Memilih pemakanan yang sihat adalah perkara paling penting untuk prinsip kesihatan. Tahu tak korang bahawa 'kita adalah apa yang kita makan' ? Maksudnya pemakanan kitalah penentu pada tahap kesihatan kita.
Gambar Ihsan Google |
Jika kita amalkan pemakanan yang sihat seperti banyakkan pengambilan air masak dalam sehari, kurangkan makanan berlemak dan berminyak, elakkan penggunaan garam dan gula berlebihan dalam masakan..Insyallah tahap kesihatan kita akan jauh lebih baik berbanding dengan mereka yang tidak menjaga pemakanan mereka.
Jom, aku kongsikan sedikit tentang prinsip pemakanan sihat yang perlu diamalkan bagi mengekalkan tahap kesihatan badan kita.
Prinsip Pemakanan Sihat
Bagi memudahkan panduan pemakanan sihat, disarankan agar kita semua merujuk pada piramid makanan sebagai panduan untuk memilih makanan sekeluarga.
- Makan bijirin dan kekacang secukupnya
Bijirin merupakan sumber tenaga yang utama malah bijirin juga kaya dengan serat terutama bijirin dan bijirin mil penuh seperti nasi, roti, mi dan bihun. Manakala kekacang pula sumber serat yang baik, ia juga kaya dengan protein dan mempunyai kandungan lemak yang rendah. Contoh kekacang ialah kacang soya, kacang peas dan kacang dhal.
- Makan lebih buah-buahan dan sayur-sayuran
Umum mengetahui yang kebanyakan buah-buahan dan sayur-sayuran mempunyai pelbagai jenis zat seperti vitamin A, C, asid folik, zat besi dan kalsium. Malah buah-buahan dan sayur-sayuran juga kaya dengan serat. Pengambilan makanan yang tinggi dengan serat penting untuk melawaskan pembuangan najis dan dapat membantu mencegah penyakit sembelit yang kronik.
- Pilih makanan yang rendah lemak dan kolestrol
Lemak adalah sumber tenaga yang baik dan diperlukan untuk membantu menyerap vitamin-vitamin larut lemak iaitu vitamin A,D,E & K. Lemak yang berlebihan daripada makanan akan disimpan di dalam badan sebagai lemak badan. Kehadiran lemak inilah yang akan meningkatkan berat badan kita tu! Lemak yang berlebihan akan meningkatkan risiko penyakit jantung koronari, strok, obesiti dan penyakit-penyakit lain.
- Minum air secukupnya.
Ramai yang masih keliru tentang pengambilan air dalam sehari. Ada yang sarankan 8 gelas sehari, ada yang sarankan 3 liter sehari. Tetapi sebenarnya pengambilan air yang mencukupi adalah berdasarkan berat badan korang! macam mana nak kira? Formulanya ialah berat badan bahagi dengan 25. Contohnya berat badan korang ialah 65kg, jadi 65kg/25 = 2.6
Dapatkan Guru Sebagai Pembimbing Memilih Makanan Sihat Yang Betul
Kalau korang tak pasti macam mana caranya untuk membuat pemilihan pemakanan yang baik secara betul, apa kata korang dapatkan bimbingan dari guru yang bertauliah.
Coach Prem ada menyediakan perkhidmatan :
- Personal Coaching 1 to 1
- Whatsapp Group Mentoring & Support
- 30 days Effective Fat Loss Meal Plan
- Program Nutrition untuk makan gantian pagi dan malam untuk 1 season
- Follow up setiap hari selama 30 hari dan ada topik-topik penting untuk turun berat dan kekal secara sihat.
- Update result timbangan setiap minggu.
Menariknya tentang program ini ialah JAMINAN PULANGAN WANG DALAM TEMPOH 30 HARI jika berat badan tak turun walaupun 1 kg atau tak turun ukur lilit walaupun 1 inci! Selain itu peserta juga berpeluang untuk memenangi wang tunai.
Untuk keterangan lanjut mengenai program ini, korang boleh la hubungi COACH PREM :
Whatsaap : +60125804713
Instagram : https://www.instagram.com/coach_prem/
Facebook : https://www.facebook.com/premlatha.murthy.1
0 Comments