Maaf untuk perkongsian yang agak berat hari ni. Aku faham, masih ramai yang mungkin merasa terkejut dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang sedang berlaku di Malaysia ketika ini. Berikutan artikel aku sebelum ini Malaysia Lockdown? aku terima agak banyak feedback termasuk ada yang tanya macam mana step arahan ini dilaksanakan.
Gambar Ihsan SoyaCincau.com |
Jujurnya aku bukanlah orang yang layak bercerita tentang ini namun disebabkan sifat aku yang memang suka buat research dan membaca jadi aku cuba sampaikan yang terbaik berdasarkan akta-akta yang aku baca ye. Jika terdapat kesilapan mohon diperbetulkan.
Namun begitu, marilah kita fahami dahulu perbezaan darurat keselamatan dan darurat bencana. Kerana terdapat sedikit perbezaan antara keduanya.
Beza Darurat Keselamatan & Darurat Bencana
Darurat Keselamatan
Buat pengetahuan, darurat bawah Perlembagaan Persekutuan hanya boleh diisytiharkan oleh Yang di-Pertuan Agong, seperti peruntukan dalam Perkara 150. Contohnya ketika Darurat Mei 1969, Darurat Komunis 1948, Darurat Sarawak 1966 (pergelutan kuasa kerajaan negeri dengan Persekutuan) dan Darurat Kelantan 1977 (pergelutan kuasa pentadbir negeri dengan Persekutuan)
Hasil daripada darurat itu, pucuk pimpinan negara diambil alih tentera, apa-apa saja undang-undang boleh diluluskan meskipun melanggar Perlembagaan Persekutuan dan pilihan raya boleh ditangguhkan. Antara contoh undang-undang yang diluluskan semasa darurat adalah Ordinan Darurat 1969 yang membolehkan kerajaan membuat penahanan tanpa bicara.
Darurat Bencana
Darurat bencana berbeza dari Darurat Keselamatan. Darurat bencana dibuat secara pentadbiran dan eksekutif bawah Perkara 25 Arahan No 20 Dasar dan Mekanisme Pengurusan Bencana Negara MKN.
Selain itu, Perdana Menteri sebagai ketua kerajaan boleh membuat pengumuman daurat bencana (selepas menerima nasihat Majlis Keselamatan Negara). Antara contoh darurat bencana ialah Darurat Jerebu Sarawak 1997, Jerebu Pelabuhan Klang 2005 (Indeks Pencemaran Udara melebihi 500), Jerebu Muar dan Ledang 2013 (Indeks Pencemaran Udara melebihi 750).
Akta Polis 1967
Sekarang korang dah faham perbezaan antara darurat keselamatan dan darurat bencana kan? Apa yang berlaku pada kita sekarang adalah dalam kategori darurat bencana dek kerana wabak Covid-19 yang sedang teruk melanda dunia.
Kalau korang perasan.. ketika pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan dilakukan, PM ada menyebut 'Perintah kawalan ini dibuat di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967'
Jom aku terangkan sedikit tentang Akta Polis 1967 yang diguna pakai dalam perintah ini. Dalam Akta 344 ada termaktub tentang kuasa untuk membuat perintah bagi menghendaki orang berada dalam rumah.
Akta Polis 1967
Kalau korang perasan.. ketika pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan dilakukan, PM ada menyebut 'Perintah kawalan ini dibuat di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967'
Jom aku terangkan sedikit tentang Akta Polis 1967 yang diguna pakai dalam perintah ini. Dalam Akta 344 ada termaktub tentang kuasa untuk membuat perintah bagi menghendaki orang berada dalam rumah.
Akta Polis 1967
Pertama
kali dibuat
|
1967
(Akta No.41 tahun 1967)
|
Disemak
sehingga
|
1988 (Akta 344 m.b.p. 6 Oktober 1988)
|
Kali
terakhir dipinda oleh Akta A1421 yang mula berkuatkuasa pada
|
23 April 2012
|
Kuasa untuk membuat perintah bagi menghendaki orang berada dalam rumah
31. (1) Seorang Pesuruhjaya atau seorang Ketua Pegawai Polis boleh, jika difikirkannya perlu untuk Kepentingan Keselamatan Malaysia atau keselamatan mana-mana bahagiannya atau untuk kepentingan ketenteraman awam, dengan perintah menghendaki, tertakluk kepada syarat atau pengecualian itu yang difikirkannya bermanfaat, tiap-tiap orang dalam kawasan bidang kuasanya yang ditetapkan dalam perintah itu supaya berada dalam rumah diantara waktu yang ditetapkan didalamnya; dan Pesuruhjaya atau Ketua Pegawai Polis hendaklah dengan apa-apa cara yang difikirkannya patut membawa atau menyebabkan dibawa ke pengetahuan semua orang yang mungkin terlibat dengannya akan kandungan perintah itu.
