Murtad bukanlah isu baru di Malaysia. Malah murtad berlaku sejak bertahun-tahun lamanya namun dek kerana murtad adalah isu sensitif nampaknya tak banyak pendedahan tentang murtad, natijah mahupun solusi untuk mengatasinya.
Sebelum aku pergi lebih dalam, suka aku nak berkongsi dengan korang apakah yang dinamakan MURTAD? Buat pengetahuan, murtad itu boleh berlaku dengan 3 perkara iaitu :
1. Murtad Melalui Iktiqod/keyakinan
Seperti orang yang meragui kewujudan Allah, orang yang meyakini
Allah duduk di atas arasy, bertempat, berarah, Allah ada tangan, kaki, betis,
beranggota selainnya, atau orang yang meyakini Allah itu bergerak, berpindah
randah, berubah, berjisim, turun, naik, mengambil lapang, bersisi, berhajat
kepada makhluk dan seumpamanya. Begitu juga orang yang meraguinya.
Atau orang meragui Rasulullah adalah nabi atau orang yang meyakini
para Rasul itu kafir sebelum kenabian, atau orang yang meyakini Para Nabi dan
Rasul itu melakukan dosa-dosa seperti zina atau seumpamanya.
Atau orang yang meyakini alam ini qodim yakni tiada permulaan bagi
kewujudanya (seumpama keyakinan Ahli Falsafah) begitu juga orang yang meyakini
bahawasanya Nabi Adam itu adalah kera sepertimana teori Darwin dan seumpamanya.
2. Murtad Melalui Perbuatan
Seperti orang yang melemparkan Al Quran dalam tong sampah dengan
sengaja, memijak Al Quran dengan sengaja, atau perbuatan menulis Ayat suci
dengan air kencing atau najis (seperti mana yang di lakukan ahli sihir) atau
menyembah berhala dan seumpamanya.
Atau berjenaka dengan mendirikan solat dengan tujuan mempersendakanya
walaupun bergurau atau seumpama denganya
3. Murtad Melalui Percakapan
Orang yang mencaci dan
mencela Allah seperti orang yang menyalahkan takdir apabila ibunya meninggal
dunia contohnya dia berkata "Ya Allah.. kenapalah kau takdirkan aku
begini, padahal aku solat 5 waktu tetapi kenapa musibah ini kau kehendaki bagiku?" Orang ini terkeluar daripada Islam.
Atau orang yang mempersendakan
hukum dengan menghalalkan perkara yang di haramkan contohnya seorang lelaki
sedang minum arak, lalu datang kawannya dan berkata "Wei, kenapa
kau minum air yang haram ini??" dan jawab lelaki itu " siapa kata
haram?? Air ini halal lah".. Walaupun bergurau lelaki ini
tetap jatuh ke dalam murtad atau terkeluar daripada Islam.
Begitu juga orang
yang mempersendakan azab Allah. Contoh seorang itu berkata " Dalam neraka nanti aku akan bakar satay, senang sebab api dah marak." Orang ini jatuh
murtad walaupun dia bergurau.
Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala.
وَلَئِن سَأَلْتَهُمْ لَيَقُولُنَّ إِنَّمَا كُنَّا نَخُوضُ
وَنَلْعَبُ ۚ قُلْ أَبِاللَّهِ وَآيَاتِهِ وَرَسُولِهِ كُنتُمْ تَسْتَهْزِئُونَ
لَا تَعْتَذِرُوا قَدْ كَفَرْتُم بَعْدَ إِيمَانِكُمْ
Dan
jika kamu tanyakan kepada
mereka (tentang apa yang mereka lakukan itu), tentu mereka akan menjawab:
“Sesungguhnya kami hanya bersenda gurau dan bermain-main saja”. Katakanlah:
“Apakah dengan Allah, ayat-ayatNya dan RasulNya kamu selalu berolok-olok?”
Tidak usah kamu minta maaf, karena kamu kafir sesudah beriman - Surah At Taubah
ayat 65-66
Ini bermaksud kita tidak dibolehkan berjenaka bila ia berkaitan dengan akidah. Jadi, berhati-hatilah ketika bergurau, jangan sampai membawa kepada kekufuran.
Apakah Natijah Akibat Perbuatan Murtad?
Setiap kelakuan ada natijahnya! Apakah natijah atas perbuatan yang dijanjikan neraka ini?
- Semua amalan kebaikan pelaku daripada balikh seperti solatnya, puasanya, sedekahnya, hajinya, umrahnya dan seumpanya(amalan soleh) tertolak menjadi kosong tanpa amalan dan maka hendaklah dia kembali kepada islam dengan mengucap syahadah dengan niat kembali kepada islam.
- Tidak boleh beristighfar saat mana pelaku untuk kembali kepada islam, kerana Allah tidak mengampuni dosa-dosa orang yang kafir.
- Tidak sah amal ibadah seperti puasa, haji, solat 5 waktu, dan seumpanya bagi orang yang murtad
- Tidak sah nikah sekiranya pelaku ingin bernikah (dalam keadaan dia murtad)
- Terbatal nikah sebelum berlaku persetubuhan wajib dia kembali pada islam berserta meninggalkan perbuatan riddahnya dan bernikah semula.
- Begitu juga setelah berlaku persetubuhan jika dia tidak kembali pada islam dalam tempoh iddah maka wajib dia menikahi semula isterinya.
