Bergaya di Pagi Syawal Dengan Koleksi Pakaian dari Jakel

Salam Ramadan buat pembaca setia blog aku. Moga Ramadan kali ini membawa seribu keberkatan buat kita semua.

Aku percaya, ramai yang dah pun menyediakan kelengkapan di pagi Syawal terutama bagi mereka yang sudah berkeluarga. Memang sejenis mak-mak kan yang suka buat persediaan awal supaya tak kalut di kemudian hari. Hehe..namun ada juga yang suka membeli kelengkapan raya di saat akhir.

Bagi mereka yang masih belum ada membuat sebarang persediaan pakaian menyambut Syawal macam aku, jangan bimbang! Sebab di Jakel segalanya ada!! Dari pakaian ibu bapa hinggalah ke anak cucu, semuanya ada disediakan di Jakel.


Baru-baru ini Jakel Trading Sdn.Bhd telah mengadakan promosi besar-besaran dengan membawa duta mereka yang terdiri daripada artis tempatan terkenal seperti Dato' Aaron Aziz, Nabil Ahmad, Ayda Jebat, Upin Ipin serta duta terbaru mereka iaitu Abam Bocey.


Aku sempat menghadiri majlis yang berkonsepkan sembang santai tersebut yang diadakan di Jakel Shah Alam pada Ahad lepas. Dalam majlis tersebut, Tuan Hj Mohamed Izani Bin Mohamed Jakel, Pengarah Urusan Jakel Shah Alam turut memperkenalkan koleksi baju raya Jakel bagi tahun ini yang masih mengekalkan muka-muka lama sebagai duta jenama Jakel dan turut memperkenalkan Abam Bocey sebagai duta baru bagi pakaian bersaiz 5XL.


Majlis yang berkonsepkan sembang santai itu turut menyelitkan sesi lelongan jualan untuk koleksi pakaian raya di mana setiap duta raya Jakel mempromosikan dan menjual koleksi pakaian raya mereka dengan harga runtuh untuk pelanggan Jakel.

Yang lagi menarik dan meriahnya ialah Jakel Shah Alam turut menghangatkan lagi kempen jualan hari raya pada hari tersebut dengan memberikan baucar Baju Raya percuma kepada 100 pelanggan yang membeli baju Melayu bernilai RM150! Perghh bukan main meriahnya!

Suasana meriah ketika kempen lelongan berlangsung

Bagi mereka yang terlepas mendapatkan baucar bernilai RM100..jangan kecewa kerana Jakel akan mengadakan lelongan besar-besaran sehingga malam raya. Wahhh..jangan lepaskan peluang u olss! Dapatkan potongan harga sehingga 85% untuk produk pakaian raya tahun ni! Alahaiii..terbeliak biji mata aku tengok potongan harga sehingga 85% tu..haha..


Koleksi Pakaian Raya Jakel

Bagi peminat pakaian raya Jakel, mesti dah sedia maklum yang Jakel mengeluarkan koleksi pakaian atas nama-nama artis besar. Tapi, bagi mereka yang belum tahu..jom aku kongsikan dengan korang apakah koleksi pakaian raya yang disediakan oleh Jakel ni.

  • Koleksi Baju Melayu


Koleksi Baju Melayu Aaron Aziz

Direka khas dan khusus yang memberikan kekemasan dan keselesaan. Koleksi Aaron Aziz adalah sememangnya berbeza dari segi penggunaan pelbagai jenis fabrik serta warna


Koleksi Baju Melayu Nabil Ahmad

Berkonsep moden kontemporari iaitu potongan slim-fit yang menekankan kekemasan di bahagian leher dan poket.
Bagi tahun ini, Jakel merevolusikan koleksi Baju Melayu Nabil Ahmad dengan perincian zip di sisi baju (bahagian pesak) dan di pergelangan tangan (sleeve).


Koleksi Baju Melayu Awal Ashaari

Koleksi Awal Ashaari lebih memfokuskan kepada potongan, warna dan kualiti fabrik untuk membantu para jejaka beraya dengan penuh gaya dan berkeyakinan.


Koleksi Baju Melayu Hairul Azreen

Koleksi Baju Melayu Hairul Azreen diperkemaskan lagi dengan perincian jahitan tangan di bahagian kolar. Terdapat juga koleksi baju melayu potongan teluk belanga

Koleksi Baju Melayu Plus Size

Untuk tahun ini, Jakel memperkenalkan Abam Bocey sebagai duta dan koleksi plus size ini disediakan untuk mereka yang bersaiz sehingga 5XL


Dato Aaron Aziz memperkenalkan koleksi Baju Raya Aaron Aziz

  • Koleksi Baju Kurung
Pada tahun ini Jakel masih mengekalkan pengeluaran koleksi baju kurung di bawah koleksi Scha Alyahya, Ayda Jebat dan Hanis Zalikha. Berkonsepkan kurung moden, ia bersesuaian dengan citarasa terkini wanita terutamanya para gadis dan wanita berkerjaya yang inginkan penampilan ceria dan moden.

Ayda Jebat sebagai Duta Pakaian Jakel

  • Koleksi Kurta
Koleksi kurta di bawah label Awal Ashaari dan Hairul Azreen ini adalah keluaran terbaru dan terkini Jakel dimana ianya adalah untuk memenuhi citarasa pelanggan disamping mengikut trend terkini.

Koleksi Kurta Awal Ashaari yang diperagakan oleh suami aku..haha..


  • Koleksi Kanak-kanak
Bagi mereka yang mempunyai anak-anak kecil sehingga usia 12 tahun pula, Jakel menyediakan koleksi pakaian Upin Ipin, Koleksi Lara Alana dan Koleksi Yusof Iskandar. Yang pasti tiap rekaan adalah sangat menarik dan dibuat dari fabrik yang berkualiti.



Jadi, bagi mereka yang inginkan kepuasan dan yang memerlukan pakaian raya hanya di bawah 1 bumbung untuk seisi keluarga, apa kata korang datanglah berbelanja di Jakel. Ingat Kain, Ingat Jakel!


Jakel Perkenalkan JakelStore.my

Ha..ini pula berita gembira untuk peminat pakaian Jakel. Sekarang korang dah tak perlu bersusah payah nak ke Jakel lagi untuk membeli pakaian korang kerana Jakel sekarang telah memperkenalkan pembelian atas talian di www.jakelstore.my

Tapi...korang tak boleh membeli sekarang kerana jakelstore.my ini akan dilancarkan pada 10hb Mei 2019 nanti..hehehe..beberapa hari je lagi, jadi bersabarlah ye!


Pandangan Peribadi Aku Terhadapa Koleksi Pakaian Raya Jakel

Aku dah kenal dengan jenama Jakel ni dah lama sebenarnya. Sejak awal tahun 2000 lagi ketika aku tinggal di Muadzam Shah. Sebab ketika itu, kalau nak bershopping..bandar terdekat adalah Segamat. Dulu-dulu Jakel ni ada di Segamat hehe..jadi selalu lah aku membeli kain untuk dijadikan baju kurung.

Masa tu Jakel belum lagi mengeluarkan pakaian, yang ada cuma kain je. Jadi bila sekarang Jakel dah pun mengeluarkan pelbagai koleksi pakaian, aku turut sama rasa bangga dan berpuashati. Ye laa..dah tak payah aku nak susah-susah cari tukang jahit lagi.

Tentang kualiti pakaian, setakat ini aku sangat berpuashati. Koleksi pakaian raya Jakel pula semuanya cantik pada pandangan aku. Hehehe..kalau tak, tak ada la aku setiap tahun beli baju raya kat sini! haha..


Post a Comment

1 Comments