Aku dah bertahun teringin nak ke Tadom Hill Resorts yang terletak di Banting, Selangor ni. Dalam beberapa tahun ni aku asyik plan nak ke sana jika ada kesempatan waktu dan rezeki. Walaupun aku cuma tinggal di Selangor tapi tak pernah aku lepas ke sana.
Agak cemburu bila tengok orang-orang dari luar semua dah pergi ke Tadom Hill Resorts ni. Tapi benarlah, kalau rezeki tak ke mana. Minggu lepas aku dan suami akhirnya berjaya menjejakkan kaki ke Tadom Hill Resorts.
Perjalanan dari rumah aku di Klang ke Tadom Hill Resorts ni mengambil masa selama 45 minit. Buat pengetahuan, jika nak ke Tadom Hill Resorts ni seeloknya korang ambil terus highway menuju ke KLIA sebab Tadom Hill Resorts ni tak jauh pun dari KLIA.
Terletak di Kg. Labohan Dagang, Tadom Hill Resorts ni sebenarnya terletak di tanah orang asli. Namun resort ini telah dibangunkan oleh Dato' Lai Yeng Fock. Apa yang menarik di Tadom Hill Resorts ni sampai menjadi viral? Ha..Tadom Hill Resorts ni viral sebab tempat dia yang cantik.
Jom aku ceritakan sedikit tentang jenis resort yang terdapat di Tadom Hill ni. Oh ye..sebelum korang tertanya apakah makna Tadom? Sebenarnya Tadom tu nama sebuah bukit yang terletak di perkampungan tersebut.
Jenis-jenis Penginapan di Tadom Hill Resorts
- Premium Gendui Chalet
Terdapat 6 buah Premium Gendui Chalet. Dilengkapi dengan penghawa dingin dan 1 buah katil bersaiz king dan bilik air. Bilik jenis ini mampu memuatkan 3-4 orang dalam satu masa.
Weekday | Weekend | Peak Season | Super Peak Season | ||
2 Pax | RM250 | RM270 | RM290 | RM310 | |
Rates Of | 3 Pax | RM325 | RM345 | RM365 | RM385 |
4 Pax | RM400 | RM420 | RM440 | RM460 |
- Semantan Chalets
Terdapat 8 buah chalet jenis ini. Dilengkapi dengn penghawa dingin, chalet ini mampu menempatkan 3 orang dalam satu masa dan bilik ini disertakan dengan bilik air.
Weekday | Weekend | Peak Season | Super Peak Season | ||
2 Pax | RM230 | RM250 | RM270 | RM290 | |
Rates Of | 3 Pax | RM300 | RM320 | RM340 | RM360 |
- Bamboo Madu Chalets (Sebelum ini dikenali sebagai Astana Ninik)
Terdapat 9 buah chalet jenis ini dan mampu menempatkan 3 orang dalam satu masa dan disertakan bilik air.
Weekday | Weekend | Peak Season | Super Peak Season | ||
2 Pax | RM200 | RM220 | RM240 | RM260 | |
Rates Of | 3 Pax | RM265 | RM285 | RM305 | RM325 |
- Hakka Village
Bilik jenis ini seakan dorm. Terdapat 10 buah bilik yang mampu menempatkan 6 orang dalam 1 masa dan 2 buah bilik untuk 4 orang. Bilik jenis ini, bilik air dan tandasnya disediakan di luar.
Bilik air dan tandas perempuan terletak di tingkat bawah manakala bilik air dan tandas lelaki terletak di tingkat atas. Terdapat 2 jenis 'private room', 1 yang terletak di tingkat atas yang hanya disediakan katil dan kipas manakala 1 jenis lagi terletak di tingkat bawah yang disediakan katil dan penghawa dingin.
PRIVATE (RATES/ROOM) UPPER LEVEL (WITH FAN)
Weekday | Weekend | Peak Season | Super Peak Season | ||
6 pax/room | RM480 | RM540 | RM600 | RM660 | |
Rates Of | 4 pax/room | RM320 | RM360 | RM400 | RM440 |
ADDITIONAL MATTRESS FOR I PAX ONLY | RM80 |
PRIVATE (RATES/ROOM) LOWER LEVEL (WITH AIR-CONDITIONER)
Weekday | Weekend | Peak Season | Super Peak Season | ||
6 pax/room | RM570 | RM630 | RM690 | RM750 | |
Rates Of | 4 pax/room | RM380 | RM420 | RM460 | RM500 |
ADDITIONAL MATTRESS FOR I PAX ONLY | RM95 |
- Bamboo Garden Tent
Bilik jenis ini berkonsepkan khemah. Terdapat 18 buah chalet jenis ini dan hanya mampu memuatkan 2 orang dalam satu masa. Bilik jenis ini tidak disediakan bilik air (bilik air dan tandas terletak di luar).
