Tips Menjadi Youtuber Berjaya

Salam semua.. Untuk artikel kali ini aku lebih kepada ingin berkongsi pengalaman aku sendiri menjadi seorang Youtuber (maaf, mungkin tidak keterlaluan jika aku menggunakan perkataan Youtuber itu).



Secara jujur, aku mula mempunyai channel Youtube sekitar tahun 2015/2016 (aku pun tak ingat tapi yang pasti memang sudah terlalu lama). Namun, ketika itu aku membuka channel Youtube hanya sekadar 'mengikut trend'.. Langsung tidak mempunyai ilmu dan tidak berminat untuk belajar. Maka sudahnya Youtube channel aku itu hanya sekadar wujud tapi tidak berfungsi.

Pada Januari 2020 iaitu pada tahun ini, subscribers di channel aku hanyalah 20 subscribers sahaja manakala view untuk setiap video pula ada yang langsung tidak ditonton..sedih bukan? Tapi dek kerana masih belum timbul sebarang minat untuk belajar, aku masih biarkan channel aku bersawang tanpa diselenggarakan.

Sehinggalah ketika bulan Mac 2020 iaitu ketika PKP fasa pertama berlangsung, aku mula berjinak-jinak membuat video masakan dan berkongsi resipi. Dan ketika itu, masih lagi tidak belajar apa-apa. Hanya buat sekadar mengisi masa lapang. Langsung tidak dihiasi thumbnail yang menarik, tidak mempunyai tags, tiada 'end screen' dan sebagainya.

Hinggalah kemudian aku berkongsi sebuah video bertajuk 'Resipi Cucur Jawa : Mudah, senang, ringkas & sedap' dan tiba-tiba video tersebut mendapat tontonan yang tinggi dan ketika itu aku mula mempunyai keinginan untuk belajar dan terus belajar. Dan semestinya untuk belajar aku memilih guru yang betul yang memang membimbing aku yang subscribersnya hanya 20 subscribers pada bulan Januari 2020 sehingga mendapat sebanyak 1,000 subscribers pada 15 Jun 2020.



Guru yang aku maksudkan adalah seorang sahabat bernama Potia. Buat pengetahuan, Potia mempunyai hingga 18,000 subscribers dichannelnya manakala tontonan untuk 1 video mencecah 1 juta tontonan.



Apakah tips perkongsian yang dikongsi oleh guru aku sehingga aku yang mempunyai 20 subscribers pada Januari 2020 boleh berkembang cepat sehingga mendapat 1,000 subscribers pada 15 Jun 2020? (kurang daripada 3 bulan mendapat 1,000 subscribers kerana aku betul-betul fokus hanya pada bulan Mac 2020 iaitu ketika PKP fasa pertama bermula). Jom aku kongsikan beberapa tips berguna buat anda semua.






Tips Menjadi Youtuber Berjaya


1. Mencari niche yang sesuai

Kesilapan utama mereka yang ingin menjadi Youtubers adalah tidak memilih niche yang sesuai dan tidak fokus hanya pada 1 niche namun, jika anda memilih 'Vlog' itu tidak menjadi masalah. Suka untuk aku huraikan sedikit mengenai niche yang sesuai ini. Yang aku maksudkan adalah mencari dimana kekuatan video anda dan ini biasanya berkaitan dengan minat. 

Misalnya, aku sendiri sebelum ini masih tercari-cari apakah kekuatan channel aku sehinggalah aku berkongsi minat memasak di channel aku dan hasilnya tidak mengecewakan! Malahan untuk video aku yang bertajuk 'Resipi Cucur Jawa : Mudah, senang, ringkas & sedap' tontonannya sehingga hari ini sudah mececah sebanyak 89,000 tontonan!



2. Tidak melakukan Subs for Subs!

Ini adalah pantang paling utama untuk mengembangkan channel Youtube anda! Subs for subs adalah perkara 'sampah' yang perlu dielakkan kerana cara ini tidak membantu untuk anda mengembangkan channel anda malah bakal mendatangkan kemudaratan!

Ini adalah kerana subscribe tanpa view adalah dianggap spam oleh Youtube. 

Apakah penyumbang spam?


