Nak makan Laksa Penang tapi malas nak rebus ikan bagai, nak asingkan isi ikan dan tulang, nak blend..hurmmm macam rumit sangat bunyinya nak sediakan kuah asam laksa ni kan?
Jangan bimbang..sekarang zaman dah moden, banyak benda yang dapat memudahkan kehidupan kita seharian termasuklah dalam menyediakan hidangan untuk keluarga. Nak buat kuah asam laksa mudah? Nah..ini dia resipi yang aku sediakan untuk korang. Cuma gunakan sardin dalam tin je!
Resipi Kuah Asam Laksa Menggunakan Sardin Dalam Tin
Bahan-bahan :-
1 tin besar Sardin (untuk buat kuah asam laksa ni aku gunakan sardin murah je)
1 labu bawang besar
5 sudu besar cili giling
2 kuntum bunga kantan
2 ikat daun kesum
5 keping asam keping (ikut citarasa korang..aku suka masam)
sedikit garam
Aku guna sardin murah je..nak buat kuah ni ak perlu sardin mahal sebab rasanya tetap sama. Oh ye..ambil sekali sosnya ye! |
Aku guna bawang bombay ni sebab rasanya lebih manis |
5 sudu cili giling. Kalo korang suka pedas sila tambah lagi, tapi kalo tak makan pedas kurangkan sikit. |
Aku suka kalo bahan-bahan ni lebih sebab kuah asam laksa akan terasa lebih umpphhh.. |
Cara-cara memasak :-
1. Blendkan bawang
2. Masukkan bawang yang diblend ke dalam periuk
3. Blend sardin bersama 1 mangkuk air
4. Masukkan sardin yang diblend kedalam periuk bersama bawang tadi
5. Masukkan cili giling, bunga kantan, daun kesum, asam gelugur dan garam.
6. Gaul sebati dan hidupkan api
7. Masak sehingga menggelegak, padamkan api dan sedia untuk dihidang.
Masukkan bawang yang diblend ke dalam periuk |
Masukkan pula sardin yang diblend ke dalam periuk yang telah di isi bawang |
Masukkan cili giling |
Masukkan daun kesum, bunga kantan & asam keping |
Gaul rata, masukkan garam dan hidupkan api..masak sehingga menggelegak |
Senang dan mudah sangatkan nak sediakan kuah asam laksa menggunakan sardin dalam tin ni. Dalam masa lebih kurang setengah jam je siap dah untuk dihidang.
Masih agak kabur? Perlukan video? Nah..video pun aku sediakan untuk memudahkan korang..hehe..
Boleh tengok video ini juga, FB Live bersama Master Chef Abang Brian memasak Kuah Asam Laksa Menggunakan Sardin Dalam Tin
0 Comments