Five Sen5es di The Westin Kuala Lumpur Hidangkan Menu Asia & Barat

Berkesempatan untuk menghadiri ke majlis 'food review' anjuran The Westin Kuala Lumpur baru-baru ini ibarat menyorong bantal pada orang mengantuk.

Siapa yang follow aku , mesti tahu yang 'food review' dan aku memang sangat sinonim. Jadi bila mendapat undangan dari pihak The Westin Kuala Lumpur untuk turut sama menyertai mereka merasai hidangan terbaru yang dihidangkan di Five Sen5es Restaurant yang terletak di aras 1 hotel berkenaan memang ibarat 'durian runtuh'.

Chinese Restaurant Five Sen5es bukan sahaja menghidangkan menu-menu asia malah mereka turut menghidangkan menu-menu dari barat.

Menu Asia Baru Yang diperkenalkan

Kali ini, barisan chef telah berusaha keras menyediakan menu-menu yang lazat bagi memenuhi citarasa pelanggan. Menu baru yang diperkenalkan adalah :

Crispy Salmon Banana Roll with Green Tea Dressing

Siapa sangka gabungan rasa antara pisang dan salmon sangat menjadi! Ini adalah antara menu unik dan sangat menarik bagi aku. Rasa salmon sedikit pun tidak mengganggu rasa pisang dan begitulah juga sebaliknya. Seriously aku suka sangat Crispy Salmon Banana Roll with Green Tea Dressing ni sampaikan 2 kali aku tambah.



Sea Grouper Fried with Signature Lemongrass Sauce

Aku yakin yang korang mesti selalu makan ikan kerapu kan? Kalau korang peminat ikan kerapu..apa kata korang datang ke Five  Sen5es Restaurant ni dan rasai sendiri ikan kerapu yang digoreng rangup dan dicurahi dengan sos ala thai ini.

Memang sedap sangar sebab ikan digoreng sempurna dan rangup. Sos yang pedas-pedas manis menambahkan lagi kelazatan hidangan ini.



Braised Chicken with Chestnut & Mountain Yam

Aku peminat keladi dan hidangan ini antara yang aku suka juga. Dimasak dan dihidangkan di dalam claypot menjadikan hidangan ini 'lebih rasa' dan sedap.



Minced Duck Fried Rice with Prawn, Yam & Pumpkin Served in Clay-pot

Bagi mereka yang minat dan gemarkan itik, apa kata korang cuba menu terbaru dari The Chinese Restaurant Five  Sen5es ni. Nasi goreng ini sememangnya dilimpahi dengan daging itik yang dicincang.

terus terang aku bukan peminat dan penggemar itik maka hidangan ini bukanlah pilihan hati aku..hehe..tapi bagi penggemar itik aku pasti korang sukakan hidangan yang penuh unik dan lazat hasil gabungan bersama udang, keladi dan labu. Malah hidangan ini turut dihidang di dalam claypot.



itu adalah antara mnu-menu yang sempat aku rasai tempohari. 

Barisan Menu Hidangan Barat di Prego

Barisan hidangan menu barat yang diperkenalkan telah disediakan oleh Chef Marco De Cecco yang berasal dari Italy. Menu Itali ini dihidangkan di Prego.

Antara hidangan beliau adalah :

✔️ Ricostruzione di Un Fungo


✔️ Asparagi E Gorgonzola

✔️ Fagliatelle Gamberi e Porro
✔️ Pasta Divina
✔️ Pizza Capricciosa







Haha..aku tahu, agak berbelit lidah nak menyebut nama tiap hidangan ini tapi percayalah, kesemua hidangan ini adalah kegemaran aku terutama Pasta Divana tu. Memang umpphhh sangat.

Bagi korang yang ingin mencuba kesemua hidangan menarik ini, boleh la datang ke The Chinese Restaurant Five  Sen5es dan Prego yang terletak di aras 1 The Westin Kuala Lumpur.  Restoran ini beroperasi seperti berikut :

Lunch : 11.30 am - 2.30 pm
Afternoon Tea Time : 2.00 pm - 6.00 pm (Isnin-Sabtu sahaja)
Dinner : 6pm - 10 pm

Untuk sebarang tempahan, sila hubungi :

Tel : 03- 27738495
Whatsapp : 017-2819231

Post a Comment

0 Comments