  • Subscribe tanpa menonton sekurang-kurangnya 3 minit
  • Komen tidak mencukupi sekurang-kurangnya 6 patah perkataan
  • Menggunakan perkataan 'subscribe' dan  'channel' dalam komen. Contoh : Please subscribe back to my channel

Sekiranya anda ada melakukan perkara ini maka berhentilah sekarang





3. Tidak terlalu taksub mencari subscribers

Kita semua sedia maklum bahawa untuk mendapatkan 'hasil' (monetize) dari Youtube syaratnya ialah mempunyai 1,000 subscribers dengan tontonan sebanyak 4,000 jam. Namun, tahukah anda sekiranya anda terlalu taksub mencari subscribers hingga mengabaikan view, perbuatan itu aku andaikan sebagai perbuatan sia-sia (aku bercakap berdasarkan pengalaman).
Photo credit to Nafas Kuda

View yang banyak sebenarnya menyumbang kepada kenaikan subscribers. Jadi, berusahalah untuk membuat content berkualiti yang mampu menarik tontonan tinggi. Percayalah, tontonan tinggi mampu menarik subscriber pada channel anda.



4. Tingkatkan jumlah tontonan video anda.

Untuk tingkatkan tontonan di videoa anda, ada beberapa tips yang perlu anda praktikkan iaitu :

  • Tajuk video sebagai keyword : Pilih tajuk yang sesuai untuk setiap video anda yang menyumbang pada pencarian video. Misalnya jika anda berkongsi video tentang masakan maka gunakan tajuk seperti 'Resipi Ikan Siakap'
  • Description : Masukkan sedikit penceritaan tentang video anda beserta hashtag yang berkaitan. Misalnya jika anda berkongsi resipi masakan, taip dengan lengkap bahan dan cara memasak diruangan description
  • Masukkan Tagging : masukkan tag yang sesuai pada setiap video
  • Thumbnail : Thumbnail adalah wajah untuk setiap video anda. Hiasi 'wajah' video anda dengan thumbnail yang menarik bagi menarik minat penonton. Format thumbnail mestilah 16:9 dan gambar mestilah terang, jelas dan menarik. Misalnya anda berkongsi resipi, pastikan thumbnail anda adalah gambar hasil masakan anda.

  • Kongsi (share) ke media sosial : Aku selalu praktikkan perkara ini dimana, setiap kali aku berkongsi video baru di Youtube, aku pasti akan kongsikan link video tersebut disemua media sosial aku miliki seperti facebook, instagram dan twitter
Itu adalah serba sedikit perkongsian aku untuk tips menjadi Youtuber yang berjaya. Ingat! Jangan terlalu taksub mencari subscribers hingga mengabaikan tontonan. Berkongsi minat dengan ikhlas Insyallah mampu menarik minat penonton untuk menonton video kita sehingga habis. Lihat sahaja Sugu Pavithra, kerana ikhlas berkongsi resipi masakan dan menonjolkan sisi kehidupan sebenar..beliau kini menjadi Youtuber yang terkenal di Malaysia.

Post a Comment

13 Comments

  1. Wah tahniah kak Min dah berjinak-jinak ke youtube pula dan satu perkongsian yang menarik. InsyaAllah ada masa terluang nanti boleh apply tips kak min

    ReplyDelete
  2. Wah... Banyak info menarik ni. Tks :)

    ReplyDelete
  3. sukanya baca entri ni, tq sharing cik min, memang nak cuba juga youtube pulak, ada tontonan video tu 10k tapi published beberapa tahun lepas, tu yang seronok nak aktif semula, tahniah!!

    ReplyDelete
  4. wah.. mmg naik mendadak subscribers kak Min.. saya x jumpa lagi la niche sesuai.. main lambak je..

    ReplyDelete
  5. Saya baca banyak jugak tips pasal youtube ni. Planning konon awal tahun ni nak start fokus youtube. Tapi benda lain pulak jadi. Fokus dekat ghostwriting pulak. Tak menyempat nak buat video

    ReplyDelete
  6. Tahniah..Hebat tu dah 1k lebih subscribers.

    Sharing bermanfaat. Ada gak terniat nak jd yt tu. Tapi tak cukup kuat lagi..hahaha.

    rupanya banyak jugak pantang larang nak jd yt nih ye. tq share info.

    ReplyDelete
  7. Tahniah Min terbaiklah dapt income dr YT kalau konsisten nak jadi youtuber berjaya. thank you info dan perkongsian padu..

    ReplyDelete
  8. Banyak benda saya nak kena belajar pasal utube ni. Bukan mudha nak berjaya. Kena byk sabar dan belajar

    ReplyDelete
  9. Terimaksih atas tip dan panduan

    ReplyDelete
  10. Congrats sis! Youtube kite pun bersawang, hihi..

    ReplyDelete
  11. Maklumat yang berguna untuk semua pengusaha Youtube.

    ReplyDelete