Tadom Hill Resorts Tempat Percutian Viral

Aku dah bertahun teringin nak ke Tadom Hill Resorts yang terletak di Banting, Selangor ni. Dalam beberapa tahun ni aku asyik plan nak ke sana jika ada kesempatan waktu dan rezeki. Walaupun aku cuma tinggal di Selangor tapi tak pernah aku lepas ke sana.

Agak cemburu bila tengok orang-orang dari luar semua dah pergi ke Tadom Hill Resorts ni. Tapi benarlah, kalau rezeki tak ke mana. Minggu lepas aku dan suami akhirnya berjaya menjejakkan kaki ke Tadom Hill Resorts.


Perjalanan dari rumah aku di Klang ke Tadom Hill Resorts ni mengambil masa selama 45 minit. Buat pengetahuan, jika nak ke Tadom Hill Resorts ni seeloknya korang ambil terus highway menuju ke KLIA sebab Tadom Hill Resorts ni tak jauh pun dari KLIA. 

Terletak di Kg. Labohan Dagang, Tadom Hill Resorts ni sebenarnya terletak di tanah orang asli. Namun resort ini telah dibangunkan oleh Dato' Lai Yeng Fock.  Apa yang menarik di Tadom Hill Resorts ni sampai menjadi viral? Ha..Tadom Hill Resorts ni viral sebab tempat dia yang cantik.

Jom aku ceritakan sedikit tentang jenis resort yang terdapat di Tadom Hill ni. Oh ye..sebelum korang tertanya apakah makna Tadom? Sebenarnya Tadom tu nama sebuah bukit yang terletak di perkampungan tersebut.

Jenis-jenis Penginapan di Tadom Hill Resorts


  • Premium Gendui Chalet
Terdapat 6 buah Premium Gendui Chalet. Dilengkapi dengan penghawa dingin dan 1 buah katil bersaiz king dan bilik air. Bilik jenis ini mampu memuatkan 3-4 orang dalam satu masa.


Weekday Weekend Peak Season Super Peak Season
2 Pax RM250 RM270 RM290 RM310
Rates Of 3 Pax RM325 RM345 RM365 RM385
4 Pax RM400 RM420 RM440 RM460


  • Semantan Chalets
Terdapat 8 buah chalet jenis ini. Dilengkapi dengn penghawa dingin, chalet ini mampu menempatkan 3 orang dalam satu masa dan bilik ini disertakan dengan bilik air.

Weekday Weekend Peak Season Super Peak Season
2 Pax RM230 RM250 RM270 RM290
Rates Of 3 Pax RM300 RM320 RM340 RM360


  • Bamboo Madu Chalets (Sebelum ini dikenali sebagai Astana Ninik)
Terdapat 9 buah chalet jenis ini dan mampu menempatkan 3 orang dalam satu masa dan disertakan bilik air.

Weekday Weekend Peak Season Super Peak Season
2 Pax RM200 RM220 RM240 RM260
Rates Of 3 Pax RM265 RM285 RM305 RM325


  • Hakka Village
Bilik jenis ini seakan dorm. Terdapat 10 buah bilik yang mampu menempatkan 6 orang dalam 1 masa dan 2 buah bilik untuk 4 orang. Bilik jenis ini, bilik air dan tandasnya disediakan di luar.

Bilik air dan tandas perempuan terletak di tingkat bawah manakala bilik air dan tandas lelaki terletak di tingkat atas. Terdapat 2 jenis 'private room', 1 yang terletak di tingkat atas yang hanya disediakan katil dan kipas manakala 1 jenis lagi terletak di tingkat bawah yang disediakan katil dan penghawa dingin.

PRIVATE (RATES/ROOM) UPPER LEVEL (WITH FAN)

Weekday Weekend Peak Season Super Peak Season
6 pax/room RM480 RM540 RM600 RM660
Rates Of 4 pax/room RM320 RM360 RM400 RM440
ADDITIONAL MATTRESS FOR I PAX ONLY RM80

PRIVATE (RATES/ROOM) LOWER LEVEL (WITH AIR-CONDITIONER)

Weekday Weekend Peak Season Super Peak Season
6 pax/room RM570 RM630 RM690 RM750
Rates Of 4 pax/room RM380 RM420 RM460 RM500
ADDITIONAL MATTRESS FOR I PAX ONLY RM95




  • Bamboo Garden Tent
Bilik jenis ini berkonsepkan khemah. Terdapat 18 buah chalet jenis ini dan hanya mampu memuatkan 2 orang dalam satu masa. Bilik jenis ini tidak disediakan bilik air (bilik air dan tandas terletak di luar).

