Pulau Lingga Saksi Kehebatan Sejarah Melayu

Minggu lepas aku ke Pulau Lingga, Indonesia. Kalau korang pernah belajar sejarah sudah pasti korang pernah dengar tentang sejarah kesultanan Riau-Lingga. Dan ye..aku berpeluang menjejakkan kaki ke Pulau Lingga yang menjadi sebutan dalam hikayat sejarah Melayu lama yang terletak di Kepulau Riau, Indonesia.


Jujur, aku ke sana setelah mendapat jemputan untuk sama-sama memeriahkan acara 'Nongsa Neptune Regatta Sail to Lingga 2019' iaitu sebuah perlumbaan kapal layar yang terbesar di dunia dan satu-satunya perlumbaan perlayaran yang melintasi khatulistiwa dan Pulau Batu Belubang telah dipilih sebagai tempat perasmian acara gilang gemilang ini.

Sedikit Tentang Nongsa Neptune Regatta Sail to Lingga 2019

Seperti yang aku terangkan di atas, Nongsa Neptune Regatta Sail to Lingga 2019 adalah sebuah perlumbaan kapal layar terbesar di dunia dan satu-satunya perlumbaan pelayaran yang melintasi khatulistiwa. 



Perlumbaan pelayaran ini sepenuhnya merentasi perairan Indonesia yang bermula di Nongsa Point Marina dan juga tamat di Nongsa Point Marina.

Gambar kredit : Yazid Izzat

Bagi memeriahkan acara ini, media dari Indonesia, Singapura dan Malaysia turut diundang bagi membuat liputan. Dan acara perasmian Nongsa Neptune Regatta Sail to Lingga 2019 telah diadakan di Pulau Batu Belubang.

Menariknya, para tetamu disambut dengan paluan kompang, pencak silat Melayu serta tarian Melayu lama. Para tetamu kehormat pula disarungkan tanjak Melayu sebagai tanda hormat dan penghargaan. 





Pulau Batu Belubang..Kampung Terbersih Yang Pernah Aku Sampai

Perjalanan dari Batam ke Pulau Lingga mengambil masa kira-kira 4 jam menaiki feri. Pulau Lingga terbahagi kepada 9 kecamatan, 7 kelurahan dan 74 desa.

Tempat pertama yang kami tuju di Pulau Lingga ialah Pulau Batu Belubang. Secara detailnya perjalanan kami dari Batam menuju ke Pulau Batu Belubang ni..dari Batam Centre kami menuju ke Terminal Feri Teluk Punggur, dari Teluk Punggur kami mengambil masa kira-kira 4 jam perjalanan ke Dermaga Cempa Pasir Panjang dengan tiket ferinya berharga 245,000 Rupiah.

Manakala dari Dermaga Cempa Pasir Panjang, kami mengambil masa kira-kira setengah jam pula untuk sampai ke Pulau Batu Belubang. Walau agak penat namun berbaloi sebab Pulau Batu Belubang ni cantik sangat. Bukan takat cantik malah bersih!

Acara pertama kami sesampai di Pulau Batu Belubang ni dah tentulah makan! ye..acara yang sangat dinantikan setelah menghabiskan berjam-jam masa dalam perjalanan. Kami dijamu dengan hidangan masakan penduduk kampung yang  bergotong royong memasak untuk kami. Terharu sangat sebab walaupun mereka hidup dalam penuh kesederhanaan tapi tetamu sangat diraikan.

Ikan ayam-ayam atau ikan jebong mengikut istilah penduduk tempatan. Sedap sangat! 
Seterusnya kami dibawa pula untuk mengelilingi kampung setelah berehat seketika. Sungguh aku kagum dengan kampung ni ialah keadaannya sangat bersih! Tak ada sehelai daun pun di tanah! Pendek kata memang bersih sangat lah kampung ni. 


Melihat sekeliling, kampung Pulau Batu Belubang ni rata-rata penduduknya masih menggunakan perigi untuk aktiviti membasuh dan mandi manda. Berada di sini terasa agak 'klasik' namun sangat mendamaikan.


Tak sah kalau ke Pulau Batu Belubang ni jika tak ke Gua Batu Belubang yang menjadi simbolik nama Pulau Batu Belubang. Jadi, kami turut dibawa ke Gua Batu Belubang oleh penduduk kampung. Untuk sampai ke sini kami terpaksa 'hiking' manja tapi sangat berbaloi sebab kami dijamu dengan pemandangan pulau yang sangat-sangat cantik..Subhanallah.



Gua Batu Belubang
Oleh sebab Pulau Batu Belubang ni cantik sangat, nah! aku hadiahkan korang 1 video..