(2) Seseorang yang berada di luar rumah dalam waktu yang dinyatakan dalam perintah itu adalah melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini melainkan orang itu memiliki satu permit bertulis bagi maksud itu daripada _
(a) Pesuruhjaya atau Ketua Pegawai Polis yang tersebut dahulu;
(b) Seorang pegawai polis berpangkat tidak rendah daripada Sub-Inspektor yang secara langsung di bawah perintah Pesuruhjaya atau Ketua Pegawai Polis yang tersebut dahulu; atau
(c) Seorang pegawai awam yang diberi kuasa secara bertulis oleh Pesurhjaya atau Ketua Pegawai Polis yang tersebut dahulu untuk mengeluarkan permit bertulis tersebut.
(3) Tiada apa-apa perintah di bawah subseksyen (1) terpakai kepada -
(a) Yang di-Pertun Agong, Raja, Yang Dipertua Negeri ;
(b) Mana-mana pegawai polis atau mana-man anggota mana-mana angkatan laut, tentera atau udara yang ditubuhkan atau berkhidmat dalam Malaysia apabila bertugas ; atau
(c) Mana-mana orang atau golongan orang yang dinyatakan dalam perintah itu sebagai orang yang dikecualikan daripada perintah ini.
(4) Tiada apa-apa perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1) boleh berkuatkuasa berterusan lebih daripada dua puluh empat jam dari masa ianya dibuat :
Dengan syarat bahawa Menteri, pada atau sebelum tamat tempoh perintah itu, boleh mengarahkan supaya perintah itu hendaklah berkuatkuasa seterusnya bagi apa-apa tempoh lanjutan tidaj lebih daripada empat belas hari sebagaimana dinyatakan olehnya dan, apabila dibuat apa-apa arahan sedemikian, perintah itu hendaklah berkuatkuasa seterusnya bagi tempoh lanjutan itu.
(5) Subseksyen (1) berhubungan dengan memberi notis kandungan perintah yang dibuat di bawah subseksyen (4)
Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342)
Memandangkan Covid-19 adalah sejenis virus dan wabak berjangkit, korang boleh rujuk Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit. Seriously kalau aku nak taip kat sini akta pencegahan dan pengawalan penyakit berjangkit ni sangatlah panjang ye. Jadi korang boleh rujuk terus ke bahagia IV dalam akta tu dibawah tajuk 'MENGAWAL MEREBAKNYA PENYAKIT BERJANGKIT'
Dibawah subseksyen akta tu ada termaktub tentang :
- Kehendak supaya memberitahu tentang penyakit berjangkit
- Pengisytiharan kawasan tempatan jangkitan
- Orang yang dijangkiti tidak boleh bertindak mengikut cara yang boleh merebakan penyakit berjangkit
- Pengawalan barang tercemar dan binatang yang dijangkiti
- Pengasingan orang yang dijangkiti dan orang yang disyaki
- Pemerhatian atau pengawasan kontak
- Perintah bagi pemeriksaan mayat
- Pengurusan orang mati
- Membasmi kuman dan menutup premis
- Pemusnahan struktur
- Menjual dan menyewakan bangunan tercemar
- Kuasa untuk memerinthkan kenderaan tertentu dibasmi kuman.
Gambar Ihsan Google |
Perintah Kawalan Pergerakan
Macam yang korang semua tahu dan faham yang kini kita berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan. Apa yang perlu kita semua buat adalah memastikan kita semua mendengar arahan. Kesian wei korang orang atasan dan barisan hadapan yang bertungkus lumus memastikan keselamatan kita dan kita pula sia-siakan usaha mereka.
Jangan pentingkan diri!! Stay dimana korang berada sekarang. Tak payah la gatal-gatal nak balik kampung ke apa. Cuba bayangkan yang korang sebenarnya dah terkena wabak ni dan tetibe korang balik kampung..huh! bukan ke korang dah bawak balik wabak ni ke kampung korang pulak?