Weekday Weekend Peak Season Super Peak Season
Rates Of Max 2 pax per tent RM130 RM150 RM160 RM170


  • Bamboo Lakeside Tent
Bilik jenis ini berkonsepkan khemah. Terdapat 12 buah chalet jenis ini dan hanya mampu memuatkan 2 orang dalam satu masa. Bilik jenis ini tidak disediakan bilik air (bilik air dan tandas terletak di luar).

Weekday Weekend Peak Season Super Peak Season
Rates Of Max 2 pax per tent RM150 RM170 RM180 RM190


  • Eco Tent
Terdapat 40 buah khemah disediakan yang mampu memuatkan 2 orang dalam 1 khemah. 'Sleeping bag', tilam dan bantal disediakan manakala bilik air dan tandas terletak berhampiran khemah.

Weekday Weekend Peak Season Super Peak Season
Rates Of Max 2 pax per tent RM100 RM110 RM120 RM130

Tandas dan bilik air yang disediakan di luar khemah

  • Hammock Spheres
Tempat tidur ni berkonsepkan tempat tidur terbuka. Mampu menempatkan 10 orang dan bilik air serta tandas terletak di luar.

Weekday Weekend Peak Season Super Peak Season
Per Hammock (1 person) RM65 RM75 RM85 RM95
Whole Sphere RM650 RM750 RM850 RM950
Gambar ihsan google sebab aku tak berkesempatan ambil gambar kat sini.


Aktiviti Yang Terdapat di Tadom Hill Resort

Bila dah datang ke sini rugi la kalau hanya berkurung dalam bilikkan? Dari cerita yang aku dah tulis kat atas tu pasti korang dah dapat gambaran yang Tadom Hill Resort ni berkonsepkan 'back to nature' kan? Maka aktiviti-aktiviti kat sini pun banyak berkonsepkan 'back to nature'.

Macam aku dan suami hari tu, kami sempat merasai pelbagai aktiviti antaranya :
  • ATV
  • Flying Fox
  • Water Rafting
  • Paintball



Gembira laki aku sebab berjaya gak dia buat aktiviti flying fox




Dan banyak lagi. Tapi kat sini banyak aktiviti-aktiviti lasak. Kalau korang merancang nak bercuti di sini aku ada beberapa suggestion barang yang korang perlu bawa :

1. Pakaian sukan
2. Pakaian renang/sukan air
3. Fist Aid
4. Ubat nyamuk
5. Toiletries

Tapi seriously Tadom Hill Resort ni cantik sangat terutama waktu malam. Cuma malam kat sini aktivitinya korang leh buat BBQ atau karaoke hehehe..






Kalau korang berminat untuk bercuti di sini atau ingin mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai Tadom Hill Resorts ni, korang boleh cuma hubungi mereka :

Phone numbers:
012-5225728, 012-5225908, 012-5225883
(Hotline Hours: 9.00am – 10.00pm)



Day Pass Opening Hours:
Monday – Sunday (9.00am – 6.45pm)



Post a Comment

23 Comments

  1. Teringin nak g tapi husband tak suka pula.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah
    Memang seronok kalau bercuti dekat Tadom Hill Resorts nih
    lokasi cantik
    penginapan selesa
    aktiviti pun pelbagai
    berbaloi sangat datang ke sini

    ReplyDelete
  3. Sally jenis fobia sikit dengan air yang tak nampak dalam..g sini mesti antara happy tak happy je...LOL

    ReplyDelete
  4. Kalau buat company team building kat sini best kot. Macam-macam aktiviti boleh buat kat sini. Dah lama company tak buat team building ni. Hihi

    ReplyDelete
  5. Seronokkan bila dapat bercuti di suasana kampung macam ni. Sejuk mata. Jiwa kacau pun akan jadi release. Aktiviti yang disediakan pun boleh melupakan hal-hal kerja. Terima kasih dengan info yang diberi. Sangat lengkap. Nak pergi nanti saya akan rujuk sini

    ReplyDelete
  6. Ini pertama kali tau mengenai Tadom Hill Resorts ni. Nampak menarik gak ... sebab ada bangak pilihan kategori chalet yang disediakan untuk semua golongan dan lapisan masyarakat...