Menuju ke Pulau Pancur

Hari kedua kami meneruskan perjalanan menerokai Pulau Lingga. Kali ini kami menuju ke Pulau Pancur, yang terletak di utara Lingga. Di Pulau Pancur kami ditempatkan di sebuah hotel kecil iaitu satu-satunya hotel yang terdapat di Pulau Pancur.

Dari Pulau Batu Belubang kami menaiki feri hingga ke Perlabuhan Tenam sebelum kami diambil dengan bas. Tempat pertama yang kami tuju sebelum sampai ke Pulau Pancur ialah tempat yang menjadi tumpuan para pelancong iaitu Air Terjun Resun.

Agak jauh juga sebenarnya untuk kami sampai ke Air Terjun Resun, perjalanan menaiki bas dari Pelabuhan Tenam mengambil masa kira-kira 1 jam. Tapi Air Terjun Resun ni memang cantik dan menarik, airnya pun ya ampunnnn..sejuk dan nyaman sangat!

Sempat bergambar kenangan di Air Terjun Resun

Dari Air Terjun Resun barulah kami meneruskan perjalanan ke Pulau Pancur, sebuah petempatan kecil yang dihuni oleh masyarakat berbangsa Melayu dan Cina. Oleh sebab kedatangan kami pada Tahun Baru Cina maka kami turut diundang bagi memeriahkan acara sambuatan Tahun Baru Cina yang di panggil Sambutan Tahun Imlek dalam bahasa Indonesia.

Pemandangan waktu malam di Pulau Pancur

Pulau Pandan Jauh ke Tengah, Gunung Daik Bercabang Tiga

Hari ketiga kami di Lingga, Kepulauan Riau..kami dibawa pula ke Pulau Daik. Pulau Daik dikira sebagai 'ibu kota' Pulau Lingga. 

Tempat pertama yang kami tuju adalah Muzium Linggam Cahaya yang banyak menyimpan peninggalan-peninggalan sejarah Melayu lama termasuk peralatan harian, pakaian dan juga tinggalan dari kerajaan Melayu Lingga. 



Bagi yang tak tahu tentang sejarah kesultanan Melayu lama, nah aku kongsikan sedikit petikan dari wikipedia tentang Kesultanan Lingga-Riau.
Kepentingan Lingga bermula sejak kemahkotaan Sultan Mahmud Shah III (Sultan Johor ke-16) pada tahun 1761. Baginda menempatkan ibu kota Riau Lama, Ulu Riau, Bintan ke Daik, Lingga pada tahun 1788. Pemindahan ini dibuat bagi mengurangkan gangguan dari pihak Belanda. Baginda kemudian meminta bantuan saudara jauhnya Raja Ismail, seorang penguasa di Tempasuk, Kepulauan Borneo (kini Sabah) untuk merancang kempen melawan penjajah Belanda secara sistematik. Kempen ini telah berjaya dan Sultan menghadiahkan hadiah khusus buat mereka.
Riau-Lingga pada awalnya merupakan sebahagian dari Kesultanan Melaka, dan kemudian Kesultanan Johor-Riau. Pada 1812 Sultan Mahmud Shah III wafat. Dalam sengketa perebutan kuasa yang timbul, pihak Inggeris mendukung putera tertua, Tengku Hussain kerana mempunyai muslihatnya tersendiri, sedangkan pihak Belanda mendukung adik tirinya, Tengku Abdul Rahman. Kesan dari Perjanjian Inggeris-Belanda pada 1824 perluasan kuasa Kesultanan Johor-Riau menjadi dua, di mana Johor Moden berada di bawah pengaruh Inggeris sedangkan Riau-Lingga berada di dalam pengaruh Belanda. Tengku Abdul Rahman ditabalkan menjadi Sultan Lingga-Riau dengan gelaran Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah.