Seriously wei..masing-masing kita ni dibekalkan dengan akal. Jadi fikirlah sewajarnya. Di sini aku sertakan sekali beberapa dalil yang aku rujuk pada laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan tentang keadaan sekarang :
Firman Allah SWT:
لَا تُلْقُوا۟ بِأَيْدِيكُمْ إِلَى ٱلتَّهْلُكَةِ
Maksudnya : “Janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu
ke dalam bahaya kebinasaan…”
Surah Al-Baqarah (195)
Al-Baghawi menjelaskan bahawa setiap perkara yang membawa
kepada kebinasaan dalam agama mahupun dunia, maka ia termasuk dalam makna ayat
ini. (Lihat Ma’alim al-Tanzil, 1/367)
Firman Allah SWT lagi :
وَلَا تَقْتُلُوا أَنْفُسَكُمْ
Maksudnya : “…Dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama
sendiri…”
Surah al-Nisa (29)
Menurut al-Jassas, ayat ini mengandungi larangan daripada
melakukan pembunuhan sama ada terhadap orang lain atau terhadap diri sendiri.
(Lihat Ahkam al-Quran, 3/127).
Al-Maraghi berkata: Janganlah seseorang membunuh temannya.
Gaya bahasa ini menanamkan kesan yang kuat bagi melarang perbuatan tersebut,
selain menyedarkan betapa perlunya saling menolong, saling menanggung beban dan
bersatu hati. Dalam sebuah hadith dinyatakan: “Kaum muslimin laksana satu
tubuh.” Seorang yang membunuh orang lain akan dikenakan qisas atau hukum balas
dan tindakan dirinya itu seolah-olah membunuh dirinya sendiri.
Oleh itu, al-Quran mengajarkan kepada kita bahawa tindakan
jahat kepada orang lain sama dengan berbuat jahat kepada diri sendiri dan
kepada sesama manusia, dan bukannya hanya dengan orang yang seagama sahaja atau
yang sebangsa sahaja, atau yang sehaluan fahaman politik. (Lihat Tafsir
al-Maraghi, 3/1170)
Di dalam ayat yang lain, Allah SWT berfirman :
وَإِذَا
جَآءَهُمْ أَمْرٌ مِّنَ ٱلْأَمْنِ
أَوِ ٱلْخَوْفِ أَذَاعُوا۟ بِهِۦ ۖ وَلَوْ
رَدُّوهُ إِلَى ٱلرَّسُولِ وَإِلَىٰٓ
أُو۟لِى ٱلْأَمْرِ مِنْهُمْ لَعَلِمَهُ ٱلَّذِينَ يَسْتَنۢبِطُونَهُۥ مِنْهُمْ
Maksudnya : “Dan apabila datang kepada mereka sesuatu berita
mengenai keamanan atau kecemasan, mereka terus menghebahkannya; padahal kalau
mereka kembalikan sahaja hal itu kepada Rasulullah dan kepada -
"Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) di antara mereka, tentulah
hal itu dapat diketahui oleh orang-orang yang layak mengambil keputusan
mengenainya di antara mereka…”
Surah Al-Nisa’ (83)
Ayat ini adalah berkenaan bantahan dan penolakan terhadap
orang orang yang tergesa-gesa dalam
pelbagai urusan sebelum memastikan kebenaran, lalu dia memberitakannya,
menyiarkannya dan menyebarluaskannya sedangkan terkadang perkara itu tidak
benar. (Lihat Tafsir al-Quran al-‘Azim, 5/360)
Di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa
Nabi SAW bersabda :
وَفِرَّ
مِنْ الْمَجْذُومِ كَمَا تَفِرُّ مِنْ
الْأَسَدِ
Maksudnya: “Larilah daripada penyakit berjangkit seperti
mana kamu lari daripada singa.”
Sahih Al-Bukhari (5707)
Begitu juga ijmak daripada para ulama yang sepakat akan
kaedah :
الضَرَرُ
يُزَالُ
Maksudnya: “Kemudaratan perlu dihilangkan.”
Yang mana termasuk juga di dalam kaedah ini menjauhkan diri
dari tempat-tempat yang dijangkiti virus sebagai langkah menjaga nyawa.
