Berkampung Di Marina Island Pangkor Resort & Hotel Demi Lumut Eco Run 2019

Salam semua..macam dah lama aku tak update entry kan? hehe..agak sibuk kebelakangan ni dengan kehidupan dan kerja.

Oleh sebab dah agak lama tak update entry, jadi entry kali ni agak panjang sebab aku nak kongsikan dengan korang tentang pengalaman aku sepanjang di Lumut bagi menyertai 'Lumut Eco Run 2019' yang berlangsung pada 2 Mac 2019 yang lepas.


Bagi yang agak 'blur' tentang Lumut Eco Run 2019, Lumut Eco Run adalah sebuah acara larian mesra keluarga yang dianjurkan oleh Patriot Malaysia dengan 5 objektif murni yang berterusan yang ingin disemai sebelum, semasa dan setelah berlangsungnya acara larian seperti :

  • Menghidupkan kembali semangat berkomuniti untuk menjaga, memelihara dan memulihara kawasan setempat.
  • Melibatkan semua pihak baik dari peringkat pelajar sekolah dan pengajian tinggi, kepada golongan dewasa dalam bersama-sama mengembleng tenaga serta idea dalam menjaga alam sekitar.
  • Memupuk semangat anak muda untuk memajukan ekonomi tempatan melalui pelbagai aktiviti perniagaan dengan mengambil kira kehadiran khalayak ramai yang datang berkunjung.
  • Menyegarkan kembali bandar Lumut sebagai salah satu destinasi pelancongan utama dengan memposisikan Lumut kembali ke dalam kalendar tahunan pelancongan Malaysia.
  • Mempromosikan industri desa dan warisan sekitar Lumut, Setiawan dan Manjung sebagai tarikan kepada pengunjung luar.
Sekitar 'press conference' Lumut Eco Run 2019 yang berlangsung di Marina Island Pangkor Resort & Hotel

Sekitar 'press conference' Lumut Eco Run 2019 yang berlangsung di Marina Island Pangkor Resort & Hotel

Sekitar 'press conference' Lumut Eco Run 2019 yang berlangsung di Marina Island Pangkor Resort & Hotel

Buat pengetahuan korang juga, Lumut Eco Run 2019 ini alah pemangkin bagi acara Lumut Eco Run untuk tahun-tahun seterusnya yang berkonsepkan unsur alam semulajadi iaitu :

  • Tanah2019
  • Air2020
  • Api2021
  • Angin2022
Aku hari tu turut menyertai acara larian 10km tau! Dan Alhamdulillah berjaya juga menamatkan larian 10km tu dan dapatkan medal pertama aku untuk tahun 2019 ni..hehehe..




Lumut Eco Run 2019 sebenarnya terdapat 3 kategori iaitu 5 km, 10 km dan 21 km. Dalam edisi pertama ini, pemenang bagi kategori 21 km lelaki telah dimenangi oleh Lel Kipchirchir dengan catatan masa sebanyak 1:04:54 dan bagi kategori wanita dimenangi oleh Elizabeth Wanza Maithya dengan catatan masa 1:24:42. Perghhh lajunya diaorang lari wei..20 kilometer tu bukan dekat-dekat ye!

Bagi kategori 10 kilometer lelaki dengan catatan masa 35:10:52 telah disandang oleh Saran Raj A/L Balakrishnan dan kategori 10 kilometer wanita, Tan Bee Peng muncul sebagai pemenang dengan catatan masa 47:44:36

Berkampung di Marina Island Pangkor Resort & Hotel

Memandangkan acara Lumut Eco Run 2019 ni berlangsung pada pukul 6.30 pagi Sabtu di Lumut, jadi pada hari Jumaat kami semua dah mula berkampung di Marina Island Pangkor Resort & Hotel.

Memang berbaloi tinggal kat sini sebab bukan saja biliknya cantik, luas dan selesa tapi pemandangan kat sini sangat wow yeeee! Memang cantik giler u all! Macam bilik aku sendiri, aku share dengan Onie, Dik Bee dan Umai (wife Pojie). Bayangkan walaupun berempat tapi bilik kami luas sangat. Dah la pemandangan dari bilik kami memang lawa giler!