Pada 7 Oktober 1857 pemerintah Hindia-Belanda menurunkan Sultan Mahmud IV Muzaffar Shah dari takhtanya. Pada saat itu Sultan sedang bersemayam di Singapura. Sebagai penggantinya diangkat bapa saudaranya, yang menjadi Sultan dengan gelaran Sultan Sulaiman II Badrul Alam Shah.
Jawatan (Yang Dipertuan Muda) yang biasanya dipegang oleh bangsawan dari keturunan Bugis disatukan dengan jabatan raja oleh Sultan Abdul Rahman II Muazzam Shah pada 1899. Kerana tidak ingin menandatangani kontrak yang membatasi kekuasaannya, Sultan Abdul Rahman II Muazzam Shah meninggalkan Pulau Penyengat dan berhijrah ke Singapura. Pemerintah Hindia Belanda menurunkan Sultan Abdul Rahman II Muazzam Shah dari takhtanya 10 Februari 1911 serta memecat Tengku Mahkotanya, Tengku Besar Umar Muazzam Shah. Mereka akhirnya meninggalkan Riau-Lingga buat selama-lamanya dan bersemayam sebagai kerabat bangsawan di Singapura.
Itu sedikit petikan yang aku ambil dari Wikipedia sebagai rujukan khas untuk mereka yang agak samar-samar tentang sejarah Lingga.
Aku peminat sejarah, jadi aku rasa sangat bersyukur dan teruja bila dapat menjejakkan kaki ke tanah yang penuh sejarah ini. Tambah teruja bila kami dibawa ke Objek Wisata Situs Istana Damnah. Istana Damnah ini adalah tapak asal istana yang telah dipindahkan oleh Sultan Mahmud Shah III dari Bintan ke Daik. Masih terdapat lagi tinggalan yang kukuh hingga ke hari ini, namun begitu di sebelah tapak tinggalan Istana Damnah..kerajaan Indonesia telah membangunkan sebuah replika Istana Damnah bagi memperingati serta membuka ruang kepada para pelancong untuk melihat sendiri tinggalan Istana Damnah ini.





Di bahagian belakang replika Istana Damnah pula terdapat 'Wisata Pemandian Lubuk Papan' yang dipercayai menjadi tempat pemandian puteri zaman silam. Tempat ini masih dijaga rapi hingga kini.


Oh ye! Sebelum aku terlupa, sebenarnya yang paling aku teruja sepanjang berada di Pulau Daik ini ialah dapat melihat sendiri kewujudan 'Gunung Daik' yang selalu meniti di bibir kita bila berpantun. Tahu tak korang yang Gunung Daik seperti yang disebut-sebut dalam pantun Melayu itu benar-benar wujud?
'Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
Budi baik dikenang juga.'
Gunung Daik yang dimaksudkan memang jelas kelihatan terutama dari Muzium Linggam Cahaya. Namun kini Gunung Daik yang dikatakan bercabang tiga cuma kelihatan 2 sahaja cabangnya. Menurut cerita dan mitos, Gunung Daik sememangnya bercabang 3 kerana terdapat 3 puncak iaitu Daik, Pejantan dan Cindai. Namun puncak Cindai telah pun patah dan menurut cerita sebelum puncak Cindai patah, setiap hari akan kedengaran suara tangisan dari puncak Cindai dan suara tangisan itu hilang sebaik puncak Cindai patah sebab itulah puncak Cindai kini lebih dikenali sebagai puncak Cindai Menangis.
Gunung yang nampak bercabang dua kecil dibelakang itulah Gunung Daik


Itulah serba sedikit yang aku dapat kongsikan dengan korang tentang percutian aku di Pulau Lingga, Kepulauan Riau, Indonesia. 

Apa yang aku boleh ceritakan, pemandangan di Pulau Lingga ni memang cantik sangat. Bayangkan ketika kami berjalan di sekitar kampung di Pulau Daik ni pun sempat aku merakam gambar pemandangan yang pada aku sangat indah. Andai kata Pulau Daik ni dekat Malaysia je rasanya teringin juga aku nak buat resort kat sini satu! hahaha..




Penginapan kami di Pulau Daik ni ialah Hotel Pesona Lingga. Hotel ini adalah hotel yang terbesar di Pulau Lingga tau! Dan di sini dapatlah juga kami berhubung dengan dunia luar hehehe..sebab sepanjang berada di Pulau Lingga ni memang agak sukar untuk dapatkan wifi. Apa pun aku enjoy dengan percutian yang sebegini sebab sedikit sebanyak dapat menginsafkan aku!







Post a Comment

33 Comments

  1. wah pengalaman minggu lalu sudah ditulis :D ,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya Danan..bimbang kalau lama nanti lagi lupa hahaha

      Delete
  2. bersih sangat kg die kan..view die cantik sangat

    ReplyDelete
  3. Cantik gambar-gambar yang kak min boh dalam ni.

    ReplyDelete
  4. cantik sangat view die..rindu nak pi sana lagi.

    ReplyDelete
  5. Awas ye kita nampak Kak Min menari bersama pelancong kat sana eeehhhh heheheh syoknya berada kat pulau yang jauh dari kesibukan kotakan rindu lah...

