Ini Dia Senarai Tempat Yang Korang Wajib Pergi Jika ke Jogjakarta

Jogjakarta bukanlah nama asing dalam senarai tempat yang ingin dilawati dikalangan para pelancong. Aku juga tak terkecuali, selalu je mengimpikan untuk jejakkan kaki ke kota lama yang menyimpan banyak kisah-kisah sejarah, lagenda dan mitos ini.

Berpeluang menjejakkan kaki ke Jogjakarta 2 minggu lepas seakan telah dapat menyempurnakan satu impian yang telah lama dibina. Jom aku senaraikan tempat-tempat yang korang wajib lawati jika ke Jogjakarta.

1. Keraton Ngayogyakarta Hadiningrat

Keraton Ngayogyakarta Hadiningrat juga dikenali sebagai Kraton Jogja atau Istana Sultan. Keraton Ngayogyakarta Hadiningrat adalah sebuah istana yang masih berfungsi dalam erti kata sebenar-benar berfungsi sehingga ke hari ini. 


Istana ini menyimpan banyak sejarah sejak dibina oleh Pangeran Mangkubumi pada tahun 1755-1756. Keraton Ngayogyakarta Hadingnirat masih dihuni oleh Sultan Jogjakarta iaitu Sri Sultan Hamengkubuwono X sehingga ke hari ini.

Menariknya tentang Keraton Ngayogyakarta Hadiningrat ini ialah walau masih berfungsi sebagai kompleks istana dan kerusi utama Sri Sultan Hamengkubuwono X dan keluarga, Keraton Ngayogyakarta Hadiningrat juga berfungsi sebagai pusat kebudayaan untuk orang Jawa dan mempunyai sebuah muzium yang menyimpan artifak kesultan yang dibuka untuk orang ramai.

Sempat aku bergambar kenangan di sini.
Di istana ini juga diadakan pertunjukan pada setiap hari seperti berikut :

Persembahan Kebudayaan


Gamelan
Isnin – Selasa (10 pagi)

Wayang Golek
Rabu (10 pagi)

Prestasi Tari
Khamis (10 pagi)

Macapat
Jumaat (9 pagi)

Prestasi Wayang Kulit
Sabtu (9.30 pagi)

Wayang Orang & Tarian
Ahad (9.30 pagi)


2. Kotagede

Kotagede adalah sebuah tempat pemakaman raja-raja di zaman silam atau lebih tepat lagi dari zaman kerajaan Mataram. Di Kotagede ini menyimpan seribu satu kisah dari zaman kerajaan lama.


Kotagede suatu masa dulu pernah menjadi pusat kerajaan Mataram namun kini hanyalah tinggal kesan-kesan sejarah. Untuk sampai ke kompleks pemakaman di raja ini, kita harus melalui kawasan perkampungan dan kediaman penduduk tempatan.




Laluan di sini mempunyai banyak lorong kecil namun sangat cantik dihiasi penduduk tempatan. Dan sesampai di kawasan pemakaman di raja ini, kita harus mengikuti beberapa peraturan yang telah ditetapkan sekiranya ingin melawat masuk terus ke tempat persemadian Raja terdahulu which is aku tak masuk pun sebab ada beberapa syarat yang tak sesuai untuk wanita berhijab. Syarat-syaratnya ialah :

  • Wanita harus mengenakan kain jarik, berkemban dan tidak mengenakan tudung (memakai pakaian tradisional Jawa)
  • Lelaki harus mengenakan peranakan, kain jerih dan blangkon (memakai pakaian tradisional Jawa)
  • Dilarang mengambil gambar di dalam makan
Kesemua pakaian tersebut boleh disewa di secretariat office. Bagi mereka yang bertudung, inner disediakan. Harga untuk sewa pakaian ialah Rp 15.000

Inilah pakaian yang harus dikenakan untuk masuk ke makam 

3. Candi Borobudur

Perjalanan dari Kotagede ke Candi Borobudur mengambil masa kira-kira 1 jam setengah perjalanan menaiki bas.


