Singapore merupakan sebuah negara yang berada bersebelahan sahaja
dengan negara kita. Populasi penduduknya tidak lah seramai Malaysia, tetapi
mereka juga mempunyai pelbagai destinasi-destinasi pelancongan yang seringkali
menjadi tumpuan para pelancong tempatan dan juga dari luar negara. Even dari
Malaysia pun, ramai je yang datang melancong ke Singapore. Bagi yang menetap di
Johor Bahru, korang boleh je berjalan ke Singapore dengan balik hari sahaja.
So dalam tahun lepas, masa aku dapat bonus, aku dah berazam untuk
buat me time then aku survey tiket flight kat Traveloka. Survey punya survey,
dapat la aku book
Singapore Airlines flights sebagai pengangkutan aku
untuk ke Singapore. Sebab nya aku pun jenis yang sangat malas nak berasak-asak
tunggu lama kat imigresen. Dengan jem nya lagi. So option aku adalah mengikut
pengangkutan udara. So kalau korang nak try cari tiket murah even nak berjalan
dalam Malaysia je ke, korang boleh try cari kat Traveloka. Kot la dapat book
flights from Kuala Lumpur to Penang yang promo punya kan.
Pekena nasi kandar hujung minggu. Adui. Sedapnyaa.
Orait So bila dah beli tiket flight ke Singapore, bercuti la aku
di Singapore selama 3H2M. Masa kat Singapore, banyak jugak la tempat-tempat
yang aku dah pergi. Dari tempat-tempat bersejarah, taman-taman bunga, taman
binatang dan macam-macam lagi la. Contohnya Botanical garden, Jurong Bird Park,
Gardens The Bay, Baba House dan banyak lagi.
Tapi apa yang aku nak ceritakan kat sini ialah mengenai Universal
Studio Singapore yang terletaknya di Sentosa Island. Bagi aku, Universal Studio
ni menarik dan lagi menarik kalau korang datang ramai-ramai. Dalam group atau
dengan family. Bak kata omputih. The more the merrier. Gitu. Jadi apa yang kita
tunggu lagi, jom kita mulakan.
Entrance ticket, macam biasa la. Aku beli online dah siap-siap.
Aku guna Traveloka Apps. So murah sikit daripada korang walk-in beli kat
kaunter. Kat bawah aku senaraikan harga ikut umur ye kawan-kawan
Dewasa (13 -59 tahun) – RM 229.55
Kanak – kanak (4 – 12 tahun) – RM 167.26
Warga Emas (60 – 99 tahun) – RM 128.16
So, apa benda je yang korang boleh buat kat Universal Studio
Singapore ni? Apa benda yang buatkan dia mahal sangat? Haa. Kat bawah ni aku
senaraikan things to do dekat Universal Studio Singapore. Let’s check it out.
Adventure Ride
Zon yang aku panggil adventure ride ni actually tak la adventure
sangat pun. Tapi boleh tahan lasak jugak la sebab ada ride yang korang akan
basah sesikit, berdebar-debar. Kat dalam Universal Studio ni boleh tahan banyak
jugak ride yang korang boleh naik. Siap ikut tema lagi. Bawak budak-budak
confirm melompat kegirangan dorang tu. So aku senaraikan mana yang aku sempat
naik.
Revenge of The Mummy – Untuk ride ni korang boleh
bayangkan tak set up penggambaran dalam cerita The mummy? Haa. Dia punya konsep
guna sebijik macam tu. Macam kat Egypt. Yang ni high speed roller coaster, at
the some point dia akan laju and slow. Agak berdebar jugak la naik benda ni.
Untuk naik ride ni dia memerlukan certain ketiggian untuk lepas tapi aku tak
sure berapa.
Canopy Flyer – Yang ni pulak ride dia
macam cable car. Korang akan di bawak jalan-jalan menggunakan cable car dan
sepanjang perjalanan tu korang akan nampak la pemandangan dari atas beberapa
taman tema yang ada kat bawah tu. Paling obvious Jurassic Park. Tapi percaya
la, once korang naik, korang takkan perasan dah apa yang ada kat bawah. Boleh
tahan laju oi. Kecuali korang jenis tak takut ketinggian, then should be okay
untuk enjoy view.
