Jika anda bercadang untuk mendapatkan rawatan kiropraktik
Dapat konsultasi terlebih dahulu. Sebelum membuat temujanji rawatan, dapatkan
dahulu konsultasi dengan pengamal terbabit, sama ada secara berjumpa atau
telefon, bagi mengetahui bagaimana cara dia menangani sakit belakang anda.
Pastikan yang anda rasa selesa dengan cadangannya dan bilangan sesi yang anda
harus ikuti serta tak lupa bayaran yang dikenakan. Bagi sakit belakang
(pinggang) yang teruk, 4 ke 6 sesi biasanya sudah memadai.
Zero Pain Wellness Bantu Ramai Pesakit Melalui Kiropraktik
Sama seperti rawatan kiropraktik lain yang memegang konsep "Loosen", "Stretching", "Re-alignment"dan "Re-balancing" , Zero Pain Wellness membantu ramai pesakit dalam menyelesaikan masalah kesihatan yang dihadapi mereka.
Dengan barisan Juruterapi/Kiropraktor yang bertauliah yang memiliki Diploma di dalam Fisioterapi mahupun Diploma Sains Sukan, Zero Pain Wellness adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang boleh dipercayai dan diperakui tentang kepakaran mereka dalam merawat pesakit.
Antara penyakit yang mampu dirawat melalui rawatan kiropaktik di sini ialah :
- Slip Disc (Merujuk kepada bahagian disk atau kusyen pelapik tulang
belakang yang beralih tempat, membonjol ke belakang lantas menekan bahagian
saraf tunjang (spinal cord) atau saraf akar (nerve root) tulang belakang
pesakit
- Scoliosis (Tulang belakang membengkok)
- Lordosis (salah satu kelainan tulang dimana tulang bahagian bawah
melengkung lebih dari normal)
- Khyposis (Tulang belakang melentur secara mencembung dengan
melampaunya atau membongkok di bahagian toraks dan sakrum)
- Muscle Strain (Otot terkoyak)
- Abnormal Body Alignment
- Herniation (Angin pasang)
- Frozen Shoulder
- Mild Stroke
- Joint & Nerve Problem
Bukan hanya sekadar menyediakan rawatan kiroprakrik, di Zero Pain Wellness mereka turut menyediakan rawatan berikut ;
Terapi kanak-kanak adalah bagi membantu melegakan masalah kerap berlaku pada kanak-kanak seperti masalah Kencing Malam (Enuresis), Kaki Pengkar (Bow Legged), GDD, Kepala Teleng (Torticolis), Lewat Becakap (Speech Delay), Hernia (Angin Pasang), Scoliosis (Tulang Senget), Semput, Ekzema, Sawan, Masalah Saraf, Austisma, Tonsil Bengkak, Kerap Sakit dan bermacam lagi masalah.
Rawatan terapi kanak-kanak ini akan dilakukan di dalam bilik khas untuk kanak-kanak dan dihiasi dengan hiasan yang mampu menarik perhatian kanak-kanak.
Untuk setiap sesi rawatan terapi kanak-kanak, masa yang diambil adalah antara 30-45 minit setiap sesi. Dan rawatan akan dimulakan selepas sesi konsultasi bersama Juruterapi bagi memastikan masalah yang dihadapi oleh pesakit.
Urutan yang dilakukan di Zero Pain Wellness adalah urutan saraf dimana ia menekan point-point penting dan bertujuan untuk melembutkan otot yang tegang dan melancarkan saluran darah.
Terdapat 2 jenis bekam yang dijalankan di Zero Pain Wellness iaitu Bekam Angin uang bertujuan untuk melembutkan otit dan membuang angin di bawah kulit dan Bekam Darah yang bertujuan untuk mengeluarkan darah 'kotor' dan 'rosak' yang tidak diperlukan oleh tubuh kita
Harga & Pakej Rawatan
Harga yang ditawarkan di Zero Pain Wellness adalah sangat berpatutan. Jika anda hanya datang untuk mendapatkan konsultasi dan check up harganya cumalah RM20 sahaja manakala untuk rawatan pula bergantung pada jenis rawatan yang bersesuaian dengan penyakit anda di mana harga adalah serendah dari RM50 dan maksima adalah RM350
Jika anda berminat untuk mendapatkan khidmat nasihat berkaitan kesihatan dan ingin mendapatkan rawatan, anda boleh la mendapatkan maklumat lanjut seperti di bawah :
Alamat : 1895 F2, Lorong Pondok 1,
Jalan Siswi Kanan, Kampung Sungai Kandis
Shah Alam
Tel : 011-31935233
Waktu Beroperasi : Isnin - Sabtu (10 pagi hingga 10 malam)
0 Comments