Bagi yang mengikuti aku dilaman Facebook dan Instagram pasti dah melihat perkongsian resipi mudah ini. Kali ini aku abadikan di blog untuk memudahkan pembaca mencari resipi-resipi mudah dan enak.
Kali ini aku nak kongsikan 1 resipi mudah menggunakan roti, telur dan susu segar. Sebenarnya resipi ini boleh diolah mengikut kretiviti masing-masing misalnya boleh gantikan sayuran dengan sosej atau sardin dan tuna.
Jenis sayuran juga boleh diolah mengikut sayur kegemaran korang. Apa yang aku buat kali ini adalah resipi mengikut citarasa aku. Tentang jenis roti pula aku cadangkan korang guna Gardenia sebb roti dia lebih lembut dan padat. Macam aku ni, aku cuba nak clearkan stock roti yang dah nak expired ni je. Sebenarnya roti ni suami aku yang beli (dia tak suka makan roti Gardenia).
Bentuk pula, kalau korang rajin...trim la sikit, potongkan roti kepada 4 bahagian pun cantik. Macam aku tadi disebabkan memang malas dan nak habiskan stock roti maka aku main sumbat je la dalam acuan.
Resipi Egg Baked Cheezy Bread
Bahan-bahannya ;
1. Roti
2. Telur
3. Susu segar
4. Cheese
5. Bawang, cili, daun sup, carrot
(optional)
Cara-cara memasak ;
1. Cincang semua bahan no.5 &
ketepikan (optional : kalau tak suka masukkan sayuran skip step ni)
2. Pecahkan telur dalam mangkuk,
masukkan susu segar + sayuran & kacau sebati ; ketepikan
3. Masukkan roti dalam acuan yang
disapu sedikit minyak (supaya tidak melekat)
4. Tuang bancuhan yang
diketepikan tadi
5. Letak cheese diatas
6. Bakar lebih kurang 10 minit
Satukan semua bahan ke dalam mangkuk |
Kacau sebati seperti ini |
Susunkan roti kedalam acuan |
Tuangkan bancuhan tadi dan letak cheese. |
Hasil selepas dibakar |
P/s : Minyak saji tu aku gunakan
untuk sapu acuan supaya tak melekat
Aku tak letak garam sebab pada
aku cheese tu dah masin. Nanti dah siap korang makan dgn cili sos..perghh
sedap! As aku selalu mention ‘memasak ni memerlukan kreativiti’ + rajin
Cubalah korang buat ni untuk minum petang. Aku pasti anak-anak pasti suka tambahan ada pulak cheese.
Walaupun rupanya kurang menarik tapi sumpah rasanya sedap sangat. Kalau tambah sosej lagi sedap tapi sebab aku tak ada stock sosej kat rumah makan aku tak letak la. |
16 Comments
Simple nya nak buat tapi nampak sedap sangat! Masalahnya sekarang ni, nak beli roti x jumpa jumpa macam mana. Hahaha.
ReplyDeleteSedapnya tengok segala resipi. Baru semalam buat sup cendawan dan roti bakar bawang putih. Esok lusa bolehlah cuba resipi roti telur ini pulak 😄
ReplyDeleteBahan mudah, boleh cuba nanti.. Nampak sedap juga tu.. Terliur pulak
ReplyDeleteya ampun kak !! senang nya !! tapi kat bukit jalil ni roti gardenia out of stock kak.. roti lain tak sedap.. hahahaha~ sakit betul hati..
ReplyDelete
ReplyDeleteسباك بالدمام
شركة تمديد الغاز بالخبر
شركة انشاء نوافير المياه بالقطيف
<a href="https://light-elrahman.com/%d8%b4%d8%b1%d9%83%d8%a9-%d8%b1%d8%b4-%d8%ad%d8%af%d8%a7%d8%a6%d9%82-%d8%a8%d8%a7%d9%84%d8%ae%d8%a8%d8%b1
Waaah semua bahan ade esok pg boleh buat brekpes. Tq share. Dah tak tahu nak masak a brekpes Apa. Hahahahaha
ReplyDeletesenang sangat ni nak buat breakfast.mommy memang suka yang senang dan simple. tapi masalahnya roti tak adaaaaa
ReplyDeleteSenang je kisahnya cara buat dia ya. Nanti nak cuba buatlah, roti biasa pun boleh je buat..janji roti kan..:D
ReplyDeleteKalau resepi macam ni sis suka, Kalau boleh nak letak lebih banyk isi bg meletop macam piza. Pkai air fryer boleh tak sb tak de oven?
ReplyDeleteoo mudah je ni ya. insyaALlah boleh buat kalau dapat beli roti. hihi
ReplyDeleteMenarik gak ni kan, siap telur dan sayuran, sekali makan kenyang tu..
ReplyDeletePagi ni Sis buatkan suami roti wholemeal dan telur setengah masak pecah atasnya..licin 2 keping 2 biji telur hahahaha
Nanti boleh cuba yang gini plak..
semua bahan ada ni, cikmin.
ReplyDeletemcm ok jer. ala-ala mini lasagna pun ada hi hi hi...
cuma kalau aida buat, kerak tepi roti tu kena take out dulu.
and buat jejari goreng.
anak2 akan buang nanti! hu hu hu hu...
Baiklah. Petang ini Rawlins nak try buat la sebab macam senang je resipi dia kan. Tq sis sebab share resipi ni.
ReplyDeletesedap ni..biarpun simple tetap menarik ...untuk kita cuba sendiri di rumah
ReplyDeleteFuhhhhh boleh cuba nie... tp tue la.. mana nak dapatkan roti nie... hahaha, xpe la.. kita bakr benda lain je la
ReplyDeletewah nampak mudah..boleh la cuba..alaa tapi umah iena kat KL takde oven..kalau pakai microwave boleh ke?
ReplyDelete