MinNature Malaysia Tarikan Terbaru Wajib di Kunjungi di Kuala Lumpur

Sekejap je masa berlalu tak lama lagi dah nak bermula cuti sekolah. Aku faham, memandangkan sekarang dunia tengah dilanda dengan wabak Covid-19 jadi banyak aktiviti kita terpaksa dihadkan termasuk perancangan untuk bercuti ke luar negara.

Tapi jangan bimbang, aku nak kongsikan 1 tempat menarik yang korang boleh bawa anak-anak korang sepanjang musim cuti sekolah yang bakal berlangsung 13 Mac 2020 ni nanti. Tak jauh pun tempatnya, cuma di Sungei Wang Plaza je. Tempat yang aku maksudkan ialah Minnature Malaysia yang mempamerkan hasil-hasil kerja kreatif dalam bentuk miniature.



Minnature Malaysia ~ Mini Stories of Malaysia

Aku berkesempatan untuk menghadiri Majlis Pembukaan (Grand Opening) Minnature Malaysia pada 3 Mac yang lalu. Berkesempatan untuk meninjau Galeri Minnature Malaysia ni membuat hati rasa sangat kagum dengan hasil kerja mereka yang sangat halus.

Pengarah projeknya, Wan Cheng Huat berkata, pembukaan rasmi MinNature Malaysia awal tahun 2020 tepat pada masanya; sempena dengan Tahun Melawat Malaysia 2020.

“Pengunjung akan mendapatkan gambaran keindahan dan kepelbagaian budaya dan warisan Malaysia” katanya.


Terletak di Tingkat 1, pengunjung akan dapat melihat lebih daripada 100 bangunan warisan dan ikonik dan lebih daripada 10,000 miniatur yang telah dimasukkan ke dalam pameran seluas 13,000 kaki persegi.

Beliau menjelaskan pameran ini akan memberikan pelbagai maklumat serta cerita yang menarik; ia bagaikan membaca satu buku 3 dimensi.

"Ia seperti pulang ke Malaysia, dan melihat begitu banyak tempat yang indah untuk dikunjungi, dan dengan maklumat yang disediakan, anda boleh merancang perjalanan cuti masa depan anda di sana," kata Wan.
Sebelum ini, terletak di Summit USJ, Subang Jaya, Wan berkata pemindahan MinNature Malaysia ke JUMPA @ Sungei Wang Plaza merupakan satu langkah yang strategik dan juga sinergi yang baik dengan inisiatif penjenamaan pusat membeli-belah ini.

"Kami menjangkakan kira-kira 100,000 pengunjung untuk tahun ini kerana kami berada di lokasi yang strategik," katanya. Pameran ini adalah satu-satu di Malaysia dan pengalaman yang benar-benar unik.

Kisah Bagaimana Idea MinNature Dibangunkan

Pada tahun 2008, pengasas MinNature, Wan Cheng Huat, mendapat satu idea untuk membina satu dunia mini; satu tempat untuk melepaskan diri dari kehidupan reality, satu tempat di mana imaginasinya tidak tahu batasnya. Akan tetapi, ini adalah satu cabaran yang agak besar sekali sebab beliau tidak memiliki apa-apa pengalaman dalam bidang seni kraf diorama atau miniatur.

Beliau hanya pakar memecah barang-barang; tidak pernah beliau terfikir bahawa kedua-dua tangannya akan digunakan untuk menghasilkan benda yang kecil dan sehalus yang terjumpa di sini. Beliau mula berkongsi idea dengan kawan rapatnya, Nicholas Ong, dan mereka berdua mula mengembangkan idea tersebut serta cuba mencari dana untuk membiayai projek ini. 


5 tahun berlalu dalam sekelip mata dan mereka masih belum dapat apa-apa sokongan kewangan. Mereka mula menyedari  bahawa impian ini mungkin sesuatu yang mustahil untuk dicapai.

Wan dan Ong telah mengambil masa untuk menganalisa serta membuat strategi baru demi menjayakan impian. Mereka mula mencari rakan-rakan rapat untuk berkongsi akan keunikan projek sebegini untuk membina satu dunia mini bagi semua untuk menikmatinya. Satu langkah demi satu langkah mereka dapatkan dana mereka dan dalam tempoh tiga bulan, mereka Berjaya mengumpul kesemua dana yang diperlukan. Pasukan berdua ini tidak ada lagi, sekarang termuncul rakan sepasukan yang terdiri daripada Chan Chee Wing, Loong Yik Hoe, Benjamin Wan dan Ong Kian Ming. Mereka mengambil lebih kurang 1 ½ tahun untuk belajar pemodelan 3D dan pencetakan 3D. 

