Hidangan Semudah 1,2,3 Dengan Master Pasto

Pernah tak korang tiba-tiba rasa lapar di tengah malam tapi dah bosan nak makan mee segera? Atau korang kesuntukan masa tapi masih perlu menghidangkan makanan buat keluarga..Nah! Aku nak kongsikan dengan korang 1 produk istimewa dengan penyediaan semudah 1,2,3

Hidangan Semudah 1,2,3 Dengan Master Pasto

Spageti Segera Master Pasto Penyelamat Keadaan

Jika korang ada masalah macam yang aku tanya di atas, Master Pasto adalah jawapan bagi segala masalah korang! Sebenarnya aku jumpa produk ni secara tak sengaja. Aku memang sejenis yang suka simpan stock makanan yang banyak di rumah dan suka juga simpan stock makanan segera bagi menyelamat keadaan kalau tengah lapar.

Tak sangka sebab spageti segera keluaran Master Pasto ni betul-betul mampu menyelamatkan keadaan malah rasanyanya pun sangat sedap! Didatangkan dalam 2 jenis pek iaitu :

  • Pek segera 280g
  • Convenience Pack (yang didatangkan bersama garfu) 290g 
Dengan 3 perisa yang enak iaitu :

  • Spaghetti Bolognese
  • Spaghetti Mushroom Cream Sauce
  • Spaghetti Aglio Olio with Chicken
Hidangan Semudah 1,2,3 Dengan Master Pasto

Cara Penyediaan Pek Segera 280g

Macam yang aku ceritakan dari awal, untuk menyediakan spegeti segera Master Pasto ni tersangatlah mudah. Dalam setiap kotak didatangkan dengan 1 pek spageti dan 1 pek sos. Untuk pek segera 280g ini korang cuma perlu panaskan air dalam periuk/cerek, rendamkan spageti dan sos di dalam air panas yang sudah didih dan biarkan selama tiga minit, langkah terakhir keluarkan spageti dan sos dari periuk, buka dan tuangkan ke dalam pinggan dan sedia untuk dihidangkan.

Hidangan Semudah 1,2,3 Dengan Master Pasto
Didihkan air dalam periuk

Hidangan Semudah 1,2,3 Dengan Master Pasto

Hidangan Semudah 1,2,3 Dengan Master Pasto

Hidangan Semudah 1,2,3 Dengan Master Pasto
Masukkan pek sapegti dan sos ke dalam periuk

Hidangan Semudah 1,2,3 Dengan Master Pasto
Biarkan selama 3 minit

Hidangan Semudah 1,2,3 Dengan Master Pasto
Tuangkan spageti ke dalam pinggan

Hidangan Semudah 1,2,3 Dengan Master Pasto
Tuangkan sos

Hidangan Semudah 1,2,3 Dengan Master Pasto
Gaul sebati dan sedia untuk dimakan

Cara Penyediaan Convenience Pack 290g

Manakala penyediaan dalam convenience pack ni lagi mudah dari penyediaan pek segera yang aku tuliskan cara-cara penyediaan di atas.

Convenience pack ini dipekkan di dalam bekas yang tahan panas, pek spageti dan pek sos serta sebatang garfu. Apa yang korang perlu buat ialah cuma bukakan pek spageti dan pek sos, tutup bekas dan panaskan ke dalam ketuhar gelombang selama 1 minit. 

Hidangan Semudah 1,2,3 Dengan Master Pasto

Hidangan Semudah 1,2,3 Dengan Master Pasto

Korang boleh tengok video yang aku sertakan dibawah tapi aku nak ingatkan korang untuk panaskan selama 1 minit sudah memadai. Macam aku, aku buat 3 minit sebab aku lebih suka sedikit lama dipanaskan.



Di Mana Nak Dapatkan Spageti Segera Master Pasto?

Ha..aku pasti itu soalan korang. Untuk dapatkan spageti segera Master Pasto ni korang boleh klik link ni http://bit.ly/MasterPastoStoreLocator

Juga boleh dapatkan Master Pasto di :
  • Hero Market
  • Billion Group
  • Urban Retail
  • Jazco Speedmart
  • Jaya Grocer (Penang)
  • KSUtama
Facebook : https://www.facebook.com/masterpastolioco

Hidangan Semudah 1,2,3 Dengan Master Pasto



Post a Comment

3 Comments

  1. Teringin lah nak beli dan try makan 😁

    ReplyDelete
  2. perghhh hampir semua jenis ada tu. walaupun saya tak minat sangat spaghetti tapi tengok gambar atas macam sodap ja hahaha

    ReplyDelete