Pagi Isnin 10 Februari 2019 kita dikejutkan dengan berita kematian pelawak terkenal tanahair kita iaitu Abam Bocey atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Bin Syed Mohd Redzuan, 32 tahun.
Abam dikhabarkan meninggal secara mengejut di kediamannya di Gombak. Menurut isteri Allahyarham, beliau tidak sedarkan diri ketika dikejutkan untuk menunaikan solat subuh. Berita kematian mengejut ini dimaklumkan kepada Gempak oleh pelawak Ali, iaitu adik Allahyarham.
"Isteri Abam, hubungi saya dan beritahu abang saya tidak sedarkan diri. saya bergegas ke kediaman Abam dan ya, dia sudah tidak bernafas." kataya gagal mengawal emosi.
Menurut Hidayah, isteri Allahyarham "beberapa hari lepas dia demam dan mengadu sakit kepala. Tetapi bila ajak ke hospital, dia tak mahu.
"katanya hanya demam dan sakit kepala biasa. Tapi..pagi tadi saya kejutkan untuk solat subuh, namun tak ada tindak balas daripada dia," katanya menangis teresak-esak.
Abam dan Nor Hidayah berkahwin pada 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey bin Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey, 5 bulan.
Pada aku secara peribadi, ini adalah berita kematian paling mengejutkan setelah pemergian pelawak Yus pada 30 November 2015. Moga roh mereka ditempatkan dikalangan orang-orang beriman
نَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ
رَاجِعُونَ.
أَللَّهُمَّ
اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ وَأَكْرِمْ
نُزُلَهُ وَوَسِعْ مَدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالْثَلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا
نَقَّيْتُ الثَّوْبَ الأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهُ
دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ
، وَأَهْلاً خَيْرًا
مِنْ أَهْلِهِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ
، وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ
، وَأَعِذْهُ مِنْ
عَذَابِ اْلقَبْرِ وَمِنْ عَذَابِ النَّارِ
Moga Allah ampuni dia, rahmati dia, maafkan dia, muliakan
kematian dia, lapangkan kubur dia, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggal
dia dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga dia di tempatkan di
kalangan orang-orang yang beriman
3 Comments
Innalillahiwainnailaihirajiun. Salam takziah buat keluarga Abam.
ReplyDeleteTerkejut dapat berita ni tadi. Macam tak sangka je kan. :(
Innalillahiwainnailaihirajiun. Ramai yg terasa ketiadaan Abam
ReplyDeletesemoga ditempatkan dalam kalangan yang dikasihi..
ReplyDeleteinsyallah..