Berhubung Tanpa Sempadan Dengan Travel Recommends

Tiap kali nak travel ke luar negara benda yang paling aku risaukan ialah 'wifi'! hahaha.. Ialah, nanti tanpa internet susah aku nak berhubung dengan suami dan nak update kerja.

Baru-baru ni aku ke Kepulauan Riau, Indonesia selama hampir seminggu. Sebelum bertolak ke sana Mawardi dah ingatkan aku awal-awal tentang internet ni dan dia cadangkan aku untuk mencuba pocket wifi dari Travel Recommends.



Apa Itu Travel Recommends?

Travel Recommends adalah pocket wifi yang akan memastikan kita sentiasa dapat berhubung menggunakan internet walau di mana kita berada. Pendek kata,Travel Recommends ini dapat menghubungkan kita dengan dunia luar tanpa sempadan.

Jadi tak kira ke negara mana pun kita pergi, selagi ada 'internet coverage' selagi itu lah Travel Recommends akan menghubungkan kita dengan dunia luar! 



Bagaimana Cara Menyewa Travel Recommends

Mudah je untuk menyewa Travel Recommends ni. Yang penting korang merancang perjalanan korang dan pastikan korang membuat tempahan online sekurang-kurangnya sehari sebelum korang memulakan perjalanan korang.

Selepas membuat tempahan secara online, korang akan menerima email dan cara-cara membuat pembayaran secara online. lakukan pembayaran dan tadaaaa..korang akan menerima email pengesahan tempahan. Mudahkan? Tapi langkah ni belum habis lagi. Semasa membuat tempahan, korang boleh membuat pilihan bagaimana cara nak ambil router Travel Recommends ini.

1. Ambil dan hantar sendiri di beberapa cawangan mereka.
2. Menggunakan perkhidmatan courier (caj penghantaran RM20 sehala)

Boleh rujuk gambar dibawah ini bagi memudahkan korang untuk lebih faham.


Macam aku hari tu, aku ambil sendiri di KLIA 2. Kalau korang nak ambil di KLIA 2, Travel Recommends booth ni terletak betul-betul di dalam Tune Store iaitu di Arrival Hall. Cuma tunjukkan Kad Pengenalan korang dan korang akan terima sebuah beg kecil yang mengandungi pocket wifi, usb cable dan international socket serta risalah cara-cara penggunaan Travel Recommends ini.




Booth lain yang korang boleh ambil selain di KLIA & KLIA 2 ialah di :

Travel Recommends Booth at Penang Airport- Level 1
Lapangan Terbang Antarabangsa Penang,
11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang, Malaysia.

Travel Recommends Booth at Johor Bahru- Level 1
Ipoh Overland (First Floor Situated along CIMB Bank and Warakuya Japanese Restaurant),
15 A, Jalan Kuning 2, Taman Pelangi, 80400, Johor Bahru Johor.

Bagi korang yang berlepas tengah malam atau awal pagi mesti tertanya-tanya 'alaa..macam mana nak ambil sebab mesti kedai tak buka lagi' hehehe jangan bimbang sebab booth Travel Recommends di KLIA & KLIA 2 dibuka 24 jam.


Pengalaman Menggunakan Travel Recommends

Memang agak puas hati menggunakan Travel Recommends sebagai pocket wifi aku sepanjang berada di Kepulauan Riau. Cuma untuk tempat-tempat tertentu macam ketika berada di Pulau Batu Belubang yang memang langsung tak ada internet coverage..memang tak boleh guna la.

Tapi macam aku berada di Pulau Pancur dan Pulau Daik, Alhamdulilah dapat berhubung dengan suami di Malaysia dan dapat berkongsi gambar-gambar menarik di semua media sosial aku.



Bagaimana dengan plan yang disediakan oleh Travel Recommends? Boleh rujuk di bawah :


Dan sekiranya korang ingin mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang Travel Recommends ni, korang boleh la layari :

Post a Comment

20 Comments

  1. Terkejut jugak kat Lingga pun ada line hehe. Tp sayangkan kt batu berlobang xde. Kalau x spam gambar la jawab dia haha

    ReplyDelete
  2. Menarik ni..thanks Min atas info ni..bokeh la akak guna servis pocket wifi ni bila pergi travel nanti..memudahkan semua org kan..

