Anxiety Disorder atau dalam bahasa Melayunya Kecelaruan Keresahan adalah satu keadaan di mana seseorang berada di dalam keadaan ketakutan dan kebimbangan yang kronik, sungguhpun tidak ada rangsangan yang khusus. Ada saja yang mencemaskan hatinya; dan hampir setiap peristiwa menjadi sebab timbulnya rasa cemas dan takut.
Misalnya takut kalau mati, takut jadi gila dan macam-macam ketakutan serta kecemasan yang tidak boleh dimasukkan dalam kategori fobia. Emosi pesakit tidak stabil, sangat irritable, cepat tersinggung dan marah, sering dalam keadaan excited atau gempar gelisah. Namun juga cepat menjadi depresif.
Disertai macam-macam fantasi, delusi, ilusi dan rasa dikejar-kejar oleh sesuatu yang tidak jelas. Dirinya selalu diliputi ketegangan-ketegangan emosional dan diganggu bayangan-bayangan kesulitan. Pesakit sering merasa mual dan muntah; badannya selalu lelah, menderita sesak nafas, banyak berpeluh; bergemetaran dan kadang kala menderita kemurungan.
Gejala Anxiety Disorder
Berikut adalah antara gejala Anxiety Disorder
v
Mudah merasa cemas atau panik berlebihan
v
Rasa cemas yang dirasakan hingga terbawa sampai
mimpi
v
Sering memikirkan hal hal yang traumatik
v
Sukar fokus
v
Sering berpeluh
v
Mudah mengalami sesak nafas
v
Degup jantung sering tidak teratur.
v
Sering mengalami tegang pada otot
v
Sering pening dan mual mual
v
Sering merasa sengal
Jenis-jenis Anxiety Disorder
Terdapat pelbagai jenis Anxiety Disorder yang kita patut tahu.
Kecelaruan keresahan menyeluruh (Bahasa Inggeris: Generalized Anxiety Disorder atau GAD)
GAD ialah suatu kecelaruan keresahan yang ditandai dengan kebimbangan tidak terkawal, berlebihan dan selalunya tidak rasional tentang hal-hal sehari yang tidak setanding dengan apa yang patut dibimbang.
Kebimbangan yang berlebihan ini sering mengganggu fungsi sehari-hari, sebagai individu yang menderita GAD biasanya menjangka bencana, dan terlalu bimbang tentang hal-hal sehari seperti masalah kesihatan, wang, kematian, masalah keluarga, masalah kawan, masalah hubungan atau kerja kesulitan.
Mereka sering menunjukkan pelbagai gejala fizikal, termasuk kelesuan, gelisah, sakit kepala, mual, kebas di bahagian tangan dan kaki, ketegangan otot, nyeri otot, kesulitan menelan, Bukti kesulitan bernafas, kesukaran menumpukan, gementar, gugup, lekas marah, berpeluh, gelisah, insomnia , hot flashes, dan ruam. Gejala ini harus konsisten dan berterusan, bertahan sekurang-kurangnya 6 bulan, untuk diagnosis rasmi sebagai GAD.
Kecelaruan obsesif-kompulsif (sering dipendekkan menjadi OCD)
OCD adalah penyakit mental yang menyebabkan pemikiran dan tindakan yang berulang dan tidak diingini. Kebimbangan adalah salah satu daripada gejala-gejala yang paling biasa dan boleh menyebabkan individu untuk mempercayai bahawa jika tugas yang belum selesai, sesuatu yang buruk mungkin berlaku. Tugas seperti itu mungkin untuk membasuh tangan lima kali. Kepercayaan ini membawa kepada kebimbangan dan ketegangan yang lebih. OCD boleh menghadkan keupayaan salah satu untuk mengambil bahagian dalam perhubungan, tempat kerja, dan dalam masyarakat secara amnya.
Social Anxiety Disorders
Social anxiety disorder disebut juga fobia sosial, dimana seseorang mengalami kecemasan berlebihan ketika menghadapi orang lain atau berada dalam lingkungan sosial.
