Tauke Jambu Buat Hal Lagi! Kali ni Buka Gerai Mie Keren Yang Menghidangkan Sos Pedas Tahap Melampau

Bijak mengambil peluang ketika gelombang makanan pedas melanda Malaysia kini, Pelawak terkemuka tanahair Tauke Jambu mengorak langkah membuka gerai Mie Keren yang terletak di mini foodcourt FoodMonger di Tamarind Square, Cyberjaya.


Kalau korang peminat makanan pedas, aku syorkan korang untuk datang ke sini bagi merasai sendiri tahap kepedasan yang disediakan di sini.

Rabu lepas aku dan kawan-kawan dah pun mencuba semua menu yang disediakan di Mie Keren milik Tauke Jambu ni. Disantuni sendiri oleh Tauke, kami diberi sedikit penerangan dan diperkenalkan dengan 8 jenis hidangan mee yang ada di sini.



Menu
Harga (RM)

Soto Keren

12.00
Tek Kicap

6.00
Keju

7.00
Bencong

6.00
Matah

6.00
Sambal Keren

6.00
Pedas Cinta

6.00
Medan
6.00


Hidangan ni nampak biasa kan? Ha..tapi kelainan yang ada di sini ialah tahap kepedasan sos yang disediakan iaitu :


Jenis Sos
Tahap Kepedasan

Gegirl

Kurang Pedas
Berapi

Sederhana
Berahi

Paling Pedas

Jujur, aku suka sos yang disediakan di sini sebab memang sosnya sangat sedap. Dan bagi pecinta makanan pedas macam aku dah tentulah sos berahi yang jadi pilihan hati. Jadi, kalau korang nak cabar tahap kepedasan korang jom la ke Mie Keren yang terletak di FoodMonger di Tamarind Square Cyberjaya.



Buat pengetahuan, FoodMonger adalah sebuah mini foodcourt yang menghimpunkan beberapa buah gerai. Aku suka suasana FoodMonger ni sebab tempatnya yang tampak hipster dan cozy. Hari tu, masa aku datang makan di sini memang ramai betul pengunjung dan rata-rata yang datang menurut pemerhatian aku adalah dikalangan remaja.


Mana taknya, makanan dan minuman yang disediakan di sini semuanya sedap belaka. Selain hidangan mee dari Mie Keren, sempat juga kami mencuba pelbagai hidangan dan minuman di FoodMonger ni. Aku sendiri hari tu sempat minum yam shake..perghh..memang sedap toq!!

Perghh..mengiurkan giler hidangan ni..aku tengok pun melelh air liur haha


Apa pun bagi korang yang nak mencuba dan mencabar tahap kepedasan korang, boleh la datang ke Mie Keren yang terletak di dalam Food Monger yang beralamat di :

C-01-03, Tamarind Square, Persiaran Multimedia, 63000 Cyberjaya, Selangor

Waze : FOODMONGER


Waktu Beroperasi : 3pm - 1am

Post a Comment

5 Comments

  1. Huish..semua pedas-pedas. Pandai ambil peluang kan..Nama gerai pun unik.Memang ramai je suka pedas..tp Yaya pedas tahap Gegirl je lah kut..hihi..

    ReplyDelete
  2. Uikss Cik Min ambil sos hat paling pedas 》 berahi.

    Ruby yang berapi agaknya kalo order ni.

    Bagus tauke jambu. Buat bisnes. Semoga maju bisnes beliau. Aamin

    ReplyDelete
  3. nampak sedap, tapi eina tak tahan pedas la, hehe

    ReplyDelete
  4. mau meleleh air mata kalau makan ni. hihi nampak pedas sangat ni.

    ReplyDelete
  5. wahh jumpa retis laa. Jemput singgah blog baru ema @ ematunz.blogspot.com

    ReplyDelete