Pengiklanan menarik sangat penting sebenarnya untuk memperkenalkan sesuatu produk. Lebih-lebih lagi di zaman serba maju dan canggih ni, syarikat pengiklanan berlumba-lumba untuk membuat sesuatu iklan yang lebih menarik pelanggan.
Tapi kebanyakan iklan yang 'canggih' itu memerlukan kos yang tinggi dan tak semua 'tokey-tokey' produk ni mampu untuk membuat iklan yang 'canggih' pada harga yang berpatutan.Terkadang kos pengiklanan sahaja mencecah hingga puluh ribuan ringgit.
3D Hologram LED Fan Display Penyelesai Masalah
Memandangkan betapa perlunya iklan yang mampu menarik lebih ramai pelanggan, Softsupplies Sdn Bhd telah memperkenalkan 3D Hologram LED Fan Display bagi menyelesaikan masalah bagi mereka yang ingin membuat iklan yang 'gempak'
3D Hologram LED Fan Display ini berfungsi sebagai sebuah kipas yang menghidupkan sesuatu imej. Maksudnya setiap imej dan video nampak seakan hidup dan terapung. Alaaa..macam imej-imej 3D yang lain cuma ia nampak seakan hidup dan bergerak!
Contohnya macam gambar kat bawah ni.
Sumber gambar : Google |
Bagaimana Kipas Ini Berfungsi?
Kipas 3D Hologram LED menggambarkan produk atau bahan melalui lampu LED yang berputar, yang terbentuk melalui koleksi cahaya dan melalui pemprosesan dalam perisian. Perisian ini boleh digunakan pada Android, PC atau iOS dn disambungkan terus kepada kipas LED dengan teknologi wifi dan kad SD.
Melalui perisian ini, pengguna boleh memuat naik kandungan untuk dipaparkan pada kipas. Setiap LED pada bilah kipas akan segera mengumpul cahaya mengikut kandungan yang dimuatkan. Kemudian setiap titik grid berubah menjadi video atau imej yang dilihat melalui putaran LED supaya terdapat kesan hologram di udara.
Setiap bahan atau kandungan kreatif yang akan dimainkan disimpan di dalam ruang simpanan alat melalui garis dan kaedah penghantaran berlainan.
Harga Sangat Berpatutan Untuk Kualiti Imej Yang Sangat Mengagumkan
Tau tak korang, dengan imej yang sangat mengagumkan ini kadar sewaan cuma RM300 sebulan. Perghhh..murah sangat tu! Mana nak dapat kan harga yang macam ni untuk pengiklanan yang gempak?
Tapi kan, untuk pengetahuan korang..untuk mendapatkan imej yang lebih besar atau pun korang nak imej pengiklanan korang sebesar billboard pun boleh tau! Cuma korang kena gabungkan beberapa buah kipas LED ini dan kemudian gabungan kipas ini akan menghasilkan imej yang lebih besar mengikut kemampuan dan keperluan korang.
Setiap kipas 3D Hologram LED ini :
- Berukuran diameter 65 cm
- Paparan Hologram dengan resolusi yang tinggi
- Imej nampak lebih 'real'
- Inovasi LED terkini
Dimana Nak Dapatkan 3D Hologram LED Fan Display ni?
Kalau korang berminat untuk menyewa kipas 3D Hologram LED ni, korang bolehlah menghubungi pihak Softsupplies Sdn.Bhd di :
No. Telefon : 012-7234383
Sebelum berundur diri, aku sediakan video supaya korang lebih jelas tentang paparan 3D Hologram LED yang menampakkan imej dan video lebih 'hidup' dan nyata.
20 Comments
Wahh unik betul teknik pengiklanan sekarang ya! Best ni! Nampak realistik betul lagi2 yg dinosaur tu. Nice!
ReplyDeletemenariklah benda ni.. kalau buat marketing ni.. satu level baru.. pasti ramai yang tertarik..
ReplyDeleteWow hebat ye teknologi sekarang. Untuk pengiklanan bagus juga pakai Hologram tp rasa better dlm mall ke ok la kan. For billboard memalam la br nampak kot. Harga ok la tu utk kompeni2 kaya.
ReplyDeleteOMG! This is so cool! Didn't know the technology is so advance! Thanks for sharing this great information!
ReplyDeletewow! hebat teknologi sekarang ni. sharing yang menarik
ReplyDeleteTeknologi semakin hebat sekarang. Tidak termasuk dengan Skrin Hijau belakang tabir menjadi gambar lebih nyata. hehe. Terima kasih berkongsi pengalaman yang sangat hebat ini. Good artikel~
ReplyDeleteNak share dengan bos la , boleh buat gimik perasmian dengan kadar harga yang berbaloi dan hasil pun unik !
ReplyDeleteMenariknya kak min! Teknologi baru, barulah futuristik kan? Haha. Thanks share ya.
ReplyDeleteOhhhh ada juga yer macam ni hehehe menarik lah first time tengok hehehehe tapi tak bahaya ker kepada kanak-kanak suka hulur tangan kat benda yang berpusing dan bergerak hehehehe....
ReplyDeleteMenarik ni kalau buat iklan 3d macm ni..mesti orang akan tengok lagi kalau pasng dekat billboard. Murah sangat harga nya tu. Nampak lain dari lain bila pengiklanan buat mcm ni
ReplyDeleteFuyo. Kemain gempak ya teknologi sekarang. Mesti ramai tertarik sbb benda baru kan? Best pulak tu tengok features dia. Thanks share :)
ReplyDeleteMenarik ye kipas 3D ni. First time tahu pasal ni. Macam-macam medium pengiklanan sekarang ni
ReplyDeleteMakin canggih ye sekarang - ini boleh digunakan sebagai gimik perasmian atau diletakkan di kedai-kedai kan. Kalau Rawlins, nak letak gambar Barbie Lindungan Kaabah boleh? Hehe
ReplyDeleteMemarik dan unik. Sesiapa yg buat event bolehlah sewa kipas ni
ReplyDeleteInovasi baharu untuk para peniaga mempamerkan produk mereka. Qiss suka tengok video paparan tu. Nampak real betul. Kena war-warkan kat orang lain juga ni
ReplyDeleteFuturistik sangattt ni kak min oii. Unik yakmat. Best best tapi bahaya kmtak ek utk kanak²? Kang sangkut jari
ReplyDeleteni kalau pasang kat billboard mau terkejut kalau tetiba dinasour keluar.. hahahaha... makin canggih cara markaeting sekarang. Tapi yang bagusnya harga murah. jimat kos.
ReplyDeletewah menariknya guna ni untuk pengiklanan! new technology ya? canggihnya. Harga tu macamana agaknya?
ReplyDeletecepat betul teknologi kita, x sabar nk tgok semua gadget dguna teknologi hologram ni. mesti best giler kan
ReplyDeleteBagusnya teknik pengiklanan skrg.. Lebih inovasi dan terkini.. Menarik dan harga pun mampu milik..
ReplyDelete