyegarkan kulit.
  • Menghidrasi kulit sehingga 10 jam
  • Memulihkan seimbangan lembapan untuk wajah tampil halus, lembut dan lebih muda.
Ini kerana bahan-bahan yang terkandung dalam Oil-free Hydrating Gel dari Mary Kay ini ialah :
  • Dimethicone iaitu (perapi) memperbaiki penampilan kulit dan (emollient) mengekalkan kelembutan, kehalusan kulit wajah.
  • Ekstrak teh hijau (camellia sinesis) yang bertindak sebagai (antioksidan) pemusnah radikal bebas dan melindngi kulit daripada kesan-kesan negatif radikal bebas dari persekitaran, (agen penyegar) mampu menenangkan dan melegakan kulit.
Ciri-ciri Oil-free Hydrating Gel dari Mary Kay ini ialah :
  • Sesuai untuk kulit sensitif
  • Diuji secara klinikal untuk kerengsaan dan alergi kulit.
  • Bebas daripada pewangi
  • Bebas daripada minyak
  • Tidak komedogenik
  • Diuji oleh ahli ophthalmologist
  • Sesuai untuk pemakai kanta lekap
Sejak menggunakan Oil-free Hydrating Gel keluaran Mary Kay, kulit aku dah tak terlalu berminyak. Malah make-up juga tahan lebih lama. 

Cuma sapukan Oil-free Hydrating Gel pada wajah selepas muka dicuci. Macam aku, aku gunakan pada setiap pagi dan malam. Juga sebelum mengenakan make-up pada wajah sebab Oil-free Hydrating Gel ini mampu menjadikan make -up tahan lebih lama.

Untuk keterangan lanjut mengenai barangan Mary Kay, terutama bagi mereka yang tinggal di Negeri Sembilan boleh lah menghubungi :

Puan Rozita

Facebook : Maryk_Rozita
Instagram : maryk_rozita
Tel : +6012-6802870





Post a Comment

1 Comments