Menjadi seorang Youtuber sudah seakan menjadi kerjaya impian di zaman sekarang, lebih-lebih lagi bila ramai Youtuber menjadi terkenal seperti Sugu Pavithra, Syahmi Sazli dan ramai lagi. Lihat sahaja bagaimana nama Yoe Pare dan Asif tiba-tiba menjdi terkenal dan menjadi pelakon filem gara-gara Youtube Channel.
Namun tak mudah sebenarnya menjadi seperti mereka kerana selain faktor 'luck' ada beberapa faktor lagi yang menyumbang kepada kemahsyuran mereka. Namun, bagi kita yang baru menceburi ke bidang Youtube itu semua adalah tidak mustahil sekiranya kita menuntut ilmu dan dapatkan pelbagai tips untuk menjadi Youtuber yang berjaya.
Picture Credit : Roberto Blake (Google Picture) |
Tidak Mustahil Monetize Dalam Masa 3 Bulan
Sebelum aku pergi lebih lanjut tentang monetize, mesti bagi mereka yang kali pertama mendengarkan perkataan ini tertanya-tanya apakah itu monetize? Monetize sebenarnya adalah cara untuk anda mendapatkan wang atau hasil dari karya anda di saluran Youtube anda.
Dan untuk mendapatkan hasil ini (monetize) ada beberapa syarat yang telah ditetapkan oleh pihak Youtube sendiri iaitu :
Mempunyai
1,000 Subscribers
|
Youtube
telah menetapkan syarat untuk monetize ialah mempunyai 1,000 subscribers
|
Tontonan
Selama 4,000 Jam
|
Bukan hanya mempunyai 1,000 Subscribers malah
tontonan untuk saluran (channel) Youtube anda mestilah 4,000 jam
|
Bunyinya kedengaran seakan mustahilkan? Terutama bagi Youtuber pemula. Namun tahukah anda bahawa sekiranya anda mempraktikkan beberapa perkara yang bakal aku kongsikan sebentar nanti, tidak mustahil untuk anda monetize channel anda hanya dalam masa 3 bulan atau kurang!
Percayalah dan ini jaminan aku kerana aku sendiri membuktikan hanya dalam masa lebih kurang 3 bulan aku dah berjaya monetize Youtube Channel aku.
Bagi mereka yang dah baca artikel aku sebelum ini mesti dah tahu yang aku betul-betul bermula dari ketika PKP fasa pertama (channel sudah wujud lama tetapi tidak aktif) yang mana pada ketika itu subscriber aku hanyala 20 sahaja. Namun, setelah aku mengikut tips (yang bakal aku kongsikan nanti) Alhamdulillah pada 15 Jun yang lepas subscribers aku cukup 1,000 dan pada 1 Julai 2020 jumlah tontonan melebihi 4,000 jam maka aku terus memohon untuk monetize dan pada 2 Julai 2020 permohonan diluluskan
Tips Monetize Dalam Masa 3 Bulan
Kunci utama untuk monetize ialah melepasi syarat yang telah ditetapkan oleh pihak Youtube. Namun ada teknik-teknik tertentu untuk anda mencapai syarat tersebut dalam masa yang singkat. Apa yang penting adalah anda mencari guru yang betul, fokus, ikhlas berkongsi dan tidak terlalu menekan diri untuk mengejar pendapatan (monetize) semata-mata.
Berikut beberapa tips untuk naikkan tontonan di channel anda :
Berikut beberapa tips untuk naikkan tontonan di channel anda :
1. Basic tips
Memilih
Niche Yang Betul
|
Memilih
niche yang betul adalah kunci pada kejayaan sesebuah channel. Seeloknya focus
hanya pada satu niche sahaja. Namun terkecuali jika anda memilih niche Vlog
dimana anda bakal berkongsikan segala penceritaan yang anda lalui
|
Perbanyakkan
content/membuat content yang menarik
|
Perbanyakkan content di channel anda kerana
percayalah kita tidak akan tahu video mana yang bakal menarik minat dan
sekaligus menjadi ‘hit’
|
Berkongsi
Minat Dengan Ikhlas
|
Kebiasaannya penonton sukakan sesuatu yang ‘ikhlas’ seperti berkongsi resipi masakan dan DIY
|
2. Tips tingkatkan tontonan (view)
Menggunakan
Thumbnail yang menarik
|
Antara
faktor yang mampu menarik minat penonton adalah thumbnail atau ‘muka hadapan’
untuk setiap video kita. Jika Thumbnail kita kemas dan menarik Insyallah
penonton akan tertarik untuk mengetahui lebih lanjut tentang video yang telah
kita kongsikan.