Candi Borobudur terletak di Desa Boro, Kabupaten Magelang, Jawa Tengah, Indonesia. Borobudur adalah stupa Buddha mazhab Mahayana dan monumen Buddha terbesar di dunia. Borobudur berbentuk gunung 6 segi bujur dan mempunyai 3 tingkat. Pada puncak Borobudur ada stupa induk berbentuk loceng berlubang-lubang. 



Bahagian paling utama terletak dibahagian puncak yang dikelilingi oleh 72 patung Buddha. Setiap patung Buddha terletak dalam stupa loceng berlubang-lubang. Brobudur ini turut dihiasi oleh 2672 arca dan 504 patung Buddha. Monumen ini menjadi tempat utama Buddha dan tempat perjalanan pemujaan terpenting penganut Buddha.

Semasa mendaki, mengelilingi Borobudur menuju Buddha terdapat 1,460 keping arca pada dinding dan hiasa naratif balustades.



Sedikit Tips Ketika Melawat ke Candi Borobudur

  • Pastikan korang membawa bekalan air sebab Candi Borobudur ni luas sangat dan bertingkat-tingkat, jadi korang pasti banyak menggunakan tenaga dan akhirnya korang pasti akan kehausan.
  • Pastikan korang memakai topi sebab kat sini panas sangat. Sekurang-kurangnya topi dapat menghalang korang dari silau cahaya matahari.
  • Pastikan korang memakai kasut yang bersesuaian sebab :
1. Korang kena mendaki tangga yang tinggi dimana 1 anak tangganya bersamaan 2-3 ketinggian anak tangga biasa. Aku suggestkan korang pakailah sport shoes sebab lebih selesa dan selamat. Jangan pakai heels sebab memang tak sesuai melainkan korang bawak heels untuk sesi penggambaran semata-mata.


2. Tanah di hadapan candi sangat berdebu dan sejenis tanah merah, jadi pemakaian selipar adalah sangat tidak sesuai ye kawan-kawan. aku bagi nasihat ni sebab aku dah alami sendiri dimana 2 minggu lepas aku ke Candi Borobudur dengan memakai selipar disebabkan kaki aku melecet. Jadi ketika di sana memang kaki aku sangat kotor disebabkan tanah yang sangat berdebu tersebut.


  • Pastikan korang mempunyai kesabaran yang tinggi untuk sesi photo shoot. Haha..sebab kat sini terlalu ramai pelawat jadi untuk mendapatkan gambar yang betul-betul sempurna tanpa ada photo boom korang kenalah bersabar sedikit
Gigih ye aku nak dapatkan shot yang tak ada orang macam ni..haha..
  • Gambar yang cantik ialah pada sesi pagi atau lewat petang ketika sunset tapi suka aku nak ingatkan yang harga tiket ketika sunset tu mahal sikit ye berbanding harga tiket ketika waktu lain.
Apa pun aku pasti setiap penat korang ketika mendaki naik ke puncak candi ni pasti berbaloi dan korang pasti sangat berpuashati dengan pemandangan di sini. Tahu tak? Dari kecil aku menyimpan hasrat nak jejakkan kaki ke Candi Borobudur ni sebab aku seorang pecinta sejarah. Alhamdulillah tercapai hasrat aku ni.

4. Puncak Bukit Dagi

Jika dah sampai ke Candi Borobudur ni, jangan lupa terus ke Puncak Bukit Dagi yang terletak berhampiran Candi Borobudur. Di Puncak Dagi ini korang turut boleh menikmati pemandangan Candi Borobudur dari jauh.



5. Istana Air Taman Sari

Turut dikenali sebagai Taman Sari adalah sebuah istana yang dikhabarnya menjadi tempat mandi puteri raja di zaman silam. Terletak di sekitar Keraton Ngayokyakarta, telah didirikan pada tahun 1758 dan idea asalnya adalah dari Pangeran Mangkubumi (yang kemudiannya dikenali sebagai Hamengkubuwono I).