    ReplyDelete
  6. wahhhh cantiknya air terjun, macam potret pula background air terjun tu

    ReplyDelete
  7. Mak ai panjang betul artikel ni. Scroll gambar je. Cantik semua gambar kak min.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha tu pun rasa tak complete cerita wakaka..anyway macehhh

      Delete
  8. Ya Allah..cantik sungguh tempat ni. knapa k.min xajak sy skali..hihi

    ReplyDelete
  9. Cantiknya laut dia. Ikan Jebong ni pertama kali dengar ni. Tak pernah lagi ke sini. Lingga? Serius terlupa subjek sejarah yg tu kalau Linggi pernah dengar. Kepulauan Riau pun setakat pernah dengar ajer.

    ReplyDelete
  10. subhanallah mmg terpegun dengan keindahan pulau lingga ni cik min..baca cerita cik min pun dah memukau ternganga ha..best kalau dtg ke sini siap ada sejarah, view yang sungguh cantik..semoga ada rezeki ke sini

    ReplyDelete
  11. Cantik jugak ya tempat ni..tak pernah terfikir pulak nak ke sana selama ni. Bila baca entry ni..baru tahu banyak jugak tempat menarik yg boleh dilawati kat sana. Bolehlah masukkan dlm wishlist travel sis nanti

    ReplyDelete
  12. ohsem pemandangannya. indah. bersih. saujana mata memandang.
    dgn item bersejarah lagi... pengalaman terbaik la.
    aida x pernah jejaki indonesia lagi. one day.
    now busy terlebih dgn anak-anak dan tugasan ha ha ha ha ha...
    suasana kampung di indonesia is very natural kan. sgt kampung. sgt original :) like it so much.

    ReplyDelete
  13. cantik nya gambar depa! memang unik kan kepulauan lingga. rsa nak pergi lagi tapi fikirkan laut ahahah tak jadi

    ReplyDelete
  14. best Minnberpeluang menjejakkan kaki ke sini..pemandangan cantik sangat..akak suka pi tempat2 yang ada tinggalan sejarah ni..eh..mana gambar Min yg amik dari lubang batu tu...gambar tu cantik sgt

    ReplyDelete
  15. Syoknya kak dapat jalan-jalan ye.. cantik tempat dia, air dia lawa.. air terjun tu memg woww sangat tau.. Makanan dia. .Alahaii. .meriah snagat tengok. .

    ReplyDelete
  16. tak puas rasanya stay di desa batu berlobang. tetiba rasa damai sangat kt sana.

    ReplyDelete
  17. Tak puas rasa baca entri ni. Dengan gambar2 yang cantik lagi. Hati ni rasa meronta2 nak terbang pi sana. Ewahhh. Hihihi. Kiranya perlumbaan kapal layar ni akan diadakan tiap2 tahun di sini la ye?
    Pasal Gunung Daik tu pun menarik, patutlah cabangnya tiga. Ada sejarah rupanya.

    ReplyDelete
  18. Serious tempat ni memang penuh dengan sejarah. Seronok kalau dapat menghayati cerita or kisah setiap tempat yang di lawati. Event ni memang menarik and that makan experience really to die for. Sebab ikan tu nampak fresh giler.

    ReplyDelete
  19. Looks very interesting. Need to plan a trip there soon

    ReplyDelete
  20. Sangat-sangat terpegun dengan keindahan pulau lingga kakmin, cantik tak terkata dan suasana di sana semuanya membuat kita teringat akan zaman silam kitakan. Adoiiii, rindu nak minum pop ice,ahahahahha

    ReplyDelete
  21. Suka tengok pemandangan di sini. Cantek gilos. Best kalau dapat tengok pertandingan perlayaran (in real)

    ReplyDelete
  22. Bestnya dapat ke sna. Memang cantik la permandangan dia kat sana. Bersih! Pantai dia pun memang cantik. Airnya menghijau macam tu. Air terjun pun mendamaikan..

    ReplyDelete
  23. Memang cantik pemandangan kat sana, I love Indonesia and there are so many things to explore and discover there.

    ReplyDelete
  24. Cantik nya wehhhh. jeles betul. Rindu nak travel ala ala backpackers ni. Skrg travel ala ala bawak anak kiri kanan je mampu. Haha

    ReplyDelete
  25. Wahhh seronok nya dpt menjejak kaki ketempat bersejarah....berbagai cerita lama kita dpt ketahui dari perkongsian ini....nice sharing...

    ReplyDelete
  26. Cantik gila pulau ligga ni. 1st time akak dengaq pasai pulau ni. Air tuuuu gerammm sangatttt

    ReplyDelete
  27. Seronok tengok gambar-gambar kak min share di instagram. Cantik sangat view pulau tu.. Berbaloi jauh perjalanannya

    ReplyDelete