SOPHEA Pusat Kesuburan Berlandaskan Syariah

Mempunyai keluarga bahagia yang sempurna adalah impian tiap insan di dunia. Memiliki pasangan hidup yang saling melengkapi dan dihiasi tangisan bayi mungkin adalah saat paling dinantikan dalam hidup. Namun, tak semua yang bernasib baik yang dapat mencapai semua impian itu.

Aku adalah salah seorang yang masih belum tertunai impian untuk mendengar tangisan bayi di rumah meskipun telah sedekad mendirikan rumahtangga. Namun aku sangat bersyukur dikurniakan suami yang sangat memahami konsep 'rezeki' yang sikit pun tak pernah berbunyi soal anak, dikelilingi keluarga yang sangat supportive dan kawan-kawan yang sentiasa menjaga sensitiviti.



Namun, itu tak bermakna aku tidak berusaha. Bertahun juga turun naik hospital untuk dapatkan rawatan. Cuma masih belum mencuba IVF je lagi. Jadi, untuk entri kali ni aku suka nak berkongsi dengan korang tentang rawatan kesuburan.

Fahami Apa Itu IUI & IVF

Aku pasti korang sangat familiar dengan IUI & IVF tapi aku juga pasti tak ramai yang tahu maksud sebenar IUI & IVF ni kan?

IUI adalah singkatan dari Intra Uterine Insemination atau dalam bahasa ringkasnya ialah permanian beradas dimana proses sperma suami dimasukkan terus ke dalam rahim isteri dengan harapan terjadi sepernyawaan dan seterusnya kehamilan.

IVF pula membawa maksud In-Vitro Fertilisation iaitu satu kaedah reproduksi komplesk dimana telur dan sperma dibuat di luar rahim dan kemudiannya dimasukkan ke dalam rahim. Ia selalunya disarankan untuk wanita yang mengalami salur fallopian tersumbat.



Bagaimana Proses IVF dilakukan?

Proses IVF bermula dengan pihak isteri akan diberikan ubat untuk mengeluarkan telur dengan banyak dan kemudian telur ini akan dikutip dari ovari dan seterusnya akan diletakkan ke dalam piring makmal untuk disenyawakan. 

Telur-telur yang disenyawakan kemudiannya akan diletakkan ke dalam inkubutor, kemudian telur yang sudah menjadi embrio akan dipindahkan ke rahim isteri dengan harapan terjadi kehamilan.



Sedikit Penerangan IVF Berdasarkan Hukum Islam

Sebagai seorang muslim yang baik, kita seharusnya terlebih dahulu memahami dan mendalami hukum hakam sebelum melakukan sesuatu. IVF dibenarkan di dalam Islam sekiranya persenyawaan telur dan sperma itu memang dari pasangan suami isteri yang sah. Tapi haram hukumnya jika menggunakan kaedah Ibu Tumpang (Surrogate Mother) dimana sperma dan telur dan sperma di masukkan ke dlam rahim wanita lain yang bukan pasangan sah.

Hukum Menggunakan Kaedah Ibu Tumpang Bagi Mendapatkan Zuriat

Kaedah ibu tumpang ini adalah satu kaedah moden yang terhasil melalui kajian dan ianya terbukti dalam menghasilkan zuriat. Namun, bagaimana pandangan Islam terhadap kaedah ini? Adakah ia benar-benar menepati kaedah syariah?

Berdasarkan kaedah ibu tumpang ini, terdapat beberapa gambaran bagaimana kaedah ini dilakukan. Ianya diringkaskan seperti berikut:

  1. Sperma dan ovum pasangan suami-isteri disenyawakan di luar kemudian dipindahkan ke rahim perempuan ajnabi yang lain.
  1. Sperma dan ovum pasangan suami-isteri disenyawakan di luar kemudian dipindahkan ke rahim isteri lelaki yang lain (bagi yang berpoligami).
  1. Sperma dan ovum diambil dari lelaki dan perempuan yang berlainan disenyawakan di luar dan kemudiannya dipindahkan ke rahim perempuan ajnabi yang lain dan apabila telah selamat melahirkan anak, maka diserahkan kepada mereka yang menginginkan zuriat.
  1. Sperma si suami disenyawakan dengan ovum perempuan ajnabi yang mana perempuan tersebut akan mengandungkan anak tersebut dan apabila selamat melahirkan anak tersebut maka akan diserahkan kepada pasangan bersama wang ganjaran diserahkan kepada perempuan ajnabi tersebut.
  1. Ovum si isteri akan diambil bersama sperma dari lelaki ajnabi dan kemudian dipindahkan ke dalam rahim perempuan ajnabi yang lain dan selepas melahirkan anak tersebut maka diserahkan kepada pasangan yang menginginkan anak tersebut beserta bayaran kepada ibu tumpang tersebut.

Jumhur ulama’ dikalangan mu’asirin tidak membenarkan ke lima-lima kaedah ini atau dalam kata lainnya, penggunaan kaedah ini adalah HARAM bagi mendapatkan zuriat.


SOPHEA Pusat Kesuburan Berlandaskan Syariah

Memahami konsep dan keperluan perubatan berlandaskan Syariah, SOPHEA iaitu sebuah pusat kesuburan telah dibuka dan baru saja melancar majlis pembukaan mereka pada 1 November lepas di Petaling Jaya.

SOPHEA adalah sebuah pusat kesuburan yang benar-benar patuh syriah di mana :

  • Hanya Doktor dan Jururawat wanita sahaja dibenarkan untuk melakukan pemeriksaan dan rawatan pada pesakit
  • Pesakit akan dijaga auratnya seboleh mungkin dan bahagian yang sepatutnya terlindung akan terus terlindung.
  • Tiada kaedah menderma sperma (menderma sperma adalah haram di dalam Islam)
  • Tempat mandi dan solat turut disediakan (dalam Islam mereka yang berhadas wajib mandi hadas jadi sebab itu di SOPHEA mereka menyediakan tempat mandi untuk pesakit)
Menggunakan tagline 'Melangkah Suci Menuju Impian', SOPHEA benar-benar menekankan tentang ketelusan dan perubatan berlandaskan syariah. 

Di SOPHEA, segala kelengkapan dan suasana yang sangat mesra pesakit telah diwujudkan bagi keselesaan para pesakit mereka. Aku sendiri ketika melangkah kaki ke SOPHEA ni memang langsung tak terasa seperti suasana di hospital tapi lebih kepada hotel yang selesa.



Sekitar Majlis Pelancaran SOPHEA

Majlis pelancaran SOPHEA telah diadakan pada 1 November 2019 dengan dihadiri oleh Pengasas Pusat Kesuburan ini sendiri iaitu Dr Wong Park Seng dan Pengarah Perubatan Pusat Kesuburan SOPHEA iaitu Doktor Norazlin.




Majlis diadakan perasmian turut menjemput media dari dalam dan luar negara dan turut diadakan bacaan Yassin.

Kemudia para tetamu turut dibawa melawat kebilik-bilik konsultasiwatan, makmal dan persekitaran pusat rawatan ini.





Dapatkan Diskaun Sehingga 10%

Ini pula berita baik untuk mereka yang ingin mendapatkan rawatan kesuburan di sini. Korang boleh menggunakan kod SPH01NOV dan dapatkan 10% diskaun untuk setiap pakej yang ada di sini. Tapi diskaun 10% ini tak valid untuk pesakit yang sedia ada ye! Ini untuk mereka yang baru ingin mendapatkan rawatan di sini dan kod SPH01NOV dengan diskaun 10% ini hanya sah sehingga 31 Disember 2019 sahaja.

Syarat Sah Diskaun 10% (SPH01NOV)

* 10% discount on all packages (new cycle and IVF) at SOPHEA
* Not available for current patients

Jadi, tunggu apa lagi..jom la sama-sama kita dapatkan rawatan di SOPHEA dengan diskaun 10% ni. Untuk maklumat lanjut korang boleh layari :


Alamat : 106, Jalan Gasing, Seksyen 5
46000 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Careline : +6016 739 5006
Tel : +603 7622 8622

Waktu Operasi :

Isnin - Jumaat : 7.30am to 5.00pm
Sabtu : 7.30am to 1.00pm
Ahad & Cuti Umum : TUTUP

Post a Comment

3 Comments

  1. Nampak macam selesa dan privacy sangat... Bagus bila orang Islam ceburi bidang begini... Satu keperluan dan fardhu kifayah.

    ReplyDelete
  2. bila ada peluang rawatan kesuburan tempat macam ni...kita tak akan rasa was-was

    ReplyDelete
  3. Nak cuba tapi mesti mahai kan.. Huhu.. Even ada diskaun tu..nmpk tmpt dia selesa..

    ReplyDelete