Spesific Phobias
Gangguan fobia adalah ketakutan terhadap hal tertentu, seperti fobia ketinggian takut terhadap ketinggian, takut melihat darah, atau lainnya yang serupa. Fobia sukar dihilangkan dan harus menjalani terapi intensif terlebih dulu. Fobia berasal dari manipulasi fikiran seseorang yang berlebihan terhadap sesuatu yang menciptakan gambaran mengerikan yang mungkin membahayakan dirinya.
Cara Tangani Anxiety
Berikut ada beberapa langkah untuk menangi Anxiety.
- Kenali tanda tanda anxiety
Perlu untuk diketahui, tanda tanda anxiety disorder seperti diatas. Dari tanda tanda tersebut, apakah Anda mengalami beberapa gejala yang sama? Lihat ke dalam diri Anda apakah gejala tersebut ringan, sedang atau berat. Apakah gejala tersebut sangat sering anda alami tau hanya sesekali. Ingat kembali, bagaimana gejala tersebut timbul, dan dalam situasi yang bagaimana.
- Kenali jenis anxiety
Anda juga perlu mengenali jenis jenis gangguan kecemasan untuk membolehkan anda mengklasifikasikannya. Setelah mengenali gejala kecemasan yang anda rasakan, pastikan klasifikasi jenis gangguan kecemasan yang manakah diri anda berada? Dengan cara ini anda boleh mengenali dan memastikan jenis anxiety disorder tersebut dan mencari cara mengatasinya.
- Rendam kaki dengan air hangat
Setelah seharian bekerja dan melakukan rutin yng memenatkan, sempatkan diri anda untuk merendam kaki dengan air hangat. Air hangat memberikan kesan merilekskan, sekaligus membunuh kuman pada kaki. Merendam kaki dengan air hangat memberikan kesegaran pada tubuh anda dan mampu melegakan kepenatan.
- Kemaskan kediaman
Orang dengan anxiety disorder memiliki tekanan atau stres pada fikirannya. Rapikan rumah anda, sehingga menjadi bersih dan menyenangkan. Buang barang barang yang mungkin tidak diperlukan lagi dan susun rapi barang barang yang masih dipakai. Telah terbukti rumah yang kemas, bersih dan rapi dapat membantu mengurangkan stress.
- Bersenam
Bersenam menjadikan tubuh dan fikiran menjadi fresh dan sihat. Lakukan olahraga secara rutin, minima 30 minit setiap hari. Olahraga membantu meregangkan dan menguatkanotot otot tubuh anda . Olahraga membuat sirkulasi tubuh menjadi lebih lancar sehingga menghilangkan semua penat pada fikiran dan menghilangkan kecemasan. Lakukan olahraga yang ringan seperti jogging, berenang, atau lainnya.
- Menggunakan Aromaterapi
Aromaterapi memberikan kesanmerehatkan tubuh dan fikiran. Pasanglah aromaterapi di tempat tempat yang sering anda gunakan untuk bersantai. Aromaterapi juga mampu meningkatkan kualiti tidur Anda dan menghilangkan rasa cemas.
- Banyak tersenyum
Tersenyum memiliki banyak manfaat. Tersenyum dapat menghilangkan stres dan meningkatkan fikiran positif dan optimis. Dengan tersenyum, kedamaian akan anda rasakan dan anda tidak lagi merasa cemas.
- Minum teh hijau
Teh hijau mengandung zat L-theanine yang merupakan bahagian dari asam amino. Zat ini bermanfaat untuk merilekskan tubuh dan perasaan. Teh juga digunakan untuk merehatkan diri dan dicadangkan minum ketika masih hangat. Teh hijau memiliki kandungan theanine lebih tinggi daripada jenis teh lainnya.
9.Bercerita dengan orang terdekat
Ketika anda mengalami perasaaan cemas yang berlebihan atau fikiran yang penat, berceritalah dengan orang orang terdekat anda seperti keluarga, sahabat, atau lainnya. Dengan bercerita, beban fikiran akan menjadi ringan dan kecemasan menjadi berkurang. Namun perlu anda ketahui, sebaiknya hindari curahan hati di media sosial kerana media sosial tidak akan membantu anda terlebih lagi jika ada komen-komen negatif, itu malah lagi akan mengganggu pemikiran anda.
10. Hindari cafein berlebih
Minum kafein berlebihan tidak baik untuk tubuh dan fikiran. Mengambil kopi secara berlebihan akan memperburuk kondisi kecemasan. Kopi memiliki efek untuk menstimulasi kerja jantung lebih cepat, sehingga akan meningkatkan kecemasan. Hindari meminum kopi ketika fikiran anda sedang penat.
11. Jangan terlalu banyak berfikir dan menganalisa
Beberapa orang memiliki kemampuan menganalisa dirinya maupun orang lain dan lingkungan dengan baik. Namun terlalu banyak menganalisa juga berpengaruh buruk bagi fikiran. Orang yang pandai menganalisa dan terlalu banyak berfikir, menimbulkan berbagai kecemasan. Hasil analisa yang dilakukan tidak selalu benar dan cenderung membuatnya semakin khuatir apa yang harus dia lakukan dan apakah yang dia lakukan sudah benar bagi orang lain, dan seterusnya. Sebaiknya, anda perlu menjauhi kebiasaan ini kerana hal ini akan membuatkan anda akan lebih cemas.
12. Tidur cukup
Tidur cukup bermaksud tidur yang mencukupi dan berkualiti. Tidur berkuliti merupakan tidur dengan waktu yang cukup, dan badan terasa segar kembali setelah bangun tidur. Cara mendapatkan tidur yang berkualiti adalah jauhi smartphone atau barang elektronik lainnya sebelum tidur. Tidur tepat waktu dan bangun tepat waktu. Kekurang tidur, memberikan efek yang buruk bagi tubuh anda seperti tubuh menjadi lesu, mudah marah, tidak mood, cemas, dan lainnya.
13. Hindari fikiran negatif
Menghindari fikiran negatif dengan menyibukkan diri. Berhenti mengarang atau menganalisa situasi, dan lakukan yang terbaik untuk diri anda. Hindari memikirkan hal hal yang buruk kerana akan menyebabkan kecemasan semakin parah. Latihlah diri dengan fikiran dan perkara positif yang sentiasa memberikan semangat pada tubuh anda.
14. Dekatkan diri dengan yang Maha Pencipta.
Ini perkongsian benar dari seorang sahabat aku yang mengalami masalah Anxiety ni. Dia kata, sejak dia mengamalkan solat diawal waktu, tahajjud dan mendekatkan diri kepada Allah, anxietynya makin berkurang. Memang lah tak 100% pulih tapi menurutnya dia tak lagi 'choking'.
Kawan aku ni sejenis perfectionist jadi, menurut beliau melihat pingan yang tak disusun rapi pun boleh buat dia rasa tercekik (sampai tahap tu anxiety yang dia alami) tapi sejak mendekatkan diri pada Allah rasa tu dah berkurangan.
Sekian perkongsian aku untuk hari ini. Apa pun, jika anda mengalami gejala anxiety pastikan anda mendapatkan rawatan dan merujuk pada pakar-pakar kesihatan.
Ini perkongsian benar dari seorang sahabat aku yang mengalami masalah Anxiety ni. Dia kata, sejak dia mengamalkan solat diawal waktu, tahajjud dan mendekatkan diri kepada Allah, anxietynya makin berkurang. Memang lah tak 100% pulih tapi menurutnya dia tak lagi 'choking'.
Kawan aku ni sejenis perfectionist jadi, menurut beliau melihat pingan yang tak disusun rapi pun boleh buat dia rasa tercekik (sampai tahap tu anxiety yang dia alami) tapi sejak mendekatkan diri pada Allah rasa tu dah berkurangan.