Format
Thumbnail ialah 16:9, terang, jelas dan nyata. Sebagai contoh jika anda
berkongsi resipi maka thumbnail mestilah gambar masakan yang sudah sedia
dimasak (jika anda berkongsi resipi Rendang Daging, pastikan thumbnail anda
ialah gambar rendang daging yang sudah sedia untuk dihidangkan dan bukannya
meletakkan thumbnail dengan gambar bahan mentah)
|
Membuat
tajuk yang menarik
|
Percaya atau tidak, tajuk sangat memainkan peranan
penting untuk sesebuah video. Semakin menarik tajuk anda maka semakin ramai
yang tertarik untuk menonton tapi AWAS! Jangan sesekali menipu penonton dengan
meletakkan tajuk yang langsung tiada kaitan dengan video anda kerana sungguh
pun mereka menonton namun peratus untuk anda menerima kecaman dan butang
dislike adalah tinggi.
|
Memenuhi
ruangan ‘Description’
|
Ramai yang mengabaikan ruangan ‘Description’ tanpa menyedari bahawa
ruangan ini sangat penting dan berperanan untuk meningkatkan SEO. Semakin
panjang keterangan yang anda taip maka Youtube makin memahami apa yang anda
ingin sampaikan dalam sesebuah video dan mudahlah untuk Youtube membuat ‘suggested
video’
|
Mengisi
ruangan ‘Tags’
|
‘Tags’ adalah SEO keyword maka jangan abaikan
ruangan ini. Isi sebanyak mungkin tags yang berkaitan SAHAJA dengan video
yang anda kongsikan
|
Upload
video 3 jam sebelum masa puncak (peak hour)
|
Percaya tak jika aku katakan bahawa hampir 100% dari mereka yang mula
berjinak-jinak menjadi Youtuber mengupload video mereka ikut suka! Maksudnya
langsung tidak rujuk pada analytic masing-masing dan tidak memeriksa masa
yang sesuai untuk mengupload video.
Tahukah anda bahawa mengupload video 3 jam sebelum masa puncak /peak
hour adalah rahsia untuk mendapatkan view yang tinggi?
|
Pastikan
video anda mempunyai ‘End Video’ & ‘Cards’
|
Untuk membuatkan penonton kekal di channel anda,
pastikan anda meletakkan ‘End Video’ dan ‘Cards’ di setiap video anda. Gunakan
Youtube Studio untuk edit dan memasukkan ‘End Video’ & ‘Cards’
|
contoh thumbnail menarik dan kemas |
Pantang Larang di Dalam Youtube (Untuk Mengelakkan Channel Dari Susah di Monetize)
Berikut adalah beberapa pantang larang di dalam Youtube yang perlu korang elakkan.
1. Subs for Subs
Pantang utama jika anda ingin menaikkan channel Youtube anda adalah TIDAK MELAKUKAN aktiviti subs for subs kerana aktiviti ini dianggap SPAM oleh Youtube. Apa yang akan terjadi jika anda terus melakukan? Channel anda susah untuk berkembang dan sukar untuk menjana pendapatan melaluinya (sukar untuk monetize).
Perkara lain yang dianggap spam oleh Youtube adalah :
(i) Komen kurang dari 6 patah perkataan
(ii) Komen yang mengandungi perkataan "subscribe", "channel"
2. Menggunakan content yang mempunyai copyright claim
Elakkan dari menggunakan sebarang content yang mempunyai copyright claim. Disini ada 2 jenis tindakan yang akan diambil oleh pihak Youtube :
(i) Menggunakan lagu copyright claim : Anda tidak boleh monetize video yang mempunyai lagu copyright claim
(ii) Menggunakan content copyright claim : Video akan di strike dan tindakan Youtube, bagi kesalahan kali ketiga channel anda akan ditutup
Sekian perkongsian aku buat kali ini. Moga bermanfaat untuk semua. Apa yang penting ikut je tips ini Insyallah akan berjaya. Aku dah buktikan yang aku boleh buat..Insyallah anda juga mampu lakukannya.
4 Comments
Thanks for sharing. Insyaalh 1 day ikut jejak langkah
ReplyDeleteTentang copyright music, sy ada terbaca..boleh..tp kna kredit owner dan berkongsi bayaran.btl ke?
ReplyDeletenak kena buat balik..cuti berpantang mmg fokus pantang sungguh..
ReplyDeletetips yg berguna.
ReplyDelete