Terdapat beberapa elemen yang mempengaruhi architecture seni bina Istana Air Taman Sari ini. Diantaranya adalah pengaruh dari Hindu dan Buddha, Jawa dan Islam, Cina, Portugis dan gaya Eropah yang dapat dilihat dari beberapa bahagian bangunan ini.



Taman Sari memiliki 2 pintu gerbang utama iaitu sebuah Gapuro Agung (yang terdapat di bahagian barat) dan Gapuro Panggung (yang terdapat dibahagian timur yang kini menjadi pintu masuk utama)


Aku dah mengelilingi hampir keseluruhan Istana Taman Sari ini dan dapat melihat banyak tinggalan dari zaman kerajaan silam antaranya tempat tidur diRaja, telaga dan dapur diRaja. Manakala tempat mandi puteri di zaman kerajaan silam yang menjadi tumpuan pelancong menjadi sebahagian tempat utama di istana lama ini..justeru itu turut digelar Istana Air Taman Sari





Kalau korang jenis suka bergambar, tempat ni memang sangat terkenal sebagai tempat yang instagrammable. Hari yang aku datang ke Taman Sari ni terdapat pasangan pengantin turut melakukan photo shoot di sini. Hehe..aku pun sempat bergambar di tempat yang jadi tumpuan utama pelancong. Tapi macam aku bagitau, kalau nak bergambar perlukan kesabaran dan kegigihan la sikit sebab tempat ni terlalu ramai pelancong.




Harga Tiket :

Pelancong : Rp. 15.000 (tanpa kamera)
Tambahan Rp. 3.000 untuk kamera
Tempatan : Rp. 5.000


Tempat Penginapan 

Ini adalah soalan favourite setiap aku up entry travel. Jadi bagi memudahkan korang, jom aku kongsikan beberapa penginapan yang selesa.

Jogjakarta

Sebenarnya banyak hotel yang ada di sekitar kota besar ini. Tapi aku kongsikan beberapa nama hotel yang selesa yang mungkin memudahkan korang merancang tempat penginapan korang selama berada di sana.

1. The 101 Yogyakarta Tugu Hotel

Ini hotel yang aku menginap selama aku di Jogjakarta. Hotel ini sangat selesa dan berada di Tugu, Jogjakarta.

Alamat : Jl. Mangkubumi No.103 Yogyakarta
No. Tel : (0274) 2920101


Pemandangan dari bilik aku
2. Inna Garuda

Alamat : Jl.Malioboro No. 60 Yogyakarta
No. Tel : (0274) 566353

3. The Cangkringan


4. Queen of The South

Alamat : Girijati, Purwosari, Kabupaten Gunung Kidul, Yogyakarta
No. Tel : (0274) 367196

5. GreenHost Hotel



Borobudur

Kalau korang ada bajet lebih dan merancang untuk tinggal di daerah Borobudur di mana terletaknya Candi Borobudur korang boleh la menginap di :

1. Sarasvati
2. Plataran Borobudur
3. Village Homestay

Semarang

Ini pula antara hotel yang ada di daerah Semarang :-

1. Crown Plaza
2. Patra Jasa
3. Ciputra Hotel

Solo

Antara hotel yang korang boleh menginap di daerah Solo :

1. Lorin Solo Hotel
2. The Royal Heritage
3. Solo Paragon Hotel
4. Cakra Homestay

Tempat Membeli-belah

Aku tau ini topik paling dinantikan oleh mereka yang gemar bershopping haha..sebab tiap kali aku up entry travel pasti akan ada yang tanya kat mana tempat nak bershopping dan beli souvenir. Nah aku kongsikan tempat yang korang boleh 'melabur' duit korang hehe..

Malioboro Street

Malioboro adalah jalan utama di Jogjakarta yang merupakan pasar terpanjang dimana terdapat bermacam jualan seperti souvenir, batik, kulit, perak, kayu dan sebagainya disamping beraneka makanan tradisional khas Jogjakarta.