    ReplyDelete
  3. sekarang ni tak ada lah sebab untuk tidak dapat internet melainkan tak ada coverage telefon heheheheh macam kat Batu Berlubang kalau duduk situ kita rasa mati kutu jugalah kan hehehehe apa pun ia sangat membantu...

    ReplyDelete
  4. sesuai sangat untuk kaki travel yang tak nak terputus dengan dunia internet. lagi pun harga boleh tahan murah dan berbaloi.. boleh share dengan kawan-kawan kalu nak jimat kan. oh perasan jugak kedai ni kat klia2 tu..next time kalu travel oversea boleh la sewa benda alah ni

    ReplyDelete
  5. Lepas ni dah tak risau la nak travel mana2 dah ada wifi macam ni.boleh jadikan panduan kepada sesiapa yang nak travel ke lur negara tu

    ReplyDelete
  6. I belum pernah try travel recommends for my travel yet. Tapi pakej they all nampak best gak. Boleh la try for my next trip ni. Line pun ok .

    ReplyDelete
  7. Kalau travel selalunya memang tak bawak Travel Wifi. Guna yang ada kat hotel je. Hehe. Nak nak kalau pergi Korea, perghhh wifi laju sangat. Sangat teruja bila guna wifi kat Korea. Laju.

    ReplyDelete
  8. Yup memang wifi amat le penting kalau nak travel, kalau tak ada memang bercinta nak cr tempat2 yg ada menyediakan wifi. Sis kalau travel memang inilah yg tak pernah sis lupa nak buat :)

    ReplyDelete
  9. Zaman sekarang ni internet sangatlah penting. Kalau takde, memang jadi tak keruan. Serba tak kena. Haha
    Mujurlah ada pocket wifi sebagai penyelamat kan. Kena tahu ni. Mana la nak tahu satu hari nti nak melancong sana sini kan.

    ReplyDelete
  10. Belum lagi try travel wifi. Normally beli local sim je. After this boleh la try ni.

    ReplyDelete
  11. Best nya ada pocket wifi mcm ni. Kitorang g jepun hari tu nasib baik Airbnb owner bg wifi kalau tak, mennonong je la.. huhu..

    ReplyDelete
  12. This is a device I really need !! hahaha travelling around without wifi is fun but sometimes family requires us to check in now and then so that they are not worried. this is helpful.

    ReplyDelete
  13. Menarik konsep poket wifi ni. Zaman skrg wifi bukan lagi kehendak tapi keperluan. Rata2 org suka berhubung melalui internet. Esp video call. Nanti nk travel boleh try.

    ReplyDelete
  14. Ohh patutlah asyik nampak kak min post gambar masa travel tu. Ingatkan pakai sim local. So tak payah Beli sim la ni. Bagus juga pocket WiFi ni kan. Thanks sharing. Baru tau..adehh senang nak rujuk bila nak travel nanti.

    ReplyDelete
  15. Ahaks betul3.
    Kalau pergi travel tanpa itnernet memang rasa empty gila. It just like hilang rutin. Pegang phone tanpa coverage rasa macam orang gila

    ReplyDelete
  16. TR ni memang best. Pernah guna semasa travel ke Jpn.. sangat puas hati

    ReplyDelete
  17. Setakat ni travel mesti beli simcard kat sana. Teringinjuga nak pakai pocket wifi ni. Mana tau next trip kan ke sana plak.

    ReplyDelete
  18. bagusnya ada pocket wifi ni..senang la nak travel lepas ni and spam gambar bebanyak

    ReplyDelete
  19. Wah..bagusnya info.min, kak bln Mac nk pg Korea jd blhlah tnya psl pocket wifi ni, klux mmg blur camner nk berinternet kat korea nti.

    ReplyDelete
  20. hmmm.. harga dia lbh murah dari yg satu tu... hehe

    ReplyDelete