Reynhard Sinaga : Kes Liwat Terbesar Dalam Sejarah Dunia

Dunia telah digemparkan dengan kisah Reynhard Sinaga seorang perogol bersiri di Manchester. Ironinya Reynhard Sinaga yang menggegarkan dunia dengan kisah sadisnya ini adalah seorang pemuda yang hebat dari segi akedemiknya, tampan rupa parasnya dan berasal dari Indonesia.


Kegiatan terkutuk Reynhard Sinaga mula terbongkar pada Jun 2017 apabila mangsa terbarunya iaitu seorang remaja yang telah diberikan dadah jenis cecair tanpa warna GHB tersedar ketika diperlakukan tidak senonoh oleh Reynhard. Remaja itu kemudiannya bertindak menyerang Reynhard Sinaga dan membuat laporan polis.

Siapakah Reynhard Sinaga?

Reynhard Tambos Maruli Tua Sinaga adalah seorang pemuda yang berasal dari Jambi, Indonesia dan lahir pada 19 Februari 1983. Berasal dari keluarga yang menganut Katolik dan langsung tidak mempunyai masalah kewangan lantaran terlahir dari keluarga yang berada.

Lelaki penuh misteri ini merupakan graduan dari Universiti Indonesia yang kemudian melanjutkan pengajiannya ke Manchester, England. Pernah mengajukan tesis berjudul "Sexuality and everyday trans-nationalism among South Asia gay and bisexual men in Manchester" pada August 2016 namun tidak lulus dan diberi masa tambahan untuk revisi. 


Lelaki bijak ini berpindah randah dari Manchester ke Leeds, menamatkankan 3 lagi kursus Ijazah sebelum menetap di apartment yang menjadi markasnya sejak tahun 2012.

Modus Operandi Reynhard Sinaga 

Reynhard Sinaga seorang pemuda yang secara terang-terangan mengamalkan gaya hidup bebas sebagai seorang gay sebenarnya mensasarkan lelaki heterosexual iatu lelaki normal yang menyukai wanita.

Nafsu songsangnya lebih puas jika dapat menodai lelaki-lelaki 'lurus' lalu mula bertindak merogol lelaki-lelaki ini. Dianggarkan lebih 190 orang lelaki telah menjadi mangsanya. 

Bagaimana mereka terperangkap? Sebenarnya Reynhard mensasarkan lelaki-lelaki mabuk atau mereka yang menunggu di luar sebuah kelab di Manchester yang dinamakan Factory Club. Dengan wajah tampan dan riak baiknya, tiada siapa menyangka lelaki yang sering mengunjungi Church pada tiap minggu ini akan bertindak jahat. 


Reynhard Sinaga biasanya akan menawarkan pertolongan dengan membawa mereka ke apartment miliknya lalu dipercayai memberi minuman yang dicampurkan dadah. Apabila mangsa tidak sedarkan diri, Reynhard akan merogol mangsa berulangkali. Mangsa yang mabuk keterlaluan biasanya langsung tidak menyedari apa yang telah berlaku.

Sepandai-pandai Tupai Melompat

Namun semuanya berakhir pada 2 June 2017 apabila mangsanya seorang remaja tersedar ketika dirogol oleh Reynhard lalu menyerang kembali Reynhard dan membuat laporan polis. Namun Reynhard memutarbelitkan laporan remaja berkenaan dengan memberitahu polis bahawa rumahnya telah dipecah masuk dan beliau diserang remaja berkenaan ketika kejadian.

Bagaimanapun, selepas polis menjumpai telefon bimbitnya yang telah merakam setiap perbuatan merogol mangsa-mangsanya kegiatan kejinya mula terbongkar. Dikhabarkan terdapat 800 video yang 'koleksi' rakamannya merogol mangsa-mangsa yang tidak sedarkan diri.

Majoriti video yang ditemui setakat ini merekodkan aktiviti ganas Reynhard bermula pada tahun 2015 , namun pihak polis percaya Reynhard Sinaga telah menjalankan aktivitinya lebih lama.

Pada Disember 2019, Reynhard Sinaga telah dikenakan 136 dakwaan pemerkosaan, 13 dakwaan serangan seksual, 8 dakwaan percubaan pemerkosaan dan 2 serangan seksual dengan penetrasi yang membawa hukuman penjara 30 tahun.


Post a Comment

11 Comments

  1. Umang aiiii...macam mana la dia rogol mangsa yang x sedarkan diri tu..liwat ke apa?menakutkan la dunia skrg..lelaki dan perempuan dah x selamat dh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah kak dia liwat..190 lelaki adoiii ramai. Tp kan bila diperiksa doktor dia tak ada penyakit tau hahahah

      Delete
  2. serius lah seriyau sungguh dunia zaman sekarang T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan? Macam2 sekarang..lelaki ke pompuan ke semua tak selamat

      Delete
  3. I read this news on CNA yesterday. This guys is so scary. But at the same time I ada juga rasa nak bunuh Si bastard nie!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia ni psikopat rasanya..sebab tu dia tak tunjuk rasa kesal n bersalah. Siap claom lagi yg semua tu buat suka sama suka walau dah ada bukti yg ada mangsa tgh berdengkur pun akibat tdo lps dibagi dadah

      Delete
  4. Erkkk hukuman penjara je.. nanti dah keluar balik adakah dia akan kembali buat perkara tu ???

    ReplyDelete
  5. Viral kejap pasal ni dalam beberapa hari lepas. Memang satu kes yang gila. Dan pelik kebanyakan kes mcm ni terjadi kepada penuntut universiti dan cerdik pandai.

    ReplyDelete
  6. giler laaa.. puynyala ramai perempuan.. lelaki gak dia nak

    ReplyDelete