Ego Punca Segalanya Dalam 7 Hari Mencintaiku 2

Sekarang ni tengah hangat slot drama pukul 7 di TV3 iaitu 7 Hari Mencintaiku 2. yang mengisahkan tentang kemelut rumahtangga yang dihadapi oleh Mia dan Khuzairi. Mengulas drama bukanlah kepakaran aku tetapi aku berminat untuk mengulas tentang punca keretakan rumahtangga mereka yang mungkin boleh terjadi pada rumahtangga kita.

Live Drama 7 Hari Mencintaiku 2 Episod 28 - JEJARI MENAIP


Ego Punca Segala Masalah

Seperti yang aku terangkan di atas, aku bukan pakar dalam mengulas drama tetapi aku lebih tertarik untuk mengulas punca perbalahan yang tidak mustahil terjadi di dunia realiti. EGO! ya ego adalah punca bagi segala permasalah.

Dalam drama ini, Mia ego mempertahankan prinsip (yang berpunca dari sikap cemburu) dan Khuzairi mempertahankan ego sebagai seorang suami. Secara keseluruhannya aku tak nampak pun masalah lain dalam rumahtangga mereka di mana mereka pada asalnya adalah pasangan bahagia walaupun sikap Mia yang agak jelek sebagai seorang isteri. Tapi pada aku, asalkan suaminya menerima kekurangannya semuanya ok je.

Tapi masalah mula timbul bila ada pihak ketiga yang mencucuk hingga menimbulkan rasa cemburu Mia terhadap Nurul ditambahkan lagi dengan fitnah ibunya terhadap bapa mertuanya, Mia dari seorang yang cemburu mula menjadi seorang menantu dan isteri yang kurang ajar.

Episod 29 Drama 7 Hari Mencintaiku, "Akhirnya Mak Leha Peluk Mia.."

Mak Leha, pada aku dia bukanlah punca segalanya tetapi bila Mia mula bersikap kurang ajar ego Mak Leha sebagai seorang mertua juga tercabar dan dari situ bermula konflik yang lebih besar.

Ok..kita berhenti berbicara tentang drama yang mendapat sambutan hangat ini tapi mari kita berbicara soal ego dalam kehidupan. Mungkin aku bukanlah pakar tetapi melayari kehidupan berumahtangga selama lebih sedekad membuatkan aku banyak belajar tentang banyak perkara. Antaranya lelaki memang terlahir sebagai seorang yang egonya lebih tinggi berbanding perempuan sebenarnya. Jadi, jangan dicabar ego lelaki. 

Sama seperti Mia, walau mengetahui betapa dia sangat dicintai suami tetapi dek kerana dia mencabar suaminya berkahwin lain gara-gara cemburu dan untuk membuktikan (pada asalnya) yang suaminya lebih menyayanginya berbanding Mak Leha akhirnya cabaran itu memakan diri.

Dalam kehidupan sebenar berumahtangga, seharusnya kita berbalik pada ajaran Islam di mana kita diperintahkan untuk mentaati suami (tidak membabi buta) dan menghormati mertua sama seperti menghormati ibu bapa sendiri. Dan betapa mulianya kedudukan mertua, walaupun sekiranya pasangan kita meninggal atau kita berpisah  kita tetap akan menjadi 'anak' mereka di mana wuduk kita tidak akan terbatal jika bersentuhan kerana meraka sudah menjadi ibu bapa sebenar kita.

Langkah Mewujudkan Keluarga Bahagia

Dan bagaimana untuk elakkan perbalahan kerana ego? Seperti yang aku katakan tadi, sebenarnya ego seorang lelaki itu melebihi ego seorang wanita. Jadi, sebagai seorang isteri sebaiknya kita cuba mengalah untuk mengendurkan kekalutan. Tapi itu tidak bermakna kita harus mengalah selamanya. Terkadang kita harus mempertahankan ego supaya kita tidak sewenang-wenangnya ditindas.

Dan sebagai seorang suami, tidak salah untuk merendahkan ego jika betul-betul sayangkan isteri dan keluarga. Bukankah di dalam Islam kita digalakkan untuk hidup dalam keadan sakinah dan mawardah?  Pