Sardin adalah makanan kegemaran dan kesayangan rakyat Malaysia. Kalau ditanya, rata-rata memilih sardin sebagai lauk kegemaran yang wajib ada di setiap rumah.
Seperti telur, sardin juga boleh diolah dijadikan pelbagai resipi. Aku sendiri jujurnya sangat sukakan kepelbagaian resipi dalam masakan. Jadi taklah bosan asyik makan menu yang sama je kan? Dan untuk kali ni aku nak kongsikan resipi sambal sardin peria.
Peria, walaupun pahit sebenarnya terdapat pelbagai khasiat untuk kesihatan. Aku sebenarnya lebih gemarkan peria mentah dijadikan ulam. Memang sedap sangat!
Resipi Sambal Sardin Peria
Bahan-bahan ;
1. 1 tin kecil Sardin Ayam Brand
2. 1 Ulas Bawang Besar
3. 5 Ulas Bawang Putih
4. Cili Api (mengikut tahap pedas korang, tadi aku guna 5 biji
cili api yang pedas berdengung)
5. 1 inci halia
6. Setengah biji peria
7. Minyak untuk menumis
8. 1 sudu garam halus
9. 1 Batang Serai (diketuk) *optional
10. 1 keping asam keping *optional
Cara-cara ;
1. Blend halus bawang besar, bawang putih, halia & cili
(kalau tumbuk lagi sedap) ketepikan
2. Potong peria
3. Panaskan minyak dalam kuali
4. Tumis bahan diblend
5. Masukkan serai yang diketuk
6. Tumis sehingga bahan betul-betul masak
7. Masukkan sardin
8. Masukkan sedikit air (untuk elakkan bahan ditumis menjadi
hangit)
9. Masukkan peria
10. Masukkan asam keping dan garam
11. Masak sehingga agak kering
12. Tutup api & sedia dihidang
Blend semua bahan hingga hancur |
Potong peria macam ni ye, kalau nak nipis lagi pun boleh. |
Tumis sampai agak garing |
Dah garing, masukkan sardin |
Masukkan peria |
Sedia dimakan bersama nasi panas |
Makan dengan nasi panas-panas memang sedap sangat. Dah tak payah ada lauk lain dah sebab hidangan ni lengkap sekali dengan sayur. Pada aku agak jimatlah masak menu ni di saat kita memang perlu berjimat seperti sekarang.
Last but not least, aku sediakan juga video untuk memudahkan korang. Selamat mencuba ye.
2 Comments
eh eh menariknya sambal sardin letak peria...tak pernah try ni, pahit tak? 😅
ReplyDeleteKalau tak nak rasa pahit, masak lama sikit biar dia betul2 layu. Kalau saya memang suka dia rasa pahit tu hehe
Delete