Jurassic Park Rapid Adventure – Dalam banyak-banyak ride,
yang ini paling aku suka. Once korang masuk je taman teme Jurassic Park ni,
korang akan disajikan dengan lagu background Jurassic Park dan beberapa replika
dinasour. Sepanjang ride ni, korang akan dibawa menyusuri sungai dan jumpa
dengan macam-macam dinasour and beware untuk basah. Dia ada sediakan baju hujan
but terpulang kat korang nak pakai atau tak. Aku suggest korang wajib naik yang
ni.
Enchanted Airways – Untuk ride yang ni konsep
dia tak lari macam roller coaster yang lain. Laju dan aku yakin adrenalin
korang bakal memuncak. Memerlukan certain of height untuk dibenarkan naik. Tapi
untuk kanak-kanak yang lepas had ketinggian tu, perlu diawasi oleh orang
dewasa. Yang ni boleh dikatakan family ride la jugak.
Okay gais. Haa. Itu lah dia beberapa adventure ride yang aku dapat
sharekan dengan korang. Ada lagi yang lain, tapi tu aku tak masuk sangat sebab
lagi seronok kalau bawak anak-anak. Serius aku cakap, korang bawak anak-anak
masuk sini, bersinar-sinar mata dorang. Selain adventure ride ni ada je
aktiviti lain, korang boleh tengok show dari cartoon animasi macam Shrek, puss
in boots, korang boleh bergambar dengan mascot minion, Transformer dan banyak
lagi. So make sure kumpul duit dan bercuti ke sini. Sebelah negara je gais.
Semoga kita berjumpa lagi. bye
16 Comments
subhanallah. teringinnya nak pi. hehe ^_^
ReplyDeleteIni tempat yang terigin sangat nak pergi, sebab anak-anak dah besar, so kalau bawa mereka mesti happening gilee..tapi tu lee susahnya nak semua cuti...asyik tak jadi ajeee huhuhu
ReplyDeleteMasha Allah cantiknya foto foto Kak Min kat Singapore. Weehhh nak naik canopy flyer dan Revenge of The Mummy tuuu...
ReplyDeleteteringin nak pegi. tak dapat pi dekat US, singapore pun jadi la. heheh. semua ride nampak best
ReplyDeletebestnya.. sebenarnya da mula buat tabungan tuk next travel ke sini.. semoga berhasil lah tahun ini.. aminn...
ReplyDelete#newblogger #cikimahmai.blogspot.com #donefollow
tak pernah pergi lagi ke USS ni. Semua ride nampak menyeramkan sebab tak suka roller coaster tapi jurassic park tu macam nice je haha
ReplyDeletewow, enjoy your holiday babe! I have been to Universal Studio Singapore when it's open. long time never go, shall plan a trip with kids again
ReplyDeleteSyok nyer dpt visit Singapore. Saya dah lame x visit sana. I miss Singapore. Tunggu after Corona virus settle Baru leg visit kot.
ReplyDeleteBestnya kita tak pernah sampai lagi walaupun negara jiran dekat sebelah jer hehehe kannn.. Tengok tempat pelancongan yang ada kat sana sangat kreatif mereka tapi mereka ekonomi nak banding dengan kita jauh walaupun rakyat mereka sikit hehehehe..
ReplyDeletebest giler tengok maianna yang ada tu..harga pun murah je..tapi tu la entah bila dapat pergi..huhu
ReplyDeleteMenariknya tempay ni. Akk pernah masuk Singapore tapi x pernah lagi sampai sini
ReplyDeleteNi bukan setakat anak-anak je bersinar-sinar mata, silap2 mak pak pun sama. Tapi kalau sis macam biasa la. Lebih rela jadi penjaga beg. Hahahaha... takut pening weiiii
ReplyDeletefuh boleh tahan jugak kan harga tiket masuk dia. Dulu pernah brgambar depan globe besar tu je. Next time ke singapore boleh try masuk sane dgn anak2. Seronok sikit bawak anak2 bile dorg dh besar sikit utk join aktiviti adventure mcm tu.
ReplyDeletefuh best tempatnya. kalau datang ke singapore mesti singgahla tempat ni
ReplyDeletebestnya dapat me time dekat singaore kak. teringin sangat nak jalan-jalan sana n masuk USS tu, tak sabar nak tunggu bonus zul pula. hehe
ReplyDeletewah bestnya. hari tu pegi singapore sempat bergambar je kt depan tu :) in shaa Allah lepas ni dapat main dalam tu pulak :)
ReplyDelete