Weekday | Weekend | Peak Season | Super Peak Season | ||
Rates Of | Max 2 pax per tent | RM130 | RM150 | RM160 | RM170 |
- Bamboo Lakeside Tent
Bilik jenis ini berkonsepkan khemah. Terdapat 12 buah chalet jenis ini dan hanya mampu memuatkan 2 orang dalam satu masa. Bilik jenis ini tidak disediakan bilik air (bilik air dan tandas terletak di luar).
Weekday | Weekend | Peak Season | Super Peak Season | ||
Rates Of | Max 2 pax per tent | RM150 | RM170 | RM180 | RM190 |
- Eco Tent
Terdapat 40 buah khemah disediakan yang mampu memuatkan 2 orang dalam 1 khemah. 'Sleeping bag', tilam dan bantal disediakan manakala bilik air dan tandas terletak berhampiran khemah.
Weekday | Weekend | Peak Season | Super Peak Season | ||
Rates Of | Max 2 pax per tent | RM100 | RM110 | RM120 | RM130 |
Tandas dan bilik air yang disediakan di luar khemah |
- Hammock Spheres
Tempat tidur ni berkonsepkan tempat tidur terbuka. Mampu menempatkan 10 orang dan bilik air serta tandas terletak di luar.
Weekday | Weekend | Peak Season | Super Peak Season | ||
Per Hammock (1 person) | RM65 | RM75 | RM85 | RM95 | |
Whole Sphere | RM650 | RM750 | RM850 | RM950 |
Gambar ihsan google sebab aku tak berkesempatan ambil gambar kat sini. |
Aktiviti Yang Terdapat di Tadom Hill Resort
Bila dah datang ke sini rugi la kalau hanya berkurung dalam bilikkan? Dari cerita yang aku dah tulis kat atas tu pasti korang dah dapat gambaran yang Tadom Hill Resort ni berkonsepkan 'back to nature' kan? Maka aktiviti-aktiviti kat sini pun banyak berkonsepkan 'back to nature'.
Macam aku dan suami hari tu, kami sempat merasai pelbagai aktiviti antaranya :
- ATV
- Flying Fox
- Water Rafting
- Paintball
Gembira laki aku sebab berjaya gak dia buat aktiviti flying fox |
Dan banyak lagi. Tapi kat sini banyak aktiviti-aktiviti lasak. Kalau korang merancang nak bercuti di sini aku ada beberapa suggestion barang yang korang perlu bawa :
1. Pakaian sukan
2. Pakaian renang/sukan air
3. Fist Aid
4. Ubat nyamuk
5. Toiletries
Tapi seriously Tadom Hill Resort ni cantik sangat terutama waktu malam. Cuma malam kat sini aktivitinya korang leh buat BBQ atau karaoke hehehe..
Tapi seriously Tadom Hill Resort ni cantik sangat terutama waktu malam. Cuma malam kat sini aktivitinya korang leh buat BBQ atau karaoke hehehe..
Kalau korang berminat untuk bercuti di sini atau ingin mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai Tadom Hill Resorts ni, korang boleh cuma hubungi mereka :
Phone numbers:
012-5225728, 012-5225908, 012-5225883
(Hotline Hours: 9.00am – 10.00pm)
012-5225728, 012-5225908, 012-5225883
(Hotline Hours: 9.00am – 10.00pm)
E-mail:
info@tadomhillresorts.com
info@tadomhillresorts.com
Website : https://tadomhillresorts.com/
Facebook : https://www.facebook.com/tadomhill
Instagram : https://www.instagram.com/tadomhillresorts/
Day Pass Opening Hours:
Monday – Sunday (9.00am – 6.45pm)
Monday – Sunday (9.00am – 6.45pm)
23 Comments
Teringin nak g tapi husband tak suka pula.
