Sejauh mana kita mengambil berat tentang tahap kesihatan mental kita? Mengikut statistik kesihatan mental di Malaysia, terdapat kira-kira 1 daripada 3 penduduk Malaysia menghidapi penyakit mental dengan usia seawal 16 tahun dan 65% daripadanya adalah wanita.
Prihatin dengan masalah tersebut, SofeaRose sebuah jenama butik terkenal telah menganjurkan program kerja sosial (CSR) dengan membawa beberapa panel jemputan ke Kempen Kesihatan Mental. Panel jemputan tersebut telah bergandingan dalam Forum Mini Kesihatan Mental : Dari Perspektif Islam dan Kesihatan.
Menariknya lagi, acara ini dibawakan sempena sambutan Hari Wanita Sedunia yang disambut pada 8 Mac setiap tahun. Menurut Pengarah Kreatif SofeaRose, Farrah Aina Sofian Sauri
" Ya, kami sedar dan perlu bantu. Sepertimana yang umum tahu, masalah mental kini semakin berada di tahap yang begitu membimbangkan. Jika dahulu, ia mungkin dikaitkan dengan keturunan, tetapi pada hari ini, penyakit ini semakin menular di kalangan masyarakat dunia dengan bilangan yang meningkat secara mendadak.Besar harapan kami agar penganjuran program sehari ini sedikit sebanyak dapat memberi impak positif kepada masyarakat umumnya dan kaum wanita khasnya. Saya percaya, jika kami tidak mengambil endah akan tanggungjawab ini dengan bantuan kuasa media khusunya, masyarakat kita akan terus tenat dan lemas tanpa bantuan."
Buat pengetahuan, ini bukanlah kali pertama SofeaRose menganjurkan program CSR. Terdahulu, SofeaRose menjalinkan kerjasama bersama Majlis Kanser Negara, MAKNA dalam menjayakan Pinktober Day sempena Hari Kanser Sedunia yang disambut secara global.
Ustaz Don Daniyal Don Biyajid & Isteri Antara Panel Jemputan
Dengan tajuk 'Kesihatan Mental : Dari Perspektif Islam dan Kesihatan', panel jemputan untuk program CSR kali ini adalah Ustaz Don Daniyal Don Biyajid dan isteri, Dr. Husna Zahry serta rakan NGO, BefriendersKL.
Aku agak tertarik dengan sedikit penerangan dari BefriendersKL tentang langkah untuk mencegah pesakit dari bunuh diri. Menurut mereka, terdapat 5 langkah yang dapat membantu iaitu :
- Tanya dan jangan mengadili
- Tanya jika mereka pernah fikirkan cara untuk melakukannya (bunuh diri)
- Sentiasa ada untuk mereka
- Dapatkan bantuan untuk mereka seperti menghubungi pihak Befrienders
- Follow up
Menurut Ustaz Don Daniyal pula, sebagai umat Islam kita sebenarnya telah diajar untuk membaca beberapa doa. Antara doa yang patut diamalkan ialah :
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ البَرَصِ، وَالْجُنُونِ، وَالْجُذَامِ، وَمِنْ سَيِّئِ الْأَسْقَامِ
(Ya Allah aku berlindung dengan-Mu daripada penyakit sopak[1], gila, kusta[2] dan penyakit-penyakit yang buruk)”.” [Riwayat Abu Daud (1554)] [Menurut Syeikh Syuaib al-Arna’outh sanad hadith ini adalah sahih]
Apa pun tahniah buat SofeaRose kerana telah membawakan program sebegini sebagai program kesedaran untuk rakyat. Tahniah juga buat SofeaRose yang telah memasuki tahun ke-6 dan telah melebarkan sayap melalui pembukaan outlet terbaru mereka di Central i-City Shah Alam dan Kota Bharu.
Oh! ye..bagi korang yang ingin dapatkan koleksi baju raya, SofeaRose dah mula memperkenalkan koleksi baju raya mereka ye!
Untuk maklumat lanjut mengenai SofeaRose, boleh layari :
Laman Web : https://www.sofearose.com/
Facebook : https://web.facebook.com/sofearose.my
Instagram : https://www.instagram.com/sofearose_hq/
Twitter : https://twitter.com/sofearose_hq
13 Comments
Risau kan tekanan mental ni. Dengan depression, anxiety. Allahu 😭
ReplyDeleteTekanan mental tu disebabkan banyak faktor. Takut ohhh sebab muka nampak normal tapi sebenarnya ada tekanan mental. Saya suka tudung sofea rose. Ada satu kat Bangi. Memang ada koleksi Sofea Rose. Tudungnya cantik!.
ReplyDeleteWow!!!!!! Good programme Sofea Rose organised. Semoga Cik Min kelihatan cantik berserk in the baju raya.
ReplyDeletebaju dan tudung di sofearose memang cantik dan harga pun not bad, bagusnya berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan, at least dalam menyelami mereka yang alami masalah depresion
ReplyDeleteaida x pernah tgk lagi produk sofearose ni.
ReplyDeletelagipun, jarang beli baju butik2 ni :)
oh itu dia wife ustaz don. simple. kasual. i like :)
suka dengan perkongsian yang disampaikan. agak menarik terutama bagaimana kita atasi masalah depresi tu...mmg best
ReplyDeleteMental health nie bahaya sangat sebab ianya dalam diam dan tanpa simptom yang ketara. Tu sebabnya penting kita sedar akan perubahan para sahabat kita - mana tahu jika kita sebenarnya membantu mereka menangani masalah dalaman mereka
ReplyDeleteBagus ya Sofearose ni buat CSR macam ni siap panggil ustaz Don lagi. Campaign macam ni lah kadang ramai tak sedar pentingnya terhadap segelintir masyarakat yang memerlukan
ReplyDeleteMasalah mental ada penyakit kedua tertinggi di Malaysia selepas kanser hurmmm cara hidup tu yang penting kena jaga jangan terlalu stress sangat heheeh sebab tu kita selalu pergi event-event ni hehehehe
ReplyDeletePesakit Depresi tinggi sekarang ni kannn.. TV pun dah kerap beri pendedahan pasal ni. Bagus inisiatif Sofea Rose ni. Moga banyak lagi company lain turut sama kempen CSR sebegini
ReplyDeleteprogram yang sangat bermanfaat. sekarang ni ramai yang stress dan tertekan akibat pelbagai perkara. memang kena jaga kesihatan mental sebaiknya. :)
ReplyDeleteLately ni masalah kesihatan mental semakin mendapat perhatian dalam kalangan masyarakat. Bagus juga perkongsian sebegini
ReplyDeleteya axienty mg wujud dan ramai yg ada rupa2 nya. menarik topik ni. teruskan berkongsi ya.
ReplyDelete