Sikit je lagi cuti sekolah akan bermula dan aku pasti dah ramai yang rikki-rikki tempat nak melawat. Bagi ibu bapa yang memang kekurangan cuti pula mesti menggaru kepala sebab anak-anak dah start merengek nak ajak bercuti.
Jangan pening kepala, jom aku kongsikan tempat tarikan terbaru sekitar Kuala Lumpur yang korang boleh bawa anak-anak.
1. Kwai Chai Hong
Tarikan terbaru ini mula dibuka pada April 2019. Sebenarnya Kwai Chai Hong yang terletak di Petaling Street ini telah dibangunkan semula dengan kos projek bina semula kawasan ini melebihi RM1.5 juta. Dibangunkan untuk dijadikan tempat tarikan sekaligus membangkitkan nostalgia lama.
Kwai Chai Hong terletak di kawasan Petaling Street dan merangkumi 6 bangunan di Jalan Petaling dan 4 bangunan di Jalan Panggong. Bangunan di Kwai Chai Hong ini dipenuhi dengan mural yang penuh dengan nostalgia lama.
Dibuka setiap hari dari pukul 9 pagi hingga 6 petang, pengunjung diminta untuk menggunakan QR Codes untuk dapatkan info pada setiap bangunan. Bagi mereka yang suka bergambar, inilah tempatnya yang korang wajib tuju!
2. Muzium Polis Diraja Malaysia
Muzium Polis Diraja Malaysia ni sebenarnya bukanlah tarikan baru tapi aku pasti masih ramai yang belum sedar tentang kewujudan muzium ni. Terletak di Jalan Perdana antara Masjid Negara dan Taman Tasik Perdana, muzium ini telah diilhamkan oleh Penguasa Sekolah Pusat Latihan Polis iaitu PGB Waller pada tahun 1950 dan kemudiannya dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-3 pada 9 Januari 1961.
Galeri Muzium Polis Diraja Malaysia terbahagi kepada 3 galeri iaitu :
- A
- B
- C
Dan terdapat juga pameran di sekitar bahagian luar muzium, antaranya ialah Pameran Kereta Perisai (GMC), Ferret Scout Car dan turut terdapat pameran kenderaan yang digunakan oleh tokoh-tokoh PDRM.
Pameran senjata yang turut digunakan oleh penjenayah turut dipamerkan di sini. Malah senjata-senjata yang digunakan oleh komunis turut dipersembahkan.
3. Hauntu
Aku pasti ini tempat yang paling menarik tapi tak boleh lah bawak anak kecil ke sini. Hauntu adalah sebuah tarikan terbaru yang terletak di The Linc KL.
Pendek kata siapa yang suka masuk rumah hantu aku memang sangat suggestkan korang untuk mencuba sendiri pengalaman seram di Hauntu ni. Kenapa? Sebab di Hauntu ni korang akan rasa sendiri pengalaman seram yang berbeza dari rumah hantu yang korang pernah masuk.
Hauntu bertemakan sebuah hotel lama dengan suasana lama yang menyeramkan. Yang paling seronok ialah korang bukan setakat akan merasai pengalaman seram berbeza malah seakan menyaksikan pentas teater dek kerana pelakon-pelakonnya sangat berbakat.
Aku sendiri dah rasa, paling lucu bila kami 9 orang masuk ke hotel seram dan kesemua kami menjerit macam histeria..hahaha..jangan tak percaya, sampai ada yang laungkan azan sebab terlalu takut ye!
Pada aku harga tiket agak berbaloi sebab kita diberi masa selama 1 jam lebih untuk habiskan permainan ni, di mana 1 kumpulan dalam 10 orang dan korang kena rasai sendiri pengalaman sambil bermain 'game' yang telah disediakan. Korang just enjoy the game! Seriously memang best dan berbaloi sangat.
Pada aku harga tiket agak berbaloi sebab kita diberi masa selama 1 jam lebih untuk habiskan permainan ni, di mana 1 kumpulan dalam 10 orang dan korang kena rasai sendiri pengalaman sambil bermain 'game' yang telah disediakan. Korang just enjoy the game! Seriously memang best dan berbaloi sangat.
Hehe..ini kad game nya..so just follow the instruction dan enjoy the game. |
Harga Tiket : RM58/pax
Alamat : 2-9, Level 2, The LINC KL,
360 Jalan Tun Razak,
50450, Kuala Lumpur
Trip ini telah dianjurkan oleh Gaya Travel & Tourism Malaysia
24 Comments
dulu duduk shah alam, tak sempat nak explore KL betul2. bila baca entry kak min ni terasa rugi pulak tak explore KL. nak pergi ni dah jauh dah laaa.
