Jimat Berbelanja di Segi Fresh Market

Setiap kali kalau berbelanja barang dapur, korang akan berbelanja di mana? Ada setengah orang suka berbelanja di pasar borong, ada orang suka berbelanja di pasaraya-pasaraya dan hypermarket.

Macam aku pulak, aku tak kisah berbelanja di mana asalkan segala barang basah dan keperluan dapur aku tu segar dan harga berpatutan.


Aku dari muda sebenarnya memang suka ke pasar sebab aku suka beli sayur-sayur segar dan lauk pauk sebab aku seorang yang suka ke dapur. Memasak tu memang macam dah jadi satu hobi pada aku. Jadi, bila kita suka memasak maka kita akan pastikan setiap keperluan di dapur tu cukup, lengkap dan semestinya terbaik.

Dan untuk dapatkan barangan terbaik dengan harga murah tu kedengaran agak mustahil di zaman sekarang kan? Pulak-pulak bila kita tinggal di kawasan bandar. Tapi..tahu tak korang yang impian untuk mendapatkan barangan basah yang segar dengan harga yang murah itu sebenarnya bukanlah perkara mustahil di Segi Fresh Market.


Segi Fresh Market ni konsepnya sama je macam hypermarket yang lain cuma istimewanya Segi Fresh Market ini berbanding yang lain ialah harga yang ditawarkan di sini jauh lebih murah dan mereka menyediakan bekalan barang basah yang segar.



Sabtu lepas, aku dan suami mengambil kesempatan atas kelapangan jadual kami hujung minggu baru ni untuk sama-sama berbelanja barangan basah di Segi Fresh Market. Maklum lah, dah agak lama sebenarnya kami tak berbelanja barang dapur bersama-sama sebab jadual kerja aku agak padat dan terus terang Sabtu lepas tu la hari cuti aku yang pertama sejak dari awal tahun hahaha..

Aku kalau berbelanja barang dapur khususnya barang basah, aku memang lebih suka suami aku yang pilih sebab dia lebih expert berbanding aku. Macam aku, memang suka memasak tapi nama dan jenis ikan aku agak lemah berbanding suami aku.

Lagipun, memandangkan suami aku pun sejenis yang suka memasak jadi aku lebih suka lepaskan kalau dia pilih sendiri apa jenis lauk yang dia nak masak. Macam baru ni, oleh sebab dia dan aku sama-sama rambang mata..agak banyak juga la kami berbelanja.



Pilihan lauk pauk dan sayuran memang segar di Segi Fresh Market ni. memang rambang mata dibuatnya terutama bila tengok harga sekilo ikan salmon kat sini cuma RM39.90! Perghh..memang murah sebab kat tempat lain RM39.90 tu silap-silap cuma harga sekeping ikan salmon. 

Selain ikan salmon, kami turut membeli kepala ikan merah, ikan bawal, ikan tenggiri, daging kambing, daging lembu, sotong dan beberapa sayuran dan teka harganya berapa?? cuma RM150 je! Serious la wei dengan RM150 tu kami dah penuhkan peti sejuk kami dan aku rasa bekalan ni cukup lebih dari 2 minggu.





Aku hari tu, balik je dari Segi Fresh memang terus susun barang dalam peti, sampai tak muat peti dibuatnya hahaha..tu pun aku susun jugak bagi muat. Tapi memang puas hati sebab dengan berbelanja cuma RM150 aku dah dapat macam-macam jenis lauk, dah lega untuk bulan puasa nanti tak payah dah kalut nak membeli lauk lagi hahaha..

Ni baru sikit yang aku tunjuk haha..

hasil tangkapan di Segi Fresh. Hehe..Salmon Grilled with Broccoli

Sedikit Tentang Segi Fresh Market

Segi Fresh Market adalah di bawah naugan Segi Group iaitu sebuah syarikat yang telah beroperasi lebih dari 20 tahun. Dengan menggunakan tagline 'Pilih Fresh, Pilih Segi' , Segi Fresh Market sentiasa memastikan pelanggannya berpuashati dengan kualiti dan kesegaran barangan mereka walaupun harga yang dijual lebih murah berbanding di tempat lain.

Sehingga kini Segi Fresh Market telah pun mempunyai lebih 30 cawangan termasuk di luar Lembah Klang. Nah, ni senarai tempat Segi Fresh Market. Cuba la check, mana tau berhampiran dengan rumah korang je :


  • Selayang
  • Cheras
  • Balakong
  • Subang
  • Telok Panglima Garang
  • Ampang
  • Kayu Ara
  • Pudu
  • Batu Caves
  • Bukit Beruntung
  • Saujana Utama
  • Jalan Kebun
  • Kuala Selangor
  • Sungai Udang
  • Taman Bukit Coral (SIKAMAT)
  • Puchong Denai
  • Slim River
  • Meru
  • Bandar Tasik Puteri
  • Tanjung Malim
  • Nilai (Bandar Enstek)
  • Semenyih
  • Batu Berendam
  • Sungai Besar
  • Batang Kali
  • Banting
  • Kuala Kangsar
  • Tanjong Karang
  • Bestari Jaya
  • Alor Gajah
Dan banyak lagi. Kalau korang nak tahu lebih lanjut mengenai Segi Fresh Market ni, korang boleh lah dapatkan maklumat lanjut menerusi :

Laman web : http://segifresh.com/

Post a Comment

2 Comments

  1. yer kan kak kalau pergi beli brg dan semua ada ni senang. paling penting harga dia dan fresh baru syok nak beli

    ReplyDelete
  2. Memang biasa gi beli barang dapur kat Segi Fresh. Jimat!

    ReplyDelete