Berbuka Puasa di Hotel Grand Bluewave Shah Alam Sambil Menangi Tiket Pakej Umrah Untuk 2 Orang

Ya Allah..pejam celik, pejam celik dah hampir nak sampai bulan Ramadhan rupanya kita ni. Patutlah sana sini banyak tengok promosi bufet-bufet Ramadhan.  Korang dah rancang nak berbuka puasa dengan family kat mana ke?

Baru-baru ni aku berkesempatan untuk merasai dan melihat sendiri promosi bufet Ramadhan di Hotel Grand Bluewave Shah Alam. Perghh..memang meriah habis rupanya bufet Ramadhan di hotel ni. Bayangkan la..sepanjang-panjang dari lobi hingga ke Restoran Royale Songket tu penuh dengan pelbagai gerai dan juadah hidangan berbuka puasa.



Buat pengetahuan, bufet Ramadhan di hotel Grand Bluewave Shah Alam ini menawarkan aneka pilihan masakan utama berasaskan pilihan tempatan yang akan bertukar setiap hari. Antara masakan tempatan yang boleh dinikmati ialah Nasi Putih, Nasi Kukus Pilaf Mentega, Nasi Kukus Lentil Mentega, Nasi Kukus Mentega, Lebanese Chicken & Char Grilled Vegetable, Ayam Bakar bersama Sos Cendawan, Sambal Tumis Udang bersama Petai, Rendang Tok Daging, Pizza, Udang Masak Kelio, Gulai Ikan Ala Kampung dan pelbagai lagi masakan untuk dicuba!


Tambahan lagi, terdapat masakan Pilihan Antarabangsa iaitu Assortmen Garden Salad, Salad Tuna, Salad Ayam Panggang, Salad Tabbouleh, Coleslaw, Salad Makaroni Klasik, pilihan sos dan Seafood on Ice ; Kupang, Udang dan Ketam. Manakala untuk pilihan tempatan pula para tetamu boleh memilih ulam-ulam bersama 6 jenis sambal ; Sambal Belacan, Cincaluk, Budu, Kicap Cili Api, Air Asam dan 4 jenis Raita, Jeruk Buah-Buahan, Aneka Keropok, Lemang, Ketupat, Nasi Impit bersama Kuah Kacang & Serunding Ayam, Kerabu Ayam, Kacang Botol, Jantung Pisang dan Kacang Panjang & Som Tham.



House of Smoke & Grill Tema Utama Juadah Berbuka Puasa di Hotel Grand Bluewave Shah Alam

Terdapat 16 buah gerai yang bakal menunggu para tetamu dan pada tahun ini, juadah paling istimewa yang diketengahkan oleh Hotel Grand Bluewave Shah Alam. Tetapi hidangan paling istimewa pada tahun ini ialah House of Smoke & Grill di mana tetamu berpeluang mencuba masakan isitimewa iaitu Smoke Hickory Roasted Whole Lamb bersama Sayur Panggang, Lada Hitam, Rosemary, Cendawan dan Sos Pudina.



Macam yang aku sebutkan di atas, terdapat 16 buah gerai yang disediakan buat para tetamu. Apa 16 gerai tersebut? Korang boleh check kat bawah ni :

Terdapat 16 buah gerai
1.       Must Try Nasi Kandar
2.       Ramadhan House of Smoke & Grill
3.       Wagon from Texas
4.       Wok with Me
5.       The Asian Fritters
6.       The Penang street
7.       Oriental Favourite
8.       Something Sweet
9.       Sahara Tent
10.   Seafood On The Grill
11.   Oishii!!!
12.   Noodle Galore
13.   Little India
14.   The Hot Pot
15.   Italian Memories
16.   Bazar Favorite




Menangi Cabutan Bertuah Pakej Umrah Untuk 2 Orang Dengan Setiap Pembelian Baucar Bufet Ramadhan

Bufet Ramadhan Al-Kareem "House of Smoke & Grill" dibuka setiap hari bermula jam 7.00 malam hingga 10.00 malam dari 24 April 2020 sehingga 23 Mei 2020. Harga bufet Ramadhan adalah seperti berikut :

Dewasa : RM148 net
Kanak-kanak : RM70 net
Warga Emas : RM 70 net

Namun begitu, untuk cuti umum dan hujung minggu pula harga adalah RM150 untuk seorang dewasa dan seorang kanak-kanak maksudnya korang boleh berjimat banyak ketika hujung minggu dan cuti umum!

Bagi tempahan awal pula, terdapat potongan istimewa iaitu sekiranya tempahan awal dan bayaran dibuat sebelum 1 Ramadhan (24 April 2020) harga adalah seperti berikut :

Dewasa : RM74 net
Kanak-kanak : RM70 net
Warga Emas : RM 70 net


Dan ini pula berita istimewa bagi mereka yang membeli baucar secara pukal. GBWHSA melancarkan promosi beli 10 percuma 1 dimana sekiranya korang beli 10 baucar korang akan menerima 1 lagi baucar secara percuma dan kalau korang beli 14 baucar bufet Ramadhan korang layak dapat 1 baucar penginapan di bilik Deluxeselama 2 hari 1 malam.