Begitu juga kias kepada larangan Nabi SAW daripada
menghadiri solat jemaah bagi orang yang
memakan bawang putih dan bawang kerana boleh menyebabkan ketidakselesaan kepada
para jemaah. Kalau makanan yang berbau pun Nabi larang untuk hadir menyertai
solat berjemaah apatah lagi mereka yang dijangkiti virus ataupun yang disyaki
menghidapi virus tersebut.
14 Comments
Yang tak faham tu susah nak cakap, bebal bingai dan menyusahkan orang...
ReplyDeleteOrang lagi seirus takut, ehhhhh sesuka plak merayap dan melepak..kimodo betul!
Huhu kan sis! Jgn sampai negara kita kena buat perintah tangkap sesiapa yang ingkar
Deletebaru tahu ada darurat negeri sarawak tu....3 tahun selepas sarawak isytihar masuk malaysia ek..mesti masa tu baru nak bina kesefahaman antara kerajaan negeri dengan persekutuan..
ReplyDeleteteringat masa darurat jerebu dulu, memang takut nak keluar rumah sesuka hati..kenapa la covid-19 ni ada lagi yang tak dengar arahan...dulu boleh la kita cakap "campak aje ke wuhan", tapi sekarang wuhan pun da hampir zero new case, takkan nak campak ke Itali lak ekkk
Thank you share. Tak fahamla diorang ni. Tak reti duk diam2 ke. Kalau kerja sibuk bising nak rehat. Dah suruh kerja dari rumah sibuk gi berjalan plak.
ReplyDeleteNice sharing.. Baru tahu kewujudan istilah-istilah akta semua ni.. Taktahu jugak dulu ada darurat jerebu yang IPU lebih 750 tu.. Haritu IPU 200 pun dah seksa dah..
ReplyDeleteBetul tu, kita rakyat biasa ni disuruh duduk rumah je, bukan disuruh berjuang selamatkan pesakit di hospital tu, itu pun susah nak ikut ish ish..
rakyat malaysia, please perbanyakkan baca info2 terkini, dan ikuti info dari yang sahih sahaja. kita duduk dekat rumah, jaga kebersihan diri
ReplyDeletetu la sis min.. za pun dah penat dah bagi pesanan khidmat rakyat kat dorang ni.. kita guna kan socmed kita utk bagi penerangan kat dorang...tapi kita pulak kena kecam.. amenda la tak paham... ckp elok2 tak nk dgr... hish semoga kita semua dilindungi Allah.
ReplyDeletetak faham betul orang malaysia, ambil mudah..ingat gov bg perintah kawalan pergerakan tu utk bercuti ke..time raya xdpt cuti 14 hari time ni la konon dia nk bercuti..iena and adek smp bergaduh ngan kakak..haha sebab kami larang dia anda anak2 balik rumah mak ..dia degil dia cakap xkn balik rumah mak sndri x blh..dekat je..sakit hati btl dgn org tak faham bahasa ni..
ReplyDeletepada saya koordination kena diperbaiki lagi. silapnya hari tu biarkan student u pulang balik kampung, dan biarkan org ramai berkumpul di balai polis. takpelah mana yng kita boleh perbaiki, kita perbaiki. semoga cepat berakhir situasi ini
ReplyDeleteBagus info nie. Ramai tak cakna benda2 nie mungkin bagi rakyat kita benda nie masih baru. Tapi dh bagi info yg jelas macam nie pon still degil dan xdengar ckp. Grrrrr
ReplyDeleteTak tahu la nak kata camne dah. Rakyat kita ni suka sangat sikap ambik mudah je. Tapi part panic buying tau pulak nak panik bagai. Takut sangat mati kebulur kat umah. Padahal kerajaan masih lagi bagi kelonggaran untuk beli barang keperluan. Dibuatnya total lockdown, tak ke haru .. adesss
ReplyDeleteThanks sharing kak min..bagi yg ego dan rasa diorg kebal tu.lantak diorg lah.malas nak cara dah..
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian..moga yg tak faham n buat bodoh tu cepat2 lah sedar. Jgn sb kan korang kita yg ikut arahan ni terbabit sama susah..haishh pening kepala pikir pasai diorg ni
ReplyDeleteno need to be sorry for a great info. Kesian polis terpaksa pujuk merayu supaya yang kena covid ni pergi hospital. Kenapa la selfish sangat entah
ReplyDelete