Macam bilik yang kami tinggal ni, terdapat 3 katil single di ruang depan dan 1 bilik untuk katil queen. memang selesa sangat. Bagi mereka yang datang berkeluarga, memang sangat sesuai lah pilih bilik yang macam kami tinggal ni. Dah la bilik air pun luas dan dilengkapi dengan bathtub! Mesti anak-anak suka.

Tapi kalau korang nak datang beramai-ramai dan tinggal dalam 1 bilik, ada bilik yang lagi luas ye..yang mampu menempatkan 16 orang dalam satu masa dan biliknya sangat comel.



Pemandangan cantik dari balkoni bilik

Kalau korang memilih untuk menginap di Marina Island pangkor Resort & Hotel ni, apa yang tersedia di sini ialah :


  • Balcony
  • Hair Dryer
  • Free WIFI
  • Water Heater
  • Writing Desk Set
  • Non-smoking rooms
  • Floor to Ceiling Window
  • Panaromic Marina, Sea View or Lagoon view in all suites
  • Keycard Lock System
  • Refrigerator
  • Tea & Coffee Bar
  • Spacious Suites (at least 700sqf)
  • Living room, Dining Room, Kitchen
  • LED TV with various TV Channel
  • Air-conditioning (Room & Living Area)
Wah..lengkap kan? bukan tu je tau..kat sini turut disediakan swimming pool yang banyak dan luas (ada 3 buah swimming pool), ada ruangan gym dan bilik untuk anak-anak. Memang terbaiklah Marina Island Pangkor Resort & Hotel ni. Oh ye! Ruang makan atau cafe pun sangat luas, cantik dan selesa. Cafe ni namanya Terumbu Cafe.

Kolam renang yang luas dan selesa untuk para pengunjung

Ruangan bilik permainan kanak-kanakyang dipenuhi patung dan permainan

Terumbu Cafe

Ruang makan yang bersih dan selesa

Di  Marina Island Pangkor Resort & Hotel ini juga terdapat Outdoor Activities :


  • Bicycle Rental
  • Beach Volley Ball
  • Kayaking
  • Art Treasure Hunt
  • Frenzy Waterpark
  • Summer Camp Fire
  • Fishing
  • Telematch
  • Diving
  • Team Building
  • Island Hoping
  • Starlight Cinema
  • Prawn Farm Visit
  • Giant Grouper Fish Feeding (>100kg)
  • Marina Island Land Tour
Ha..sentuh pasal Giant Grouper Fish Feeding (>100kg) perghhh..memang betul korang. Ikan ni besar giler! Kami sempat la hari tu bagi makan ikan-ikan gergasi ni yang menurut pekerja di sini, ikan ni asalnya cuma sebesar tapak tangan je dan sekarang selepas 9 tahun dah mempunyai berat lebih 100 kg!



Selain tu, pemandangan kat area kolam ikan ni memang cantik sangat pulak-pulak masa matahari terbenam tu. Pada siapa yang selalu follow aku mesti tau yang aku memang suka ambil gambar sunset. Jadi di sini aku betul-betul menghayati keindahan matahari terbenam. 





Ha..cantikkan? Pendek kata memang sangat puas hati memilih  Marina Island Pangkor Resort & Hotel sebagai tempat menginap sekaligus menjadi tempat percutian kami juga kali ini! Jadi bagi korang yang mungkin berminat untuk merasai pengalaman yang indah dan menyeronokkan macam aku di  Marina Island Pangkor Resort & Hotel boleh lah hubungi mereka di :

Marina Island Pangkor Resort & Hotel
Marina Island, KM 1,
Jalan Utama Marina Island,
Teluk Muroh, 32200 Lumut,
Perak, Malaysia

Tel : +6016-5597400
Tel : +605-6832881

Oh ye..bagi mereka yang ingin tahu lebih lanjut tentang Lumut Eco Run pula, boleh la hubungi mereka di :


Nah, sebelum aku berundur aku belanja sikit gambar di D'Pine Cafe dan Jeti Lumut. Hehe..mana tau gambar ni boleh pancing korang datang ke sini..hahaha..