Apa yang menjadikan proses ini lebih rumit adalah mereka tidak ada apa-apa pengalaman
dalam pemodelan 3D atau pencetakan 3D, mereka terpaksa belajar dari yang asas sampai ke tahap pakar semasa proses pembuatan model-model mini. Mereka mencatat lebih daripada 8,000 jam pemodelan 3D dan lebih daripada 113,400 jam dalam percetakan 3D. Mereka memiliki 10 pencetak 3D bersaiz kecil yang ditempatkan dalam satu bilik kecil seluas 60 kaki persegi.


Permulaan MinNature

Lokasi pertama MinNature adalah di Summit USJ dengan keluasan melebihi 17,000 kaki persegi. Pembinaan MinNature mengambil masa 8 bulan dengan lebih 80 orang untuk siap. Terdapat pelbagai aktiviti yang interaktif dan menarik untuk pengunjung-penunjung MinNature. Salah satu tarikan utama di MinNature adalah “centerpiece” Dataran Merdeka. Ia mempamerkan semua bangunan warisan yang mengelilingi tapak bersejarah ini. Bangunan-bangunan dan jalan-jalan telah dinyalakan, terdapat bunyi-bunyi dimainkan di latar belakang seolah-olah anda berada di bandar sebenar, jalan kakinya dipenuhi dengan model-model manusia mini; ia seolah-olah anda menjadi Gulliver dan menyaksikan dunia orang Lilliputian.

Gambar Ihsan : Google


Permulaan MinNature Malaysia

Sekelip mata 3 tahun berlalu dan MinNature ingin sambung perjalanan ini. Tapak lokasi baru MinNature adalah di JUMPA@Sungei Wang dan konsep lama pameran miniature telahpun berkembang untuk menjadi konsep galeri  warisan miniature Malaysia; dan ini menandakan kelahiran MinNature Malaysia. Perancangan MinNature Malaysia diilhamkan dari “centerpiece” Dataran Merdeka.

Konsep Minnature Malaysia berevolusi untuk memberi lebih tumpuan kepada keindahan budaya, sejarah dan warisan Malaysia. Ia akan mengambil masa seumur hidup untuk mengenali dan mengalami semua pengalaman yang menarik di Malaysia. Malaysia sangat kaya dengan sejarah, budaya dan warisan. Setiap model mini, yang kami bina atau hasilkan, mempunyai satu cerita pendek yang diselitkan bersama-samanya.




Pembinaan fasa 1 dan 2 MinNature Malaysia mengambil masa 18 bulan. “Masterbuilder” Janice Chin, Tan Hon Sen, Ng Jef Fre dan Brian Tan terlibat dalam pembinaan semua struktur di tapak MinNature dan pemasangan model-model mini. Selain daripada “Masterbuilder” di atas, terdapat lebih daripada 30 karyawan mini antarabangsa yang terlibat dengan projek ini; 6 dari Malaysia, 4 dari Indonesia, 1 dari Singapura, 2 dari Negara Thai dan 18 dari Negara Cina. Setiap karyawan mempunyai kepakarannya tersendiri; daripada menghasilkan model-model manusia mini ke penghasilan model keretapi ke pembuatan pokok-pokok miniatur. Karyawan-karyawan MinNature Malaysia memberikan ketelitian terbaik.

Bayangkan, bukan mudah ye nak buat bentuk dari sekecil-kecil benda hingga ke besar-besar benda dalam bentuk mini. Memang memerlukan kesabaran yang tinggi dan penghargaan ini patut diterima oleh team Minnature Malaysia seramai lebih 30 orang yang datang bukan sahaja dari Malaysia malah Singapura, Indonesia, Thailand dan China dalam menyiapkan miniature ini.

Menariknya lagi, galeri ini dibahagikan kepada 4 seksyen yang mempamerkan hasil kerja yang berlainan iaitu :


  • Taste of Malaysia

Bahagian pertama MinNature Malaysia baru ialah koleksi Rasa Malaysia. Di sini, kami akan memaparkan makanan- makanan lazat Malaysia dalam bentuk miniatur. Bahagian baru seterusnya adalah Mini Di Dalam Dinding Kaca. Konsep ini memberi pengunjung peluang untuk menyaksikan diorama-diorama di dalam akuarium. Diorama-diorama ini menggambarkan suasana-suasana berbeza; dari suasana kampung ke suasana bandar ke suasana gua.

Seksyen pertama yang akan ditemui pengunjung ialah "Taste of Malaysia" di mana para pengunjung akan dipersembahkan dengan pelbagai hidangan yang terdapat di Malaysia seperti satay, kuih muih, lok lok dan sebagainya. 

Paling mengagumkan aku ialah hasil seni diaorang sangat halus ye. Bayangkan macam mana mereka boleh membuat mini warung satay beserta satay, nasi himpit,timun dan segalanya la yang memang nampak macam sangat real.


Bukan satay je, malah ada kacang putih, kuih muih, lok-lok dan semua yang yang berkaitan dengan makanan yang ada di Malaysia.