Tarikan lain bagi promosi bufet Ramadhan di GBWHSA ialah sesi cabutan bertuah. Setiap pembelian 5 baucar dewasa bagi Ramadhan bufet akan mendapat 1 penyertaan cabutan bertuah. Terdapat 5 hadiah cabutan bertuah untuk dimenangi apabila berbuka puasa di GBWHSA. Hadiah yang dinanti-natikan adalah :-

  • Pakej Umrah untuk 2 orang bagi tempat pertama
  • Pakej Umrah untuk 1 orang bagi tempat kedua
  • Pakej penginapan 3 hari 2 malam di bilik Deluxe yang bernilai RM1,300 bagi tempat ketiga
  • Pakej penginapan 2 hari 1 malam di bilik Deluxe yang bernilai RM650 bagi tempat keempat
  • Baucar makan dan minum di GBWHSA bernilai RM300.
Cabutan bertuah ini akan diadakan selepas bulan Ramadhan iaitu pada bulan Syawal.

Untuk maklumat lanjut mengenai bufet Ramadhan di GBWHSA korang boleh la hubungi :

Tel : 03-55118811 sambungan 2801, 2804, 2806
Whatsapp : 019-2736801 / 019-2757801




Post a Comment

13 Comments

  1. Wah bestnya diorg buat mcm tu, join berbuka puasa kat sana boleh dpt peluang menangi pakej umrah dan lain2 kan. Tgk menu2 dan jenis gerai yg ada tu pon semua nampak sedap2 belaka. Teringin jugak nk try mcm ni hehee

    ReplyDelete
  2. Wah! Mana tahu kan bila belanja orang kat sini masa bulan Ramadan dapat puls menangi pakej umrah... rezeki bonus tu kan? So apa lagi cepatlah tempah...

    ReplyDelete
  3. Boleh tahan jugak hadiah diaorang bagi. Harga buffet pun not bad, selection pun nampak menarik. Bolehlah cuba buka puasa dekat sini tahun ni, tak ada jauh sangat pun.

    ReplyDelete
  4. Oh my smocked duck tu mengancam. .huish terus . lapar.. Tak pernh berbuka puasa lagi dekat sini.. Nice giler tempat dia

    ReplyDelete
  5. Dah lama tak pi hotel ni!!! Makanan ni best tau. Hotel dia pula patuh syariah. Tu yang seronok waktu bulan Ramadan berbuka kat sini. Hehehe. Tapi tulaaa jauh nau utk orang ampang mcm saya ni. Akak kalau ada makan sedap area ampang. bagi tau eh.

    ReplyDelete
  6. bluewave.. my favourite tmpt makan masa kerja area s.a dulu2 ...harga dia pun boleh tahan murah...siap ada pakej umrah tu... kena pegi tgk ni..mana tau ada rezeki dapat hadiah...hihih

    ReplyDelete
  7. Bestnya berbuka puasa di sini. Yang paling best ada cabutan bertuah untuk pembelian baucer buffet ramadhan. Menarik hadiahnya

    ReplyDelete
  8. Wow!!! Menariknya... tengok gambar je pun dah terliur gitu... lama sungguh tak ke Grand Bluewave Hotel ni... zaman kerja kat Shah Alam dulu selalu la pergi seminar kat sana... paling best waktu tu, selalu makan chinese cuisine... bolehlah nanti check out untuk iftar Ramadan 2020...

    ReplyDelete
  9. okay, tak pernah lagi makan dkt hotel ni. bolehlah nanti buka puasa dengan family dkt sini nnti :)

    ReplyDelete
  10. Wahh beruntung sape yg menang cabutan bertuah tu kan, dpt gi umrah tuuu. Nanti bolehlah cuba makan kat sini, mana tahu nasib menyebelahi sis pulak

    ReplyDelete
  11. Bertuahnya laaa siapa yang menang tu, beli baucer makan, bawa keluarga, ada rezeki menang pergi Umrah, tu namanya Allah balas rezekinya balik sebab bawa keluarga makan kann..tapi menu dia tu semua nampak sedap, kat Johor ada gak hotel GBW ni..thn lepas ada pergi, memang sedap gile!

    ReplyDelete
  12. Alamak, kenapa la sy baca entri kak min time gini.. berkeriuk terus perut dibuatnya. Kalau pi buffet ramadan kan benda pertama saya akan amik mesti la kambing bakar tu.. sukaaaa tauuu

    ReplyDelete
  13. Ya Allah nampak sedap dan menyelerakan sungguh ya hidangan buffet ramadan di sini. Nanti nak bawak satu keluarga buka kat sini lah

    ReplyDelete