Kat sini memang agak terkenal dengan hidangan western

Nak tengok sunset view yang wow datang la sini



Ni la Jeti Lumut yang famous tu, jadi aku pun tak lepaskan peluang untuk bergambar kat sini




Post a Comment

19 Comments

  1. Wow cantiknya awak ehhh gambar awak...

    ReplyDelete
  2. Cantiknya tempat ni? Kalau pergi Honeymoon pun sesuai ni. Tak tau pun ada tempat cantik macam ni. Hotel dia selesa betul. Nampak sangat dah lama tak datang pangkor. Rindu pulak kenangan kat Pangkor masa aktiviti luar kampus dulu.

    ReplyDelete
  3. hey dalam dok kata share dua dalam satu pun penuh ye artikel dia! hahaah tahniah wak sebab berlari aritu nanti jom lari lagi hahahaa

    ReplyDelete
  4. Alahaiiii rindu pulak dengan view di Marina ni kakmin, nanti kita planning lagi reramai stay sini kan. Makanan dia pun not bad, nasi lemak bukan sebarang nasi lemak. Ikan bilis dia menganciammmm :D

    ReplyDelete
  5. wow! so syok.. i wanna go to pangkor d.. hehehhehe~~ looks so great this place..... nice view, relax!

    ReplyDelete
  6. Rajin nya join larian cam ni..kalau sis join mau pengsan..hehehe.
    Cantik sungguh pemandangan..lama betul tak ke sana, tak tau la bila lagi ada peluang ke Pangkor ni

    ReplyDelete
  7. Cantik sangat tempat ni. Nama Marina Island memang terkenal dengan view yang cantik dan menarik. Dapat pula photographer yang pandai ambil gambar macam akak,memanf awesome jadinya. cx kagum betul dgn akak! Eco run tu mmg terbaiklah. Kenapa laju sgt mereka lari ? 20km kot. Mengah rasa. Huhu lama tak workout .heheh

    ReplyDelete
  8. Memang cantik pemandangan di Marina ni. Saya belum pernah sampai kat sini lagi kakmin. Nanti kena masukkan dalam list tempat wajib untuk pergi bercuti

    ReplyDelete
  9. Best kan Marina Island ni. Dah la bilik besar, view pun cantik. Hilang rasa penat berlari 10km tu.. haha.. wei, kulit kaki iols yang sakit tu dah mengelupas. Mujur la air dia dah kering. so, x sakit dah.. hehe

    ReplyDelete
  10. besarnya teddy bear tu siap boleh peluk guling-guling lagi. oh kak min join run ni ke..tahniah berjaya sampai ke garisan penamat dengan jaya nya! cantik medal tu

    ReplyDelete
  11. Pandangan semulajadi yg amat cantik ni! Larian dan Getaway jap mmg best!

    ReplyDelete
  12. Cantiknya marina island nibye. .Dekat dengaan pantai.. Teringin nak ke sini. .Bgus ada buat aktiviti larian ni. .Sihat tau ..Hebat dapat lari 10 km. .Fuh. .Kita 5 km pun semput

    ReplyDelete
  13. Cantiknya gambar2 akak. Emi last pergi pulau pangkor kalau tak silap dalam 7 tahun lepas kot? Dah lama sangat dah.

    ReplyDelete
  14. Cantiknya pemandangan di sekitar tu. Especially yang petang tu. MasyaAllah. Rawlins rasa dah sampai masa Rawlins ke Lumut nie (ada sedara kat situ tapi tak pernah bertandang hahaha). Nak lari? Rawlins kalau zumba boleh la hahaha

    ReplyDelete
  15. What a beautiful scenery ! sunset tu betul-betul memukau mata dan nampak tenang ja. So far, CLA belum pernah sampai Lumut.

    ReplyDelete
  16. Xpernah lagi stay sini kak min. Mesti best lan. Nampak menarik je tempat dia.

    ReplyDelete
  17. I am loving the hotel so much! feel like i should take next month off and just chill at here...

    ReplyDelete
  18. Last year stay sini sebab ada kursus kenaikan pangkat. Best juga sebab dah dekat dengan tldm lumut tempat training dan Bandar lumut. Uish, rindu la nak pi sini lagi

    ReplyDelete
  19. Dah lama tak ke Pangkor. Rindu pula nak ke sana. Seronok makan BBQ di tepi Pantai. Nanti nak plan ke sini. Bleh shopping ikan bilis mata biru sekali.

    ReplyDelete