Pernah tak korang mencuba roti yang digoreng seakan mee goreng mamak? Seriously aku tak pernah terfikir dan tak pernah tahu pun yang roti boleh digoreng seperti mee goreng! Tapi semalam buat pertama kalinya aku mencuba menu rare dan unik ini di The Buzz Cafe, Premiere Hotel Klang.
Menu-Menu Menarik Sepanjang Januari & Februari 2020
Menu Mee Roti Goreng yang unik ini adalah antara menu yang akan diketengahkan sepanjang bulan Januari & Februari 2020 akan datang ni. Menariknya tentang menu Mee Roti Goreng ini ialah selain namanya yang agak tricky, rasanya betul-betul seakan mee goreng mamak.
Siapa sangka yang menu Mee Roti Goreng ni sebenarnya langsung tak ada mee di dalamnya! Menu ini menggunakan 100% roti yang dipotong-potong dan digoreng bersama telur, bawang, lobak merah, kobis dan juga daging. Namun seriously rasanya sebijik macam rasa mee goreng mamak!
Tahniah buat Chef Eksekutif Noor Hisham yang memperkenalkan menu unik yang tak pernah aku terfikir sebelum ni.
Hidangan unik ini boleh didapati di The Buzz Cafe, Premiere Hotel Klang pada harga RM22.00. 2 lagi menu menarik yang akan turut dihidangkan nanti ialah :
- Calzone Pizza (RM24.00)
Secara jujur aku sukakan rasa Calzone Pizza yang rangup diluar dan sangat halus di dalam. Bagi mereka yang sukakan pizza dengan olahan dan citarasa Melayu, Calzone Pizza di The Buzz Cafe, Premiere Klang ini pasti menjadi kesukaan korang!
- Asam Pedas Salmon (RM48.00)
Asam Pedas Salmon ni kegemaran aku! Siapa sangka ikan salmon sedap rupanya dimasak asam pedas. Dengan resipi asam pedas Johor iaitu negeri kelahiran Chef Noor Hisham, rasa asam pedas ikan salmon ni betul-betul kena dengan selera aku.
Datang dengan set nasi, telur masin dan sayur, hidangan ini mampu memenuhi selera korang. Cuma komen aku pada Chef, kalau dilebihkan sedikit daun kesum dan bunga kantan rasanya pasti lebih umphhh!!!.
Bagi yang berminat untuk mencuba kesemua hidangan menarik yang aku ceritakan ini, jangan lupa serbu ke The Buzz Cafe yang terletak di Ground Floor, Premiere Hotel Klang bermula Januari 2020 sehingga Februari 2020 nanti.
Bagi mereka yang berminat untuk mencuba menu-menu di atas boleh lah menghubungi :
Tel : 603 3325 6828 / 03 3325 6879
Whatsapp : 012-449 6258
Email : fnb@premiere-hotels.wct.my
Facebook : https://www.facebook.com/PremiereHotels
Instagram : https://www.instagram.com/premierehotelklang/
Sedikit Mengenai Premiere Hotel Klang
Premiere Hotel Klang yang mempunyai 250 buah bilik dan suites termasuk 4 Executive Club floor ini terletak di tengah-tengah Bandar Bukit Tinggi, Klang. Bertempat di kawasan yang sangat convenience memudahkan tetamu untuk ke tempat-tempat menarik sekitar Klang dan kawasan yang berdekatan.
1 Comments
ya Allah, dah la pembuatannya pun unik. makanan lain pun sangat menggoda ^_^
ReplyDelete