- Sekiranya mereka yang murtad ini bersama dengan pengantin perempuan maka dia di kira zina dan sekiranya memiliki anak dalam hasil tersebut maka anaknya itu anak zina dan tidak boleh berbinkan si bapa.
- Haram makan sembelihan orang yang murtad
- Orang yang murtad Tidak boleh mewarisi atau di warisi harta
- Jika dia mati TIDAK BOLEH di solatkan keatasnya, tidak Wajib di mandikan jenazahnya, Tidak Wajib di kafankan dan TIDAK BOLEH di tanam di perkuburan Islam.
Dan matinya orang yang murtad adalah mati sebagai orang yang
kafir, dia di campakan dalam neraka yang dasarnya paling bawah dan kekaal di
seksa selama-lamanya.
Dan kaedahnya : Bahawasanya setiap keyakinan, perbuatan atau
percakapan yang menunjukan penghinaan terhadap Allah, Rasul-rasulNya,
malaikat-malaikatNya, Syiar-syiarNya, Tanda-tanda Agamanya, janji baikNya, Janji
burukNya maka ianya adalah kekufuran (terkeluar pada islam),
oleh itu setiap orang hendaklah berwaspada yang demikian dan berusaha
menjauhinya walau dengan apa jua sekalipun.
Bagaimana untuk kembali kepada Islam?
Bagi orang yang murtad untuk kembali kepada Islam Wajib dia
bersyahadah DI SERTAKAN NIAT KEMBALI KEPADA ISLAM. Dan boleh sahaja dia
bersyahadah dengan bahasa selain arab yang mana jika dia memahami maknanya
sebagai contoh bahasa Melayu
"Aku Bersaksi Bahawasanya Tiada yang Berhak Di Sembah
Melainkan Allah dan Aku Bersaksi Bahawasanya Nabi Muhammad itu adalah Pensuruh
Allaah"
Wajib kita memelihara keislaman kita daripada terputusnya
keislaman kita. Sebab itulah wajib kita belajar ilmu fardhu ain agar kita tahu apakah itu
kekufuran agar kita dapat mengelak daripada tergelincirnya kita kepada
kekufuran.
Wallahuallam
15 Comments
Terima Kasih kerana berkongsi
ReplyDeleteSama-sama
DeleteMasyaAllah terima kasih Kak Min atas peringatan bermanfaat ni..Zaman sekarang ni banyak betul nampak especially no 3 tu, Org Islam tapi keep on blaming Allah for their own ruins. Selalu sakit salahkan Allah, ditimpa musibah salahkan Allah..seolah Allah pon bnyk celanya pula padahal dalam Quran sendiri dah sebut, manusia tu sendiri yg melakukan kerosakan, ciptaan Allah & planning Allah dah perfect dah..hmm moga kita selalu reflect diri sendiri kan insyaAllah..
ReplyDeleteSama2..artikel ni pun akak tulis utk saling mengingati dan peringatan utk diri sendiri juga
DeleteThanks for the sharing, memperingati sesama muslim.
ReplyDeletebagus kak min, at least kita boleh nasihat & perbetulkan apa yang kita buat setiap hari. silap hari bulan tersasar jauh dari jalan yang benar
ReplyDeleteMurtad salam percakapan sangat menakutkan. Moga kita dihindari dengan perkara2 ini
ReplyDeleteBerat sungguh nak memahami post yang ini sebabnya sangat menakutkan..Sis ada seorang kawan yang memangnya MURTAD,.tapi kawan sekolahnya tak dapat ebrbuat apa-apa, puas dah nasihat sampai bergaduh maki-maki...akhirnya...ermmm kafir dia sampai sekarang...moga Allah beri sinar pada kawannya Sis..
ReplyDeleteAllahu rupanya boleh murtad dalam pelbagai cara. Tapi murtad melalui percakapan itu yang takut. Sebab orang kita ramai yang suka bergurau macam tu
ReplyDeleteterima kasih atas perkongsian, saling kita ingat mengingati ya. saya suka artikel ni
ReplyDeleteThank u so much for sharing, Cik Min! Kadang2 kita ni kena refresh ilmu yang ada, and perkongsian macam ni mmg sangat bermanfaat. Trully, thank u for sharing, i'm glad that i gotta read this ♥
ReplyDeleteSatu peringayan yang baik diketahui semua muslimin dan muslimat kerana murtad bukan sekadar mahu keluar dari agama namun perbuatan lain yang salah juga dikira murtad. Auzubillah!
ReplyDeleteYa Allah takutnya. Apa yang kita buat atau bercakap semua kena berhati-hati. Thank you atas peringatan
ReplyDeleteye, isu ni bukan isu baru tambah lagi zaman sekarang. Kadang kalau bercakap tu tak berfikir dulu. main cakap je, kononnya bergurau tapi hakikatnya tanpa sedar dah jatuh murtad. Masya Allah, mudah-mudahan kita dihindarkan dari perkara2 begini
ReplyDeleteMasyaAllah... bagus betul perkongsian Cik Min ni... bukan apa, kadangkala kita tak perasan kan... maklumlah, ramai sekarang ni yang semua benda nak dibuat gurau... Allahu Akbar, risau dan takut juga bila baca entri Cik Min ni tapi ia membuatkan saya berfikir sejenak tentang segala perlakuan dalam sedar mahupun tak sedar... semoga kita sentiasa dalam jalanNya dan diberkatiNya... amiiiin...
ReplyDelete