Sedar tak sedar kita dah masuk fasa ke-3 di dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk memerangi Covid-19. Secara jujur, sesuatu yang tak terjangkau dek akal bila kita semua boleh menghabiskan masa sebulan di rumah tanpa aktiviti keluar rumah dan bebas seperti dulu.
Bagi aku sendiri, sukar sebenarnya menghabiskan masa di rumah tanpa internet. Aku pasti semua pun begitu, namun pastikan kita tidak membazir dan pilihlah pelan internet yang paling menjimatkan. Disebabkan itulah aku begitu tertarik dengan Yoodo.
Yoodo? Apa Itu Yoodo?
Bagi mereka yang kali pertama mendengar perkataan Yoodo,
Yoodo adalah perkhidmatan mudah alih digital bebas yang dimiliki dan
dikendalikan oleh Celcom Axiata Berhad. Ia menawarkan perkhidmatan mudah alih
pertama yang benar-benar disesuaikan di negara ini dengan ketelusan,
fleksibiliti dan kemudahan pelanggan sepenuhnya.
Pendek kata, ia adalah perkhidmatan yang sangat diperlukan
di Malaysia dengan menggunakan line Celcom sepenuhnya.
Kekal Berhubung Dengan Pelan Menarik Yoodo
Kekal Berhubung Dengan Pelan Menarik YoodoYoodo baru-baru ini mengumumkan barisan inovasi produk baru
yang menarik sebagai sebahagian daripada perayaan ulang tahun ke-2 mereka.
Sempena ulang tahun ke-2 itu , mereka juga mengumumkan pelbagai promosi dan
tawaran baru dalam tempoh PKP. Produk, promo dan tawaran baru ini telah banyak
membantu rakyat Malaysia melalui tempoh sukar ini.
Menurut Head of Yoodo iaitu Mr. Chow Tuck Mun "Kami memahami bahawa ini adalah masa-masa sukar bagi
semua rakyat Malaysia, dan kami ingin melakukan semua yang kami mampu untuk
membantu pengguna kami,"
"Sama ada
terus berhubung dengan orang tersayang, mengikuti berita terkini atau hanya
menikmati permainan, muzik atau video kegemaran anda dalam talian, Yoodo ingin
memberi peluang kepada pengguna kami untuk tetap selamat di rumah dan pada masa
yang sama untuk terus berhubung. "
"Inovasi produk terbaru kami ditambah dengan promosi
dan tawaran semasa menjadikan Yoodo sebagai telco terbaik untuk digunakan dalam
jangka masa yang belum pernah terjadi sebelumnya untuk negara dan masyarakat
kita," tambah Tuck Mun.
Untuk tempoh yang sukar ini, Yoodo cuba merawat kedukaan
penduduk Malaysia dengan memperkenalkan ;
- Renew Anytime
Satu ciri baru yang menjadikan Yoodo satu-satunya telco di
Malaysia yang membolehkan pengguna menyesuaikan sepenuhnya data, suara dan SMS
rancangan mudah alih mereka di mana sahaja dan pada bila-bila masa tanpa perlu
menyelesaikan kitaran bulan penuh.
- Power Pass
Data fleksibel yang menawarkan 100GB data selama 60 minit
dengan harga RM2. Yoodo turut melancarkan data tambahan baru untuk TikTok, Viu
dan Call of Duty Mobile. Wahhh..memang asyik la aku nak terus aktif di TikTok
dan habiskan drama bersiri yang viral sekarang iaitu World of Married Couple tu hahaha..
Bukan tu je, untuk masa terdekat ni Yoodo turut akan
memberi tambahan buat Mobile Legends:Big Bang. Wah..sakan la korang yang gamers
tu.
Untuk memberi penghargaan kepada pengguna Yoodo atas
kesetiaan mereka, Yoodo telah melancarkan Yoodo Rewards. Pelanggan yang telah
membeli sebanyak 10 Tambahan akan mendapat 1 percuma dan mereka yang telah
membeli pas Roam Like Home bernilai 10 hari akan mendapat 1 hari tambahan
percuma.
Promosi & Tawaran
Berita baik untuk semua, Yoodo juga telah membawa kembali 20GB atas permintaan ramai dengan hanya RM20. Promo ini
membolehkan pengguna membeli 20GB data berkelajuan tinggi kepada pengguna
mengikut kehendak mereka. Maksudnya korang boleh pilih pelan mengikut kesesuaian korang.
Untuk memastikan rakyat Malaysia tetap terhubung dan
berhibur di seluruh MCO, Yoodo menyediakan semua data internet percuma kepada
semua pengguna setiap hari. Tawaran data percuma Yoodo bermula pada 30 Mac dan
berterusan sehingga 28 April 2020, yang penting ianya 24 jam tau! Bukan macam sesetengah telco yang hadkan penggunaan antara jam 8 pagi hingga 6 petang tu.
Walaupun Yoodo masih memberikan penghantaran SIM secara
percuma melalui surat biasa, mereka juga telah mengumumkan potongan harga untuk
penghantaran kad SIM ekspres. Kini pengguna baru boleh mendapatkan kad SIM
Yoodo yang dihantar terus ke depan pintu rumah mereka dalam masa 2 jam melalui
penghantaran ekspres dengan harga hanya RM5 berbanding harga sebelumnya iaitu
RM15. Tawaran istimewa berkaitan MCO ini sudah berkuat kuasa dan dilanjutkan
sehingga 30 April 2020.
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Yoodo dan pelbagai
pengumuman sila lawati: www.yoodo.com.my.
Jadi tunggu apa lagi? Marilah kita bertukar kepada Yoodo.
0 Comments