5 Most Popular Western Dishes You Can Easily Find in Malaysia

Malaysia terkenal dengan pelbagai hidangan enak dan menarik di serantau dunia. Tidak keterlaluan jika digambarkan yang Malaysia adalah syuga makanan. Terdapat pelbagai jenis makan yang ada di Malaysia termasuk makanan barat.

Untuk entri kali ini, suka aku nak kongsikan dengan korang 5 makanan barat yang popular yang korang senang nak dapati di Malaysia dan kesemua makanan ini adalah makanan kegemaran aku.




1. Calzone Pizza

Aku pasti ramai di luar sana yang sukakan Calzone Pizza. Bagi mereka yang tak berapa nak familiar dengan Calzone Pizza ni, Calzone Pizza adalah sejenis makanan yang berasal dari Itali yang dibakar menggunakan oven. Berasal dari Naples pada kurun ke18, Calzone asli diperbuat dari adunan roti masin yang dibakar di dalam ketuhar yang disaluti oleh salami, ham, sayuran, mozarella, ricotta dan parmesan.

Namun kini, seiring perubahan zaman Calzone mula diolah mengikut citarasa. Dohnya kalau dilihat sekali imbas seakan karipap gergasi namun rasanya seakan pizza. Nak makan Calzone? Langsung tidak menjadi masalah kerana makanan ini sangat mudah dijumpai di Malaysia. 



2. Pizza

Pizza sudah pastilah tidak asing lagi di Malaysia ni. Terdapat pelbagai jenis pizza dan kerana permintaan yang tinggi restoran-restoran pizza turut tumbuh bagai cendawan di Malaysia kini.

Ada beberapa jenama pizza yang menjadi kegemaran kita semua. Pizza adalah resipi asli dari Itali. Seperti Calzone, pizza adalah adunan doh yang ditabur dengan cheese selain sayuran dan ayam, daging mahupun makanan laut yang kemudiannya dibakar sempurna.

Pizza enak dimakan ketika panas. Tambahan pula dengan keju sebagai bahan penting, pizza yang dimakan panas dengan cairan keju yang kelihatan lebih menggoda ketika ditarik pastinya menjadikan makanan ini enak dinikmati bersama keluarga dan rakan-rakan.

Tidak keterlaluan jika aku katakan yang pizza ini adalah makanan yang sesuai untuk semua jenis majlis termasuk parti hari jadi atau pun hidangan di rumah terbuka.

Terdapat pelbagai jenis resipi pizza yang enak. Kalau aku secara peribadinya aku sukakan Hawaian Pizza. Korang suka pizza apa?


3. Burger

Burger juga adalah makanan barat yang tidak asing bagi rakyat kita. Kalau di Malaysia ni, burger sangat-sangat mendapat sambutan dan setiap hari akan tumbuh perniagaan menjual burger ibarat tumbuhnya cendawan selepas hujan.

Rasa enak kepingan daging yang diapit roti lembut serta dilengkapi sayuran dan sos memang sukar untuk katakan TIDAK pada burger. Aku sendiri sangat mengimpikan burger tiap kali tiba musim hujan. Kenapa ketika musim hujan? Sebab ketika musim hujan perut selalu lapar..hahaha..


4. Salmon Grilled

Guys, aku paling suka Salmon Grilled dan aku pasti bagi mereka yang sentiasa menjaga pemakanan, Salmon Grilled adalah pilihan utama korang.

Selain digambarkan sebagai makanan sihat, Salmon Grilled turut mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan. Bayangkan rasa enak ikan Salmon yang rasa agak lemak, manis dan ringan dimakan bersama sayuran! Nak dapatkan hidangan ini juga mudah!


5. Steak 

Siapa peminat steak di sini? Steak adalah makanan barat yang sangat popular di Malaysia. Kebanyakan orang biasanya jika nak meraikan sesuatu pasti akan menjamu steak terutamanya jika berpasangan. Tak percaya? Nah..lihat sahaja ketika Valentine's Day, kebanyak restoran yang menghidangkan steak pasti akan penuh.

Aku sendiri kalau menyambut ulang tahun perkahwinan biasanya memilih untuk menikmati steak bersama suami.

Rasa enak kepingan daging yang dibakar mengikut tahap kegemaran masing-masing. Ada yang sukakan daging separuh masak, suku masak atau pun dimasak sepenuhnya. Aku sendiri lebih memilih untuk makan steak separuh masak sebab rasanya lebih enak, lembut dan berjus!



Segalanya Mudah Dengan Food Panda

Macam yang aku dah jelaskan di atas, kesemua hidangan barat yang aku ceritakan ini sangat mdah nak didapati. Tambahan lagi kini terdapat perkhidmatan penghantaran oleh Food Panda, maka lagi mudah korang nak nikmati kesemua hidangan barat yang aku ceritakan.

Apa yang perlu korang buat cuma klik di pautan ini Western Food Delivery  dan tempahlah makanan kegemaran korang!



Post a Comment

11 Comments

  1. Sia bukan lah penggemar pizza atau ikan salmon sangat dan jarang guna food panda tapi anak anak sekang memang kerap beli dari food panda. Memang mudah!

    ReplyDelete
  2. Mati-mati ingatkan karipap yg atas sekali tu. Bukan main tajuk dia tajuk mat saleh. Sis kalo malas mmg pakai food panda. Hope jgn suka2 kansel order org ye. Hahahaha.

    ReplyDelete
  3. Kalau di beri pilihan Salmon dan Steak, Sis pilih Steak hahahaha seorang penggile lembu dan bbq! Arghhh sedapnyaaa laaaaa

    ReplyDelete
  4. suka makan pizza jugak. Beli pizza dekat foodpanda sampai dapat cashback berpuluh ringgit. Boleh beli lagi pizza free haha

    ReplyDelete
  5. Aaaaa sedapnya makanan semua ni. Menggoda betul. Dah la tengah kurangkan portion makan ni.

    ReplyDelete
  6. Yesssssssssss!!!!!!!!! I agree! The western food in Malaysia is just as awesome as in overseas. Malaysia memang terkenal dgn foreign foods. Bukan shj western, but also Korean, Japanese, Mediterranean, Arab, and etc. Btw, I am looking for bloggers/writers who write this kinda post to be a guest writer on my blog. Would you be interested to be my guest blogger? You can DM me at FB.

    ReplyDelete
  7. Ohhh semua makanan ini saya suka makan.. Paling selalu n senang nak dapat pizza.. Stik bila ade duit lebih skit... Hahhaa.. Lagi2 sekarang ada food panda.. Laju je nak meng-oder.. Hehe

    ReplyDelete
  8. Waduh makanan nya semua sedap.. Steak tu menggoda.. Senang order online je sekrang ye.. Perghhh.. Terbaiklaa..makana barat kita sekrg semua sedap

    ReplyDelete
  9. kesemua menu2 ni saya suka. tambah2 burger yg jual kt tepi jalan tu. rasa sedap dia lain macam hehe

    ReplyDelete
  10. ala sedapnya semua. tetiba rindu KL. hope kak min dapat belanja kita makan kt kl nanti.

    ReplyDelete
  11. menarik menarik belaka.. tapi memang betul pun kan.. dgn foodpanda ni, nak makan apa semuanya mudah! tak yah susah payah

    ReplyDelete