Resipi Sausage Bread Roll

Hari ni saja aku nak berkongsikan resipi ringkas untuk korang sajikan minum petang buat keluarga. Aku faham, dalam keadaan negara sedang menghadapi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni masa memang sepenuhnya bersama keluarga.


Namun, tak semua yang memahami tentang langkah PKP ni misalnya bagi mereka yang mempunyai anak yang autism agak sukar untuk fahamkan mereka bahawa kita tidak dibenarkan keluar bagi membendung wabak Covid-19 dari terus merebak. Begitu juga buat mereka yang ada anak kecil yang sentiasa merengek nak ajak keluar.

Jadi, aku rasa cara yang paling baik untuk pujuk anak-anak adalah dengan menyediakan makanan buat mereka. Jangan salah faham, aktiviti memasak ringkas ni sebenarnya boleh dilakukan bersama anak-anak bagi mengurangkan bosan mereka sambil boleh mengajar mereka untuk berdikari juga.

Resipi Sausage Bread Roll

Bahan-bahan :

  • Roti
  • Sausage
  • Telur
  • Sedikit minyak untuk menggoreng
  • Sedikit lada sulah sebagai perasa
Telur dipukul dan diperasakan dengan sedikit lada sulah

Cara Memasak :

  • Pecahkan telur di dalam sebuah piring
  • Masukkan lada sulah
  • Pukul rata dan ketepikan
  • Lenyekkan roti menggunakan pelenyek/pencanai bagi memudahkan roti digulung
  • Letakkan sausage ke atas roti dan gulung
  • Celup roti yang digulung dengan sausage kedalam telur yang dipukul sebentar tadi
  • Goreng sebentar bersama minyak yang sedikit
  • Sedia untuk dihidangkan.
Lenyekkan sedikit roti menggunakan kayu pencanai

Celup roti yang digulung bersama sausage ke dalam telur yang dipukul sebentar tadi

Goreng bersama sedikit minyak
Aku sediakan video juga jika korang nak lebih faham..hehe..


Post a Comment

13 Comments

  1. Senangkan, dulu masa anak sekolah, inilah yang selalu kita buat, kemudian salut dengan apa tu yang oren-oren tu, alahai lupa namanya ahahhaa

    ReplyDelete
  2. sepanjang tempoh PKP ni memang hari-hari cari resepi haha. thanks kak min share resepi, boleh la isi masa dengan memasak kiki

    ReplyDelete
  3. Sesiapa yang suka sosej boleh la cuba. Sis tak makan sosej huhu

    ReplyDelete
  4. mudah je resepi ni. thank you share, nanti kita boleh try buat sarapan

    ReplyDelete
  5. Baiklah Cik Min. I will buat esok untuk minum petang - tapi sayang nak gunakan my Gardenia sebab susah nak dapat kan hehe

    ReplyDelete
  6. Musim berkurung ni buat resipi apa pun semua mesti sedap dan menyelerakan heheheh kita nak cuba tapi tu lah stok roti lak habis sekarang ni hurmm mana nak dapat ni hehehe

    ReplyDelete
  7. wah sedapnyaa..boleh lah iena buat nty :D

    ReplyDelete
  8. saya selalu gak buat gini. kadang tukar2 dengan sardin kan. sedap

    ReplyDelete
  9. Senang aje kan. Saya pun selalu buat. Sebab anak-anak memang suka. Letak cheese la, chicken ham la. Tak cukup sosej semata-mata. Hehehe

    ReplyDelete
  10. dulu sekolah suka beli benda ni... sekarang dah macam tak kisah tapi time MCO ni lah tiba-tiba rasa nak buat.. adududududddddd

    ReplyDelete
  11. Mudah, sedap & kenyang! Saya pun baru buat ni semalam. Nasib bail godek2 dalam almari jumpa pulak breadcrumb, terus smgt nak buat roti sausage ni!

    ReplyDelete
  12. duduk rumah ni macam-macam resipi nak di try nya hahaha

    ReplyDelete
  13. resepi yang mudah dan selalu zul buat waktu belajar dulu, letak cheese memang sedapp. sekarang ni susah nak dapatkan roti gardenia.

    ReplyDelete