Hai korang, semalam aku dah kongsikan tentang Lockdown dan hari ni aku nak kongsikan tentang barang keperluan yang perlu ada saat kita dalam Perintah Kawalan Pergerakan.
Sebelum aku pergi lebih lanjut, aku nak kongsikan dengan korang kisah satu tabiat aku sejak zaman aku muda dulu. Buat pengetahuan korang, sejak zaman muda-muda dulu aku memang tinggal sorang-sorang. Disebabkan aku bekerja jauh dari keluarga dan aku lebih selesa tinggal sorang tanpa berkongsi rumah dengan orang lain maka hampir sedekad juga la aku tinggal rumah bujang sorang-sorang.
Oleh kerana aku ni anak bongsu perempuan, maka family aku kerap berkunjung ke rumah dan kadang-kadang diaorang suka datang secara mengejut. Jadi, disebabkan itu aku suka simpan stock makanan kering banyak-banyak. Hehe..bukan apa, aku pula memang lahir dari keluarga yang terdidik walau macam mana keadaan pun sekiranya ada tetamu datang wajib untuk menjamu tetamu. Dek kerana itu aku suka la simpan stock biskut dan makanan supaya bila ada orang datang rumah tak ada la aku hidang air kosong je.
Bila dah lama-lama, apa yang aku praktikkan ni mula menjadi satu tabiat pulak. Sebab tu walaupun tinggal berdua je dengan suami tapi stock makanan kami macam ada anak 5-6 orang. Kadang aku bukan beli sekaligus pun, aku beli sikit-sikit. Lagipun aku rasa agak praktikal untuk menyimpan stock makanan sebab maklum la kadang hujung bulan poket agak kering..hehe..Jadi, untuk entry kali ni suka aku nak kongsikan dengan korang apa benda barang keperluan asas yang wajib korang simpan di rumah.
Barangan Keperluan Asas Yang Wajib Ada di Setiap Rumah
Berikut adalah senarai beberapa barang keperluan asas yang wajib :
❶ Beras
❷ Garam
❸ Gula
❹ Tepung
❺ Sardin
❻ Mee Segera
❼ Telur
Saja aku senaraikan 7 barang di atas sebab pada aku itu la barang paling asas yang mesti ada di setiap rumah. Maksud aku barang ni kalau boleh jangan la putus sebab kita tak tau saat bila kita akan diuji dengan sakit pening dan sebagainya. Macam aku, barang lain yang aku akan simpan stock ialah :
√ Biskut
√ Milo
√ Kopi
Itu yang memang wajib aku ada la. Biskut tu bukan apa..sebab aku sejenis yang ada gastrik jadi kot la malam-malam tetibe lapar atleast ada benda nak makan.
Tu je la aku rasa yang paling asas dan yang paling wajib ada di setiap rumah. Kalau macam aku, aku memang sejenis suka simpan stock. Jadi macam-macam stock aku simpan. Kat rumah aku ni ada sebuah peti sejuk yang dah rosak dan aku jadikan peti tu sebagai tempat simpanan stock barangan kering aku. Disebabkan aku suka memasak jadi segala barang kelengkapan memasak termasuk rempah ratus pun aku jadikan stock.
Apa pun suka aku nak ingatkan, walaupun korang beli barang untuk buat stock..PASTIKAN KORANG TIDAK MEMBAZIR! Jangan beli barang yang tak perlu dan pastikan korang sentiasa memeriksa tarikh luput supaya korang tak membuat pembaziran ye!
Hentikan Pembelian Panik
Kenapa aku rasa menyimpan stock makanan ni penting? Macam yang aku bagitahu di atas, apabila ada stock makanan ni sekurang-kurangnya bila ada tetamu datang secara mengejut..kita tak panik sebab dah ada makanan yang nak dihidangkan.
Selain tu, saat kita sakit pening pun sangat membantu tau! Ye la..bila sakit dan tak larat keluar, stock simpanan makanan ni la yang akan membantu kita..ada je benda yang kita boleh makan. Dan lagi satu, kita tak akan menjangkakan sesuatu akan berlaku contohnya seperti yang berlaku di negara kita sekarang iaitu Perintah Kawalan Pergerakan telah diumumkan. Bila dah semua keperluan lengkap di rumah tak perlulah kita membuat pembelian secara panik.
Lagipun pembelian secara panik hanya membawa kepada lebih banyak keburukan je. Misalnya, tengah-tengah berasak kita tak sedar yang kita berasak sama dengan mereka yang terjangkiti..huhu..Nauzubillah.
Kerajaan pun dah bagi jaminan yang barangan keperluan mencukupi.
Aku harap perkongsian aku ini bermanfaat untuk semua. Tak perlu nak beli barang bertroli-troli, memadai beli barang keperluan asas. Cam aku, antara lain yang sentiasa aku pastikan ada ialah barangan di bilik mandi semestinya.
3 Comments
Nice sharing :)
ReplyDeletebarangan asas memang penting. lagi2 beras. tp yang borong roti sampai berbundle2 tu apasal la.
ReplyDeletebetul tu kak min.. penting sentiasa ada stok makanan kat rumah
ReplyDelete