16 Mac 2020 Perdana Menteri Malaysia telah membuat satu perutusan rasmi tentang keadaan semasa wabak Covid-19 yang sedang melanda negara kita sehingga pengumuman tentang Perintah Kawalan Pergerakan terpaksa dibuat.
Tapi, sejauh manakah korang faham tentang LOCKDOWN? Apa yang korang bayangkan apabila pengumuman lockdown dibuat? Jom kita sama-sama ambil tahu tentang apa yang dimaksudkan dengan Lockdown (Perintah Berkurung) dan apakah perbezaannya dengan Perintah Kawalan Pergerakan (Restricted Movement Order).
Fahami Maksud Sebenar Lockdown
Aku pasti ramai yang panik bila dengar negara akan di lockdown. Tapi, seriously guys..jangan panik. Perintah Kawalan Pergerakan (Restricted Movement Order) tak sama macam Perintah Berkurung (Lockdown). Menurut Kamus Cambrige, Lockdown bermaksud :
Atau dalam bahasa Melayunya bermaksud larangan keluar masuk ke sesuatu bangunan atau kawasan secara bebas atas sebab kecemasan. Atauuuu..bahasa lebih mudahnya ialah Perintah Berkurung. Macam yang aku terangkan sedikit di atas, perintah kawalan pergerakan tak sama macam perintah berkurung dimana ketika perintah kawalan pergerakan dijalankan cuma pergerakan dibataskan seperti aktiviti keluar masuk negara, perhimpunan besar dan sebagainya.
Tapi apa pun sebenarnya kalo korang betul-betul faham, ini adalah Lockdown secara halus atau boleh juga dipanggil sebagai partial lockdown. Ianya berbeza dengan curfew atau istilah darurat yang korang bayangkan kalau nak keluar pun diiring tentera bagai tu.. So, chill la korang..huhu..jangan berdebat sangat bab istilah, yang penting kita sama-sama dengar arahan yang dikeluarkan.
Tapi apa pun sebenarnya kalo korang betul-betul faham, ini adalah Lockdown secara halus atau boleh juga dipanggil sebagai partial lockdown. Ianya berbeza dengan curfew atau istilah darurat yang korang bayangkan kalau nak keluar pun diiring tentera bagai tu.. So, chill la korang..huhu..jangan berdebat sangat bab istilah, yang penting kita sama-sama dengar arahan yang dikeluarkan.
Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan ini bermula 18 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020. Perintah kawalan ini dibuat di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967. Perintah Kawalan Pergerakan ini meliputi :
1.
1.
|
Larangan
menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh Negara termasuk
aktiviti keagamaan, sukan, social dan budaya. Untuk menguatkuasakan larangan
ini, semua rumah ibadat dan premis perniagaan hendaklah ditutup, kecuali
pasaraya, pasar awam, kedai runcit dan kedai serbaneka yang menjual barangan
keperluan harian.
Khusus untuk umat Islam, penangguhan semua aktiviti keagamaan di masjid dan surau termasuk Solat Jumaat adalah selaras dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa
Muzakarah Khas yang telah bersidang pada 15 Mac 2020.
|
2.
|
Sekatan
menyeluruh semua perjalanan rakyat Malaysia ke luar Negara. Bagi yang baru
pulang dari luar Negara, mereka dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan
dan melakukan kuarantin secara sukarela selama 14 hari.
|
3.
|
Sekatan kemasukan semua pelancong dan pelawat asing ke dalam Negara.
|
4.
|
Penutupan semua taska, sekolah kerajaan dan swasta
termasuk sekolah harian, sekolah berasrama penuh, sekolah antarabangsa, pusat
tahfiz dan lain-lain institusi pendidikan rendah, menengah dan
pra-universiti.
|
5.
|
Penutupan semua IPT awam dan swasta serta latihan kemahiran di
seluruh Negara
|
6.
|
Penutupan semua premis kerajan dan swasta kecuali yang terlibat dengan
perkhidmatan penting Negara (atau essential services) iaitu air, elektrik, tenaga, telekomunikasi,
pos, pengangkutan, pengairan, minyak, gas, bahan api, pelincir, penyiaran,
kewangan, perbankan, kesihatan, farmasi, bomba, penjara, pelabuhan, lapangan
terbang, keselamatan, pertahanan, pembersihan, peruncitan dan bekalan
makanan.
|
Bila dah baca Perintah Kawalan Pergerakan di atas, cuba korang perhatikan di kotak pertama yang berbunyi kecuali pasaraya, pasar awam, kedai runcit dan kedai serbaneka yang menjual barangan keperluan harian. Maksudnya kita masih lagi boleh keluar membeli barangan keperluan, jadi janganlah panik dan buat pembelian panik.
Aku harap, dengan sedikit penerangan aku ini dapat menenangkan ramai pihak di luar sana. Apa yang perlu kita buat sekarang adalah patuh pada arahan dan jaga keselamatan dan kesihatan kita sekeluarga. Amalkan kebersihan dan ambil langkah-langkah keselamatan sebelum keluar rumah.
Last but not least, jom amalkan pembersihan tangan yang betul dan kerap. Moga kita semua dilindungi Allah dari segala wabak penyakit berbahaya.
3 Comments
Wow terima kasih informasi yang sangat bagus... tapi boleh tak saudari berkongsi tentang peringkat2 sebelum berlakunya darurat? Contoh nya dari sekatan perjalanan ke lockdown terus ke darurat atau ada peringkat lain?
ReplyDeleteMaaf saya tak arif bab tu tapi mungkin encik boleh baca artikel saya yg seterusnya mengenai akta ye.. https://www.bebelancikmin.com/2020/03/fahami-bagaimana-perintah-berkurung-di.html?m=1
Deletetapi pening kak, kecoh seronok nak fully lockdown sangat kat socmed - macam nak beraya tau.. huh !!
ReplyDelete