Berbaloi Berbelanja di Segi Fresh Market

Siapa yang follow aku mesti perasan aku memang suka berbelanja di Segi Fresh Market. Sebelum ni pun aku ada tulis entry tentang Segi Fresh Market. BACA SINI

Bukan apa, aku rasa berbaloi bila berbelanja kat Segi Fresh Market ni..maklum la harganya murah dan barangannya segar. Tapi aku cadangkan pada korang untuk datang ke Segi Fresh Market ni di awal pagi sebab di awal pagi semua lauk pauk dan sayurannya lebih segar.


Ahad lepas aku ke Segi Fresh Market yang terletak di Subang. Tak jauh pun dari  rumah. Awal pagi aku dan suami dah keluar sebab memang target kami nak dapatkan barangan yang segar. Sampai di Segi Fresh Market dalam pukul 8 pagi, terus ke bahagian barangan basah. Perghh..memang rambang mata dibuatnya sebab segala sayuran dan lauk pauk segar semuanya.

Bukan takat segar, harga pun murah dan berbaloi. Bayangkan, harga untuk buah anggur merah yang segar baru RM9.99 per kilo. Memang murah berbaloi.


Aku dan suami biasa la..berbelanja barang dapur memang dalam sekali je sebulan sebab kami makan berdua je. Tapi bila sekali beli tu memang banyak la. Dan pakar untuk memilih lauk pauk dah tentu lah encik suami..hahaha..jadi aku memang serahkan 100% bab memilih lauk pauk ni pada dia. Aku takat survey-survey apa yang aku nak hahaha..

Dan suami aku ni pulak sejenis yang rambang mata kalau memilih lauk pauk. Ikutkan dia 1 Segi Fresh tu dia nak beli hahaha tapi memandangkan kami cuma berdua je jadi beli pun sikit-sikit tapi cukup untuk keperluan lauk untuk sebulan.


Hari tu aku tinggal dia sekejap je tapi aku tengok dah dekat penuh troli tu dia membeli. Segala jenis lauk dia beli termasuk udang, ketam, salmon dan banyak lagi. Yang aku pulak, aku lebih rambang mata tengok segala sayuran yang segar. Contohnya taugeh ni..ya Allah tahap segar dia tu boleh nampak yang taugeh ni masih rangup. Buat Teppanyaki mesti sedap!


Penjimatan Berganda di Segi Fresh Market

Macam yang aku ceritakan, kalau korang nak berjimat datanglah ke Segi Fresh Market. Terutama kalau korang sejenis yang anak ramai hehe..kat sini selain harganya murah, segala lauk pauk, sayuran dan buahan segar cuma macam yang aku jelaskan di awal tadi..datanglah awal pagi sebab awal pagi segalanya masih segar.





Untuk bahagian lauk pauk pula, segala jenis makanan laut seperti ikan, udang, sotong, ketam, kerang memang dilambakkan secara segar oleh pihak Segi Fresh Market. Begitu juga dengan ayam dan daging. Jadi pilih lah secara berhemah dan pastikan korang berbelanja secara bijak. Pilih la barang mengikut keperluan bukan kehendak.







Buat pengetahuan korang, segala lauk pauk yang dalam gambar tu suami aku beli haha..hari tu yang kami beli :

  • Anggur
  • Ketam
  • Sotong
  • Udang
  • Sotong getah merah
  • Salmon
  • Ikan Tenggiri
  • Ikan Kembung
  • Kepala Ikan Merah
  • Sotong sejuk beku (2 jenis : 1 yang bulat & 1 yang seekor)
  • Ikan Tongkol
  • Ikan Siakap
Perghhh..banyakkan? Semua yang kami beli ni harganya cuma RM200. RM200 untuk semua lauk pauk kat atas bekalan sebulan memang sangat berbaloi. Oh ye, kami memang fokus beli lauk pauk je sebab senang simpan dalam peti beku sebab aku sejenis yang jarang ada masa untuk memasak haha..jadi segala sayuran memang beli masa nak masak je haha..



Sedikit Tentang Segi Fresh Market

Segi Fresh Market adalah di bawah naugan Segi Group iaitu sebuah syarikat yang telah beroperasi lebih dari 20 tahun. Dengan menggunakan tagline 'Pilih Fresh, Pilih Segi' , Segi Fresh Market sentiasa memastikan pelanggannya berpuashati dengan kualiti dan kesegaran barangan mereka walaupun harga yang dijual lebih murah berbanding di tempat lain.

Sehingga kini Segi Fresh Market telah pun mempunyai lebih 30 cawangan termasuk di luar Lembah Klang. Nah, ni senarai tempat Segi Fresh Market. Cuba la check, mana tau berhampiran dengan rumah korang je :


  • Selayang
  • Cheras
  • Balakong
  • Subang
  • Telok Panglima Garang
  • Ampang
  • Kayu Ara
  • Pudu
  • Batu Caves
  • Bukit Beruntung
  • Saujana Utama
  • Jalan Kebun
  • Kuala Selangor
  • Sungai Udang
  • Taman Bukit Coral (SIKAMAT)
  • Puchong Denai
  • Slim River
  • Meru
  • Bandar Tasik Puteri
  • Tanjung Malim
  • Nilai (Bandar Enstek)
  • Semenyih
  • Batu Berendam
  • Sungai Besar
  • Batang Kali
  • Banting
  • Kuala Kangsar
  • Tanjong Karang
  • Bestari Jaya
  • Alor Gajah
Dan banyak lagi. Kalau korang nak tahu lebih lanjut mengenai Segi Fresh Market ni, korang boleh lah dapatkan maklumat lanjut menerusi :

Laman web : http://segifresh.com/

Post a Comment

6 Comments

  1. Hey...taman bukit coral tu dekat area umah akak..wah ada la Segi Market..kena pi cari la esok ni...best betul la dapat beli bahan- bahan segar

    ReplyDelete
  2. antara banyak2 gambar kat atas, taugeh tu yang mencuri perhatian betullah. Rasa nak ke market beli taugeh la..haha...kat Sabah Segi Fresh mart tak ada lagi. Kat Sarawak dah ada dah...nice sharing..

    ReplyDelete
  3. waaa....nampak segar bugar semuanya...
    cik min orang raub ke?

    ReplyDelete