Sekian perkongsian aku untuk hari ini. Apa pun, jika anda mengalami gejala anxiety pastikan anda mendapatkan rawatan dan merujuk pada pakar-pakar kesihatan.
20 Comments
Tak tahu pula sengal tu antara gejala anxiety ye?. Kita ni tak boleh banyak berfikir juga. Time tidur peruntukkan untuk tidur supaya fikiran kita lebih sihat.
ReplyDeleteYe betul tu. yang penting kalau rasa kurang sihat tak kira dari segi fizikal atau pun mental cepat2 rujuk pada pakar
DeleteDekatkan diri dengan Allah swt - mengadu padaNya selalu. InsyaAllah Dia akan membantu.
ReplyDeleteAnd betul, sejak rajin ke gym dan bersenam, hidup lebih ceria dan sihat.
Paling penting, jauhkan diri dari negativity
Betul sangat tu
Deletehuhu, sy ada panic attack kadang2, berlaku cuma dalam jem yg tak bergerak dan tak tau punca. lately macam da berkurg kena sbab mmg avoid lyn jem...huhu...
ReplyDeleteIQ dah jumpe doktor? Dapatkan rawatan ye..jangan biarkan je
Deletepanic attack saya kalau minum kopi 3 in 1. sebab tu wajib tinggalkan. tapi kadang tu gatal minum jugak, memang mendapat lah :D
ReplyDeleteMemang kena tinggalkan kopi la camni..slowly tak pe janji tak kena panic attack da
DeleteWah tips yg berguna ni sis.Bru tahu details psl anxiety ni. Kite pun selalu ad panic attacked. hahaha
ReplyDeleteAlamak.. Kita selalu minum kopi.. Lagi2 kalau tgh penat n keje pulak banyak.. Patut la cepat stress.. Tapi klu takde kopi lg stress..huuhuhu
ReplyDeletepernah rasa cemas sampai terbawa dalam mimpi.. jantung laju jadinya... maybe sbb over thinking juga kot.. kena take it easy.. pastu baru rasa lega.. nice sharing info
ReplyDeleteKawan Bella ada kene sakit ni. Memula mmg rasa weird dan betul ke? Siyes ye annoying dia selagi tak ke klinik cek, tak puas hati pegi lagi dkt 5 klinik. Kesian wei kawan kita. Ada yg sorang tu sampai kena tahan wad sb kronik. Tips terakhir tu penting ...dekat diri dengan kerohanian..Tuhan :)
ReplyDeletesekarang tengah cuba kurangkan stress, banyak bersenam, fikir positif dan bergaul dengan orang. Thanks for the tips!
ReplyDeleteTq for sharing..banyak info tentang penyakit anxienty nie..lepasnie kak mid nak sentiasa senyum..hahaha..bytheway done follow yr blog.feel free to follow back.
ReplyDeleteTakutnya. moga kita dijauhkan dari gejala macam ni. kadang2 tu ada jugak kena. tapi kita sendiri kena pandai handle lah. if not memang boleh jadi teruk.
ReplyDeleteJokabada kawan kawan yang mengalami diaordee begini boleh la share kan artikel ni suh dia baca ya tak.
ReplyDeleteNad nipun kaang cepat resah je..sebelum ni dok fikir ade penyakit anxiety ke. Mesti takutla apela aklau serba tak kena. Nad ni pun ade sakit tiroid
ReplyDeleteThanks for sharing dis kak min.. Saya kdg2 kena jugak serang dengan anxiety ni.. Sampai xboleh tidur dibuatnya... Resah sepanjang malam kalau jadi tu. Sekarang ni mmg selalu keep positive and tak over thinking ja. Tapi yang aromatheraphy tu it works
ReplyDeletethanks info. saya ada rakan yang alami ni. dah pulih. alhamdulillah. salah satu rawatan tu selain disenaraikan diatas ialah jaga pemakanan.
ReplyDeleteSelalu jugak baca pasal org yg ada anxiety disorder ni. Alhamdulillah so far takde tanda2 anxiety disorder ni.
ReplyDelete