Pengalaman Terperangkap Dalam Ribut di Langkawi

Beberapa hari sebelum umat Islam seluruh dunia meyambut Aidil Adha, kita telah dikejutkan dengan berita taufan yang melanda tanah Mahsuri iaitu Langkawi. Bencana alam yang datang tanpa diduga itu mengakibatkan banyak kerosakan dan kerugian pada penduduk.

Ironinya, ketika kejadian itu berlaku..aku ada di sana menyaksikan segala yang berlaku di depan mata.



Alkisahnya, aku ke Langkawi bagi menyertai media trip untuk menghadiri majlis pembukaan Geopark Discovery Centre yang terletak di Kilim Karst Geoforest Park. 4 hari kami di Langkawi memang padat jadual hingga ke malam. Banyak tempat yang kami pergi hinggalah pada hari kejadian, kami berada di Paradise 101 iaitu sebuah 'exclusive private island'.


Untuk ke Paradise 101 kami terpaksa menaiki bot yang perjalanannya cuma mengambil masa kira-kira 5-10 minit sahaja. Kat sana aku sempat menaiki jet ski dan banana boat. Bercerita tentang pengalaman menaiki jet ski dan banana boat, memang kami telah difahamkan yang petang tersebut arus gelombang agak kuat. Aku sendiri ketika menaiki jet ski pun asyik terasa kecut perut sebab arus gelombang laut terlalu kuat dan melambung.


Gambar kenangan sebelum kejadian ribut

Selesai bermain, kami bersiap untuk menikmati makan malam yang disediakan oleh pihak Paradise 101. Sedang kami menikmati makan malam tiba-tiba datang angin kuat dan diiringi oleh hujan lebat. Bertempiaran kami lari berlindung di bawah khemah yang disediakan.

Seriously, mulanya kami tak anggap yang hujan lebat dan angin kuat tu serious. Kami masih sempat bergelak tawa sampailah kami dapat perkhabaran dari Chenang yang keadaan di sana sangat teruk dengan banyak pokok tumbang yang menghempap kenderaan.




Masa tu Allah je yang tahu perasaan kami. Tambahan pulak kami terperangkap seketika di Paradise 101 sebab bot tak dapat membawa kami menyeberang lantaran ombak yang bergelora. Mujurlah selepas seketika kami akhirnya berjaya ke daratan namun masih terperangkap di dalam bas sebab banyak pokok tumbang yang mengakibatkan laluan daratan hampir lumpuh.

Setelah hampir 2 jam terperangkap di dalam bas, kami berjaya sampai ke Hotel Royale Chenang di mana tempat kami menginap selama 4 hari di Langkawi. Namun disebabkan oleh banyak pokok tumbang yang menghalang laluan jalan, kami terpaksa berjalan kaki menuju ke hotel dalam keadaan hujan yang beransur reda.


Royale Chenang, tempat penginapan kami selama 4 hari di Langkawi
Sepanjang perjalanan kami menuju ke hotel sempat lah kami melihat beberapa tempat yang dipenuhi pihak bomba dan penyelamat mengalihkan pokok-pokok tumbang tersebut. Syabas buat semua anggota bomba dan penyelamat yang bertungkus lumus memastikan keselamatan penduduk.

Mujurlah tempat tinggal kami di Royale Chenang langsung tak terjejas. Kami sampai ke hotel pun dalam pukul 11 lebih malam jadi selepas bersihkan diri dan solat terus je aku tidur. Esoknya selepas sarapan aku pergi melawat kawasan yang terjejas. Ya Allah memang teruk sangat! Ada beberapa kereta yang terjejas teruk dihempap pokok. ada atap rumah yang runtuh dan terbang, ada gerai kecil yang terbang dibawa angin.




Melihat pada kesan ekor taufan Lekima ni betul-betul menginsafkan aku. Dalam masa yang sama aku bersyukur sebab aku dan rakan-rakan media semuanya selamat.

Sedikit Tentang Taufan Lekima

Taufan Lekima adalah taufan kedua terbesar melanda negara China. Di Beijing jumlah kematian yang dianggarkan pada 11 Ogos lepas adalah 28 kematian. Dilaporkan seramai 18 orang maut dalam tanah runtuh yang berpunca dari ribut itu.

Ribut dahsyat dengan kekuatan angin 187 kilometer sejam dan ombak tinggi melanda bandar Wenling yang mengakibatkan kerosakan teruk.

Kita di Malaysia yang cuma dilanda tempias taufan Lekima ni pun telah menjejaskan 9 masjid di Kedah. Ya Allah..macam mana la mereka yang di China dan Taiwan yang terkena taufan Lekima ni kan? Apa pun bersyukur sangat pada Allah kerana kita semua terselamat.




Post a Comment

3 Comments

  1. Alhamdulillah nasib takde apa2 berlaku...menakutkan tengok pada video2 kat media sosial

    ReplyDelete
  2. allahuakbar..dasyatnya juga yer.. alhamdulillah..k.min xapa2

    ReplyDelete
  3. Wah informatif! Alhamdulillah yang penting semua selamat. Risau bila dapat tau perkara ni hari tu. Fuh!

    ReplyDelete