Kehangatan Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL34) semakin terasa. Debaran ini bukan hanya terasa oleh peminat-peminat setia yang sentiasa mengikuti perkembangan industri tanah air malah barisan penyanyi hebat yang bertanding juga turut berdebar menanti tarikh keramat 9hb Februari nanti.
12 Finalis Anugerah Juara Lagu ke 34 (AJL34) berdebar menanti malam bersejarah yang bakal menobatkan lagu terbaik.
Penyanyi Aina Abdul mengakui berdebar menanti malam pertandingan itu nanti.
“Saya berdebar dan sebenarnya takut. Saya banyak buat latihan misalnya menonton cara penyanyi senior seperti Dayang Nurfaizah dalam nyanyian.
“Ini adalah pengalaman pertama saya bertanding di pentas besar seperti AJL” ujarnya.
Aina ditemui selepas Showcase AJL34 yang diadakan di Panggung Anniversari, Taman Botani Perdana baru-baru ini.
Aina bakal mempertandingkan lagu Sumpah ciptaannya sendiri.
Aina Abdul |
AJL34 yang bakal berlangsung pada 9 Februari ini, 9 malam di Axiata Arena, Bukit Jalil mengetengahkan tema ‘Warna-Warna Suara’.
Sementara itu, penyanyi lagu Sumpah, Naim Daniel turut meluahkan rasa gementar dan sedang membuat persiapan terakhir.
“Tipulah kalau saya kata tidak takut. Saya mahu rehat dan tidak menerima undangan persembahan terlalu banyak selepas ini. Ini pertama kali saya bergelar finalis AJL jadi saya mahu all out.
“Saya mahu penonton yang datang menyaksikan persembahan secara langsung dan juga yang tengok di rumah pada hari itu dapat menjiwai apa yang saya bakal sampaikan,” katanya.
Naim Daniel |
Selain Naim dan Aina, 10 finalis lain bertanding adalah Drama Band (Drama), Akim & The Majistret (Rampas), Kugiran Masdo (Dinda), Hazama & The Penglipurlara (Peneman), Aina Abdul (Sumpah), dan Hafiz Suip (Kisah Cinta Kita).
Hafiz Suip mempertaruhkan lagu Kisah Cinta Kita |
Tidak ketinggalan, Ernie Zakri dengan Ku Bersuara, Bob Yusof (Anta Permana); Fairuz Misran (Ragaman) dan Haqiem Rusli (Lembah Kesepian) dan Aman RA (Bangun).
Sementara itu, peminat masih berpeluang membeli tiket tempat duduk aras empat berharga RM30
TV3 dalam kenyataan menyebut, penjualan tiket rancak pada Showcase AJL34 di Panggung Anniversari, Taman Botani Perdana pada 18 Januari lalu.
15 Comments
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteouhh, ahaha. lama x updated sgt psl ni
ReplyDeleterasanya kalau dari segi vocal mcm clear cut siapa akan menang..the rest..good luck!
ReplyDeleteNak tau tak sejujurnya, lama dah Sis tak layan AJL ni, tau-tau dah final ek hohoho...Tahniah buat semua and good luck!
ReplyDeleteHi kak min, nsb la baca ni. Dah lama x tgk tv so xtau pun ada AJL ni. Boleh la tgk nanti.
ReplyDeleteBoss Rawlins suka Aina dan Naim. Kita bersama saksikan perjuangan mereka weekend nie.
ReplyDeleteSetiap tahun sis cover AJL dan kali ini ramai muka-muka baharu.. korang rasa siapa menang? Pilihan sis Sumpah dari Naim Daniel hihi
ReplyDeleteWOW gambar nya memang cantik. nak tau siapa yang menang kali ni.
ReplyDeletezul undi Aina Abdul! suara dia sedap sangat, memang merdu dan best je dengar.
ReplyDeleteDah lama tak layan AJL. Tau-tau je dah ada yang menang. Tahun ni bolehlah layan pulak :)
ReplyDeleteSebenarnya lagu pujaan tak dapat masuk AJL kali ni. Tapi rasa Aina macam ada harapan. tunggu je lah nanti sb biasa tekaan meleset punyer.
ReplyDeleteKita pun x sabar dn berdebar jugak ni..dh mcm penyanyi pulak debarannya..hehehe. Rasa akak le kan Naim Daniel kot..x tak tahu lah kan, kita tgok je lah nanti
ReplyDeleteBanyak sangat yg mantap2! Kali ni tak ramai penyanyi senior ye! And I'm rooting for Bob, sedapnya dia yg nyanyi lagu Anta Permana...❤
ReplyDeleteTak sabar rasanya nak tengok AJL nanti. Siapalah bakal dinobatkan sebagai juara. Harap lagu Sumpah Aina Abdul menang. Or Erni
ReplyDeletesebenarnya dah lama la saya tak layan AJL ni. tapi saya doakan semua berjaya nanti. tak kisahlah siapa menang, do your best ya!
ReplyDelete