Photo Credit : Google (Aku tak berkesempatan ambil gambar kat sini hehe)

Di sepanjang jalan yang dipanggil Malioboro ni terdapat bermacam pilihan yang penting korang mesti pandai tawar menawar.

Pasar Beringharjo

Pasar Beringharjo dibangunkan oleh Sri Sultan HB I pada abad XVIII M. Pasar Beringharjo merupakan pasar tradisional pertama dan terbesar di Jogjakarta. Di sini terdapat pelbagai barangan dari pakaian, beg, makanan segalanya ada.



Buah Ciplukan. Rasa seakan tomato tapi manis.


Kat sini aku cadangkan korang bawa duit yang mencukupi sebab batik kat sini cantik, berkualiti dan murah. Korang pasti akan tertarik dengan pelbagai pilihan batik di sini. Umum tahu yang batik jawa sememangnya berpusat dan berasal dari sini, jadi di sini batik dipelbagaikan termasuk seluar dan skirt.


Bag tangan rotan yang menjadi kegilaan di Malaysia ni pun banyak dijual disini dan korang boleh dapat dengan harga cuma RM30 untuk sebuah bag tangan yang cantik!


Selain tu, korang boleh juga mencuba pelbagai makanan istimewa Jogjakarta seperti Gudeg dan Bakpia Pathuk. Apa itu Bakpia Pathuk? Ha..Bakpia Pathuk ni adalah sejenis makanan yang diperbuat dari campuran kacang hijau dan gula yang dibungkus dengan kulit yang diperbuat dari tepung yang kemudiannya dipanggang. Terdapat pelbagai perisa termasuk keju, coklat, kacang merah dan banyak lagi. Korang dikira tak sah sampai ke Jogjakarta kalau tak mencuba Bakpia Pathuk ni.


Pengangkutan

kalau datang ke Jogjakarta cuba la untuk menaiki pengangkutan yang popular dikalangan pelancong. Antaranya :
  • Sepeda
  • Becak (kita di Malaysia panggil beca)
  • Andong (kereta kuda)
  • Teksi
  • Kereta/motor sewa
  • Trans Jogja
Aku sendiri mencuba becak. Dari Beringharjo Market ke The 101 Yogyakarta Tugu Hotel bayarannya sebanyak Rp. 25.000 (lebih kurang RM8) sebab perjalanannya agak jauh berpusing. Menariknya jika sewa beca di sini, korang boleh minta pemandu beca untuk berhenti di mana-mana yang korang nak berhenti seketika dan mereka akan tunggu tanpa sebarang caj tambahan.



Macam aku haritu, pemandu beca sendiri yang berhentikan aku di Bakpia Pathok 25 iaitu tempat terkenal membeli Bakpia dan tunggu sehingga aku selesai membeli. Tapi aku nak ingatkan supaya korang berhati-hati dan sentiasa adakan sesi tawar menawar. Sebab kawan aku sendiri dari tempat yang sama dan menuju ke destinasi yang sama, dikenakan bayaran sebanyak Rp. 40.000 hehe sedangkan menurut penduduk tempatan paling mahal pun dari tempat yang kami sewa menuju ke tempat penginapan cuma Rp. 30.000!

  


Sebenarnya banyak lagi yang aku nak kongsikan dengan korang termasuk tempat makan yang ada di Jogja ni. Tapi memandangkan entry ni dah cukup panjang, jadi aku bercadang untuk sambung di entry seterusnya. Insyallah sehingga berjumpa lagi gais!

Post a Comment

5 Comments

  1. Wah, banyak tempat menarik untuk dilawati di sana

    ReplyDelete
  2. Jogja memang banyak tempat menarik kan...akak dah masukkan dalam wishlist, nak pi berdua ngan anak dara akak nanti..insyaallah tahun depan..

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah rezeki Min dapat menjejak kaki ke tempat2 menarik di Jogja ni :)

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah rezeki Min dapat menjejak kaki ke tempat2 menarik di Jogja ni :)

    ReplyDelete
  5. seronok yer tgk kak min travel merata dah..

    ReplyDelete