ReplyDeleteAlhamdulillah
ReplyDeleteMemang seronok kalau bercuti dekat Tadom Hill Resorts nih
lokasi cantik
penginapan selesa
aktiviti pun pelbagai
berbaloi sangat datang ke sini
Sally jenis fobia sikit dengan air yang tak nampak dalam..g sini mesti antara happy tak happy je...LOL
ReplyDeleteKalau buat company team building kat sini best kot. Macam-macam aktiviti boleh buat kat sini. Dah lama company tak buat team building ni. Hihi
ReplyDeleteSeronokkan bila dapat bercuti di suasana kampung macam ni. Sejuk mata. Jiwa kacau pun akan jadi release. Aktiviti yang disediakan pun boleh melupakan hal-hal kerja. Terima kasih dengan info yang diberi. Sangat lengkap. Nak pergi nanti saya akan rujuk sini
ReplyDeleteIni pertama kali tau mengenai Tadom Hill Resorts ni. Nampak menarik gak ... sebab ada bangak pilihan kategori chalet yang disediakan untuk semua golongan dan lapisan masyarakat...
ReplyDeleteWah menarik tempat ni, harga pun okay, kawasan pun cantik. aktiviti pun best. Penginapan pun ala-ala kampung, pepagi mesti sejuk kawasan ni. Bolehlah buat grouping event coming soon di sini.
ReplyDeletedone follow #179
Wahh kat banting je pun ada tempat best mcm ni. Tak pernah tau pun. Best kalau leh buat family day, dah la dekat je ngan KL nak pegi.
ReplyDeleteSubbNA Allah. Tempat yang cantik dan menarik. Kalau bawa seisi keluarga mesti best. Buat event ka? hehe.
ReplyDeleteseronoknya bercuti kat sini..sebenarnya agak dekat jugalah dgn rumah kita..cuma kena set masa lah dgn family kalau nak g sini..
ReplyDeletePernah dengar tapi tak pernah gi lagi. Menarik gak ekk, banyak jugak aktiviti boleh buat kat sana. Kalau bawak family sis ni sure diorg seronok ni..hope satu hari dpt le ke sana
ReplyDeletedulu masa kite pi tak delah cantik camnie, sekarang ni kemain lagi ek. sangat sangat cantik. aktiviti pun makin best..
ReplyDeletemenarik nyer, cikmin. kat banting, ekk.
ReplyDeleteasben aida surely suka kalau ke tempat gini.
gaya2 hutan belantara. not so hotel type la kan :) ha ha ha ha...
then ada aktiviti lasak. wow! excited lah anak-anak.
wah cantiknya tadom hill resort. boleh tahan murah harga bilik semalam kat sana..sesuai untuk weekend getaway datang dengan family atau kawan-kawan. teringin nak datang sini sambil berenang dalam tasik tadom tu
ReplyDeleteBanyak rupanya aktiviti dekat sini. Saya ingatkan ada yang tempat mandi air tu je. Sebab masa viral hari tu, orang ramai share yang tempat mandi tu je kan
ReplyDeleteWow Tadom Hill Resorts seems so nice to stay. What's to do at Banting, Selangor ya I have not been there so can plan a family trip there
ReplyDeletedah lama sebenarnya memendam rasa nak ke tadom hill resorts ni. kawan byk bercerita tntang aktiviti best kt sini, tapi smpai skrg tak berpeluang nk pgi. entah bila lah... apa pun2 terima kasih share :)
ReplyDeletetempat takdelah jauh, tengok macam ka luar negara pulak..denagn tempat tinggal jenis buluh ni..pergh..cantik..banayk aktiviti pulak
ReplyDeleteweh bestnyaaaa,,, awa suka tempat yg ada aktviti bnyk2 cmni... yelah anak dh besar kan... mmg tempat cmnilah yang diaorg suka kalau di bawa cuti.. InshaAllah ada rezeki nak gi jugalah... masuk bucket list duluuu.... tq share =D
ReplyDeleteCantik2 gambat dlm entri cik min. Tempat ni dan lah cantik dan macam2 aktiviti kita boleh lakikan kat sini. Best betul
ReplyDeleteMenarik tempatnya ya...sayangnya 3 tahun kat Bukit Tinggi tapi tak pernah dengar pula Tadom HIll ni...kalau tau awal mesti dah pecut ke sana bercuti.
ReplyDeletewaa... uniknya...pergi dengan suami best ni...tp gaya macam tak sesuai dengan anak2 kecik yang tengah lasak ni
ReplyDeleteWow I hope that I can be here with my family one day. The place looks so beautiful and unique. The accommodation is so classy and yet so close to nature. Love it. :D
ReplyDelete