    ReplyDelete
  7. Wah menarik tempat ni, harga pun okay, kawasan pun cantik. aktiviti pun best. Penginapan pun ala-ala kampung, pepagi mesti sejuk kawasan ni. Bolehlah buat grouping event coming soon di sini.

    done follow #179

    ReplyDelete
  8. Wahh kat banting je pun ada tempat best mcm ni. Tak pernah tau pun. Best kalau leh buat family day, dah la dekat je ngan KL nak pegi.

    ReplyDelete
  9. SubbNA Allah. Tempat yang cantik dan menarik. Kalau bawa seisi keluarga mesti best. Buat event ka? hehe.

    ReplyDelete
  10. seronoknya bercuti kat sini..sebenarnya agak dekat jugalah dgn rumah kita..cuma kena set masa lah dgn family kalau nak g sini..

    ReplyDelete
  11. Pernah dengar tapi tak pernah gi lagi. Menarik gak ekk, banyak jugak aktiviti boleh buat kat sana. Kalau bawak family sis ni sure diorg seronok ni..hope satu hari dpt le ke sana

    ReplyDelete
  12. dulu masa kite pi tak delah cantik camnie, sekarang ni kemain lagi ek. sangat sangat cantik. aktiviti pun makin best..

    ReplyDelete
  13. menarik nyer, cikmin. kat banting, ekk.
    asben aida surely suka kalau ke tempat gini.
    gaya2 hutan belantara. not so hotel type la kan :) ha ha ha ha...
    then ada aktiviti lasak. wow! excited lah anak-anak.

    ReplyDelete
  14. wah cantiknya tadom hill resort. boleh tahan murah harga bilik semalam kat sana..sesuai untuk weekend getaway datang dengan family atau kawan-kawan. teringin nak datang sini sambil berenang dalam tasik tadom tu

    ReplyDelete
  15. Banyak rupanya aktiviti dekat sini. Saya ingatkan ada yang tempat mandi air tu je. Sebab masa viral hari tu, orang ramai share yang tempat mandi tu je kan

    ReplyDelete
  16. Wow Tadom Hill Resorts seems so nice to stay. What's to do at Banting, Selangor ya I have not been there so can plan a family trip there

    ReplyDelete
  17. dah lama sebenarnya memendam rasa nak ke tadom hill resorts ni. kawan byk bercerita tntang aktiviti best kt sini, tapi smpai skrg tak berpeluang nk pgi. entah bila lah... apa pun2 terima kasih share :)

    ReplyDelete
  18. tempat takdelah jauh, tengok macam ka luar negara pulak..denagn tempat tinggal jenis buluh ni..pergh..cantik..banayk aktiviti pulak

    ReplyDelete
  19. weh bestnyaaaa,,, awa suka tempat yg ada aktviti bnyk2 cmni... yelah anak dh besar kan... mmg tempat cmnilah yang diaorg suka kalau di bawa cuti.. InshaAllah ada rezeki nak gi jugalah... masuk bucket list duluuu.... tq share =D

    ReplyDelete
  20. Cantik2 gambat dlm entri cik min. Tempat ni dan lah cantik dan macam2 aktiviti kita boleh lakikan kat sini. Best betul

    ReplyDelete
  21. Menarik tempatnya ya...sayangnya 3 tahun kat Bukit Tinggi tapi tak pernah dengar pula Tadom HIll ni...kalau tau awal mesti dah pecut ke sana bercuti.

    ReplyDelete
  22. waa... uniknya...pergi dengan suami best ni...tp gaya macam tak sesuai dengan anak2 kecik yang tengah lasak ni

    ReplyDelete
  23. Wow I hope that I can be here with my family one day. The place looks so beautiful and unique. The accommodation is so classy and yet so close to nature. Love it. :D

    ReplyDelete