Bercuti dan menginap di hotel itu biasa! Namun yang luar biasanya adalah apabila hotel nenawarkan 3 permintaan untuk dipenuhi kepada pihak pelanggan. Bak kata anak muda sekarang..memang rare!
Minggu lepas aku mengambil peluang untuk 'honeymoon' dengan suami. Lama dah kami tak bercuti. Alang-alang amik mood raya ni, kami ambil keputusan untuk bercuti tapi tak nak cuti jauh-jauh. Jadi, kami pilih untuk bersantai di tempat dekat-dekat je.
Bincang punya bincang, akhirnya kami memilih untuk menginap di Dorsett Grand Subang. Selepas sepakat memilih tempat untuk 'honeymoon', terus aku ke laman web Dorsett untuk membuat tempahan dan aku terus tertarik tawaran penginapan selama 26 jam dan juga Dorsett 3 Wishes. Tawaran untuk Dorsett 3 Wishes tu bermula 1 April 2019 sehingga 31 Disember 2020 nanti!
Penginapan Selama 26 Jam
Penginapan selama 26 jam? Biasanya hotel cuma menawarkan penginapan antara 22 hingga 24 jam sahaja, namun di Dorsett pelanggan ditawarkan dengan penginapan penuh selama 26 jam. Macam mana tu? Ok..macam ni..kalau korang check-in pada pukul 12 tengahari, biasanya korang akan check-out sama ada pukul 12 tengahari esoknya atau pun pada pukul 2 petang kan? Tapi di Dorsett, sekiranya korang check-in pada pukul 12 tengahari..korang boleh check-out pada pukul 4 petang keesokkan harinya.
Jadi, tanpa berlengah aku pun membuat tempahan. Oh ye! Untuk tempahan bagi penginapan selama 26 jam ada syaratnya iaitu :
- Tempahan mestilah melalui laman web rasmi hotel
- Tempahan mestilah dibuat 72 jam sebelum tarikh penginapan
Boleh rujuk di sini https://www.dorsetthotels.com/en/dorsett-grand-subang/26-hour-stay.html
Dorsett 3 Wishes
Bukan hanya setakat penginapan penuh selama 26 jam, malah pihak Dorsett Grand Subang turut menyediakan Dorsett 3 wishes di mana pelanggan boleh membuat 3 permintaan kepada pihak hotel. Namun begitu, permintaan mestilah antara berikut :
Complimentary Breakfast for 2 persons at
Terazza Brasserie (Daily)
|
Complimentary room upgrade to Deluxe
room per stay
|
Complimentary Pressing service of 2 pcs
of garments per stay
|
Complimentary One Round of Dorsett Mocktail
from 5 pm - 8 pm for 2 persons at Piano Lounge per stay
|
Complimentary One canister of Dorsett
Signature Cookies per stay
|
Complimentary One Time Minibar Service per
stay, subject to a minimum of 2 nights’ stay
|
Macam aku hari tu, 3 permintaan aku ialah :
- Bersarapan di Terazza Brasserie untuk 2 orang
- Menaiktaraf bilik ke Deluxe room
- 1 canister biskut
Untuk makumat lanjut mengenai Dorsett 3 Wishes ni korang boleh klik link ini https://www.dorsetthotels.com/en/dorsett-grand-subang/offers/dorsett-3-wishes-.html
Mengapa Aku Pilih Dorsett Grand Subang?
Selain kerana Dorsett Grand Subang menawarkan penginapan penuh selama 26 jam dan juga Dorsett 3 Wishes, aku memilih untuk menginap di Dorsett Grand Subang kerana :
- Bilik yang selesa
- Fasiliti yang lengkap
Di Dorsett Grand Subang ni selain meyediakan kolam renang yang luas, mereka turut menyediakan gym khas untuk mereka yang menjalani kehidupan yang sihat. Gym di sini bukan setakat lengkap dengan peralatan bersenam malah turut disediakan bilik sauna dan jakuzi serta tempat penyimpanan barang yang mencukupi.
- Tempat makan yang selesa dan sedap
Di Dorsett Grand Subang ni terdapat beberapa tempat makan yang sedap dan menarik antaranya Emperor Chinese Restaurant yang mengidangkan makanan Chinese yang halal dan juga di Terazza Brasserie yang menghidangkan pelbagai jenis masakan.
Antara hidangan yang terdapat di Emperor Chinese Restaurant |
Antara hidangan yang terdapat di Terazza Brasserie |
- Lokasi yang strategik
Dorsett Grand Subang terletak di tempat yang stategik dan mudah ekses. Kalau korang sejenis yang suka menghabiskan masa di shopping mall, korang boleh bershopping di Subang Parade dan Subang Empire yang terletak kira-kira 5 minit perjalanan dari hotel, Sunway Pyramid yang terletak kira-kira 8 minit dari hotel atau pun korang boleh ke Citta Mall yang terletak kira-kira 8 minit dari hotel.
Untuk maklumat lanjut mengenai Dorsett Grand Subang, korang boleh lah melayari :
Facebook : https://www.facebook.com/DorsettGrandSubang/
Instagram : https://www.instagram.com/dorsettgrandsubang/
3 Comments
Wah untung ya rezeki tu dpt kelebihan mcm2 ketika di hotel...done cikguzim follow #177
ReplyDeleteWahhh...bestnya... teringin nak pergi
ReplyDeleteboleh masuk list ni!! menarik sebab boleh check out lambat!!haha
ReplyDelete