  • Minis in the Glass Wall

Untuk seksyen seterusnya para pengunjung akan dipamerkan dengan satu diorama di dalam sebuah kotak kaca yang besar. Di dalam itu diceritakan tentang bagaimana kehidupan masyarakat kita seharian.




  • The People of Malaysia

Bahagian seterusnya adalah koleksi untuk mempamerkan semua rakyat Malaysia dalam pakaian tradisi mereka yang dikenali sebagai “Rakyat Malaysia Dalam Pakaian Tradisi”. Bahagian terakhir ialah bahagian Seni Bina dan Bangunan Warisan Malaysia. Di sini, pengunjung akan dapat menyaksikan kebanyakan bangunan warisan terkenal dan mercu tanda ikonik dari semua negeri-negeri Malaysia. Tiada gambar atau video yang benar-benar dapat melafazkan perasaan dan pengalaman ketika berjalan melalui MinNature Malaysia; anda perlu melihatnya dengan sendiri.

 Seksyen ini pula mempamerkan tentang etnik-etnik yang ada di Malaysia. Memandangkan Malaysia sememangnya kaya dengan pelbagai kaum dan budaya, di seksyen ini para pengunjung akan melihat sendiri bagaimana pakaian masyarakat berbilang kaum yang ada di negara kita.

  • Heritage Architecture

Seksyen yang ke-4 ini adalah seksyen yang terbesar sekali dimana di sini pengunjung dipamerkan dengan hasil tangan yang memperlihatkan bangunan-bangunan yang ada di Malaysia termasuk Dataran Merdeka, Menara Condong dan bangunan-bangunan bersejarah yang terdapat di setiap negeri di Malaysia.





Harga Tiket, Waktu Beroperasi Dan Details Galeri

There will be Preview "Pre-Opening" Promotional Ticket Prices from 29th February 2020 to 13th March 2020.


Adult: RM15 (Normal price: RM25)
Child from 4-12 years old: RM10 (Normal price: RM20)
Child below 4 years old is free of charge.



Address:
MinNature Malaysia
Jumpa @ Sungei Wang Plaza
MUF-1, Level 1

Tel: 6011-1009 9374

Opening hours: Daily 10am to 10pm (last entry 8.30pm)



Post a Comment

14 Comments

  1. Menarik sangat. And rasa kagum diaorang buat benda kreatif.mcm tu

    ReplyDelete
  2. Tarikan terbaru Malaysia. Cantik dan comel sangat. Yang penting orang yang buat miniature ni mesti tabah betul.

    ReplyDelete
  3. Dah lama tak pergi sg wang.. Tempat dating ni.. Hahaha.. Nanti klu gi sg wang, boleh try Miniature ni..

    ReplyDelete
  4. Za selalu kagum dgn bakat org yg buat miniature ni.. memerlukan bakat dan kesabaran tinggi nak buat ... 1 item kecik pun amek masa berjam2 nak nmpk sempurna . apatah lagi kalau byk mcmni.. suka sgt...nnt bole bawak anak tgk la...

    ReplyDelete
  5. Henat la.seni miniature ni.. liez dulu ada belajar buat miniture masa belajar architecture dulu.. mmg kena teliti dan fokus.. boleh la pergi ajak anak2 tengok nnt

    ReplyDelete
  6. They are so wonderfully crafted. It showcased our agriculture perfectly. Thank you for sharing :)

    ReplyDelete
  7. uh? nampak macam real sungguh la yang makanan tu kak min... kalau direka besar macam makanan real, gandingkan dengan satay real agaknya boleh salah pilih yang tak real. hahaha...

    ReplyDelete
  8. Cantikkan mereka kreatif buat kecil-kecil macam tu huhuhuh buat stall dan juga makanan tradisional memang payang rugi tak datang sini dekat Sungei Wang Bukit Bintang jer..

    ReplyDelete
  9. okay, lepas baca artikel kak min ni terus rasa nak pergi. nnti nak bawak girlpren dtg sinilah :)

    ReplyDelete
  10. Menariknya! Macam nak pergi tgk jugak je. Iza suka tgk benda kecik-kecik macam ni. Bukan senang nak buat especially nak buat details and dorang ni buat cantik!

    ReplyDelete
  11. Hr tu dah masuk..tapi belum siap sepenuhnya. Now tgok bertambah cantikk..nanti nk pergi lagi lah,.suka tgok hari kerja tangan diorg, bukan senang nk buat benda kecik2 ni

    ReplyDelete
  12. best juga ni, tiket pun takla mahal sangat. boleh bawa anak2 nanti lps isu covid

    ReplyDelete
  13. Menariknya icon2 kat MinNature nie.. geram tgk.. kecil2 tapi cukup sempurna pembuatannya..

    ReplyDelete
  14. eh dah buka ye.. cantiknya bandar kecik ni. rasa macam dinasor tengok semua small2 je

    ReplyDelete