Tempat Makan Menarik di Melaka

Percutian norma baharu selama 3 hari 2 malam ke Melaka baru-baru ini aku penuhi dengan slot jalan-jalan cari makan. Tak sah lah kalau ke Melaka tak penuhkan slot percutian dengan slot cari makan kan?


Aku mulakan pencarian jalan-jalan cari makan aku dengan tempat yang aku menginap iaitu Hotel Seri Malaysia. Restoran di Hotel Seri Malaysia menghidangkan pelbagai jenis menu makanan yang sedap setanding restoran-restoran yang famous diluar sana. Jom aku ceritakan lebih lanjut lagi tentang tempat makan menarik di Melaka


1. Restoran Hotel Seri Malaysia Melaka

Memandangkan aku menginap di sini selama 3 hari 2 malam, jadi aku tak lepaskan peluang untuk mencuba pelbagai jenis makanan yang disediakan di restoran Hotel Seri Malaysia Melaka. Antara yang aku cuba dan aku bagi 10 bintang ialah Kari Kepala Ikan.

Secara jujur, kari kepala ikan yang disediakan oleh Chef di restoran Hotel Seri Malaysia Melaka ini rasanya setanding dengan rasa kari kepala ikan di restoran mamak paling terkenal. Rasa kuat rempah yang diblend sempurna dengan segala bahan yang ada membuatkan aku hampir tidak boleh berhenti menyuap nasi bersama kuah kari yang enak ini!


Bukan hanya kari kepala ikan, malahan makanan lain seperti Asam Pedas, Ayam Kapitan, Mee Kari semuanya pun sedap. Tidak terkecuali kuih muih yang ada di sini, semuanya sedap terutama kuih Keria Gula Melaka dan Kuih Serabai.
Buat pengetahuan, Hotel Seri Malaysia Melaka kini sedang melangsungkan promosi yang sangat berbaloi iaitu Promosi Kari Kepala Ikan serendah RM55 sahaja. 

Untuk set yang seperti aku makan ni harganya cuma RM155 (set 10 pax) :

  • Kari Kepala Ikan (2 pcs)
  • Ayam Goreng Berempah
  • Nasi Putih
  • Ulam-ulaman
  • Telur Masin
  • Sayur Campur

Terdapat juga set untuk 4 pax yang berharga RM75 & RM65 (tanpa Ayam Goreng Berempah). Aku difahamkan yang Hotel Seri Malaysia Melaka turut menyediakan perkhidmatan penghantaran hingga ke rumah (home delivery)

Alamat : Hotel Seri Malaysia Melaka, Lot PT 12332, Lebuh Ayer Keroh, 75760 Ayer Keroh, Melaka
Tel : 06-2328460 / 016-7768460

2. Melaka River Cruise (Bot Mendam Berahi) | Riverboat Dining

Mengunjungi Bandaraya Melaka Bersejarah tidak sempurna tanpa mengambil masa 45 minit menyusuri Sungai Melaka dengan menaiki Melaka River Cruise. Sejak 10 tahun yang lalu, di bawah pengurusan Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka, Sungai Melaka telah melalui perubahan yang ketara untuk mencapai tahap pada hari ini. 


Daripada sebuah sungai yang mati, ia telah menjadi nadi kepada negeri Melaka, pusat tarikan pelancong di tanah yang kaya dengan sejarah, budaya dan imaginasi yang tidak berpenghujung.

Alhamdulillah, aku dapat menikmati makan malam yang enak bersama rakan-rakan sambil menikmati persembahan yang telah disediakan oleh pihak Melaka River Cruise. Apa yang lebih menarik, kami menikmati makan malam sambil mengelilingi Sungai Melaka.


Picture Credit to Miera Nadhirah https://livelifelah.com/
Adult (Dewasa)
MyKad
Non MyKad

RM25.00
RM30.00

Children (Kanak-kanak)
MyKad
Non Mykad

RM15.00
RM25.00

Infant (Bayi)
(below 2 years old / bawah 2 tahun)
Free
Percuma

Disabled (Mykad) (OKU dengan Mykad)
Adult (dewasa)
Children (Kanak-kanak)


RM15.00
RM10.00
Malaysian Senior Citizen (Warga Emas)
(60 years and above / 60 tahun ke atas)

RM20.00

Student / Pelajar
RM20.00

Harga untuk menikmati makan malam seperti yang aku kongsi ini adalah berlainan kerana untuk menikmati makan malam seperti ini anda memerlukan sewaan bot dimana tempahan mestilah dibuat sekurang-kurangnya seminggu awal.

Chartered Boat (Sewaan Bot)

Super VVIP Boat
Standard Boat
Riverboat Dining
RM1,000.00

15 – 18 penumpang
40 penumpang (kapasiti penuh)
Makan-makan dalam bot
·         Harga RM1,000.00 belum termasuk harga makanan

Facebook : Melaka River Cruise
Website : www.ppspm.gov.my

3. Cendol Kampung Hulu

Aku pasti ramai yang tidak melepaskan peluang untuk mencuba pelbagai makanan di Cendol Kampung Hulu. Bertempat di tebing Sungai Melaka, menikmati hidangan sambil menikmati pemandangan Sungai Melaka adalah antara memori yang sukar dilupakan jika datang ke Melaka.



Walaupun namanya Cendol Kampung Hulu, terdapat pelbagai makanan enak lain yang ada dijual digerai-gerai yang terdapat di sini. Jika anda mencari Ramen Asam Pedas atau Sotong Kangkung, disinilah tempatnya yang mesti anda tuju.




Namun begitu, jangan lupa untuk mencuba Cendol Kampung Hulu yang bukan sahaja terkenal malah sangat enak untuk dinikmati. Agak berbeza dengan cendol-cendol yang ada di Kuala Lumpur, keaslian rasa Cendol Kampung Hulu ini sukar ditandingi. Lemak santan pekatnya, asli rasa gula melakanya dan jika anda menempah Cendol Durian sudah pastilah rasa cendolnya mempunyai kelas yang tersendiri.



Alamat : Cendol Kampung Hulu @ Makan Avenue
No 26, Jalan Kampung Hulu, Kampung Hulu, 75200 Melaka


4. Restoran Zaiton Asam Pedas Melaka

Terletak di Mahkota Plaza Hilir Melaka, Restoran Zaiton menghidangkan pelbagai menu Asam Pedas seperti Asam Pedas Ikan Pari, Asam Pedas Ikan Tenggiri, Asam Pedas Tetel dan banyak lagi.


Terdapat juga pelbagai menu lain yang dihidangkan di sini selain Asam Pedas. Namun yang paling aku suka di restoran ini ialah Gulai Lemak Daging Salainya. Memang sangat menepati selera aku yang sukakan gulai lemak cili api yang betul-betul terasa pedasnya.

Secara keseluruhan, makanan di sini memang sedap termasuklah Sambal Parunya. Agak mengujakan sebab sangat berbeza dengan apa yang tersebar di media sosial, makanan di sini semuanya sedap belaka dan betul-betul menepati selera aku. Jadi, jika korang datang ke Melaka, jangan lupa singgah makan di Restoran Zaiton Asam Pedas Melaka.




Post a Comment

1 Comments

  1. Wah bestnyaa.. Rindu melaka... Dulu selalu jugak pegi melaka sebab adik study dkt situ. Nanti in shaa Allah Nak pgk travel situ lagi

    ReplyDelete