ReplyDeleteMeh la Ainny..nanti Ainny datang kte gi tempat2 ni ye
DeleteKl ni byk tempat menarik sbnrnya tp disebabkn kita tinggal x jauh dgn Kl, rasa mcm kl biasa2 je
ReplyDeleteHAah betul tu, tapi kalo kte explore baru kte sedar yg sebenar kte tk yah kuar jauh2 semata nak gi tempat menarik hehe
Deletewahhhh bestnya, tunggu tahun depan baru boleh pergi hotel Hautu. Tahun ni cuti jap, takut terberanak pula dalam hotel tu, hahahahahahaha
ReplyDeleteBanyak tempat yang boleh kita lawati selain ke shopping mall. Haha
ReplyDeletebanyak juga tarikan baru yang ada kat kuala lumpur ya. tak pernah rasa nak explore. paling tak pon pergi lepak tmpat sama je. haha
ReplyDeleteHauntu tu menarikkk baca tapi harga dia mahal juga kan..haha..anyway lama x ke petaling street..lawa la sekarang.
ReplyDeleteOh banyak tempat yang menarik yang ada di kuala lumpur rupanya, selalu pening tak tahu nak kemana, huhu. Sekarang tidak lagi! Terima kasih atas perkongsian cik min.
ReplyDeleteAdeh. Muzium polis je pernah pergi sepanjang duduk kl ni. Banyak lg tmpt belom pernah visit mcm petaling street tu. Rumah hantu tu boleh tahan jgk eh. Sampai histeria bagai tu mesti seram. Nak try jgk la
ReplyDeleteWow! Kuala Lunpur has amazing attractions. We should promote this foreigners. Memang gempaq!
ReplyDeleteOk Bolehlah sis jenjalan ke tarikan terbaru kat KL ni. Boleh tak awak temankan saya? Hehe. Lawa wei tempat dia. Harus sis pi terjah!
ReplyDeleteKwai Chai Hong tu tak pernah tahu pun ada tempat macam tu kat KL ni hehehe yang muzium tu kita tahu lah pernah masuk wakakka tapi banyak tempat menarik kat negara kita sendiri kenapa nak pergi luar negarakan githuw....
ReplyDeleteantara yang disenaraikan ni, saya paling suka hauntu tu. rasa macam nak masuk sekali lagi dengan geng yg sama haha :)
ReplyDeleteAik.. ingat kerja kat NOF je rupanya kat Hauntu pun kak min kerja ekkk.. hehehe. Mana lagi seram?? Hauntu ke NOF??? Tapi kan semua tempat ni belum pergi lagi. Jom Kak min...
ReplyDeleteHaa ni mmg seram hahah jom wakkk sambil lepak makan..belakang tu je luckin kopi hehe
DeleteWah.. Info menarik nie. Boleh la AM bawa anak2 time cuti sekolah nie.. Tq kak Meen
ReplyDeleteKwai Chai Hong tu saya tak pernah smapai pun. Tak tahu ada kat KL. Hahaha. Tempat lain saya tahulah. Nampak sangat banyak tempat di KL saya terjejak.
ReplyDeleteSaya duduk kl pun tak tahu tempat tempat ni, ni kena bawa family ni. Tak habis expore rupanya kl ni. macam macam ada. Boleh la pegi time cuti sekolah hujung tahun nanti
ReplyDeleteI never knew about Kwai Chai Hong, macam feeling Penang pula. I love going to Linc, dan hari tu dah nak try masuk hauntu, tapi macam tak berani pula because only 2 person sahaja. Maybe kalau dah berani sikit boleh try pegi sana. hahaha
ReplyDeleteLawa la Kwai Chai Hong ni. Syira suka tempat2 macam ni. Very insta worthy gitu
ReplyDeletemuzium polis tu menarik minat mek untuk ke sana untuk disember 2019 ni. nak tengok peredaran zaman polis dari mula ianya diwujudkan.
ReplyDeleteActually harga tu ok sebab kte main dalam 1 jam lebih + diaorg bg kte cookies hehe
ReplyDeleteDah macam-macama da dekat kl ni..uihh..teringin gak nak masuk rumah hauntu tu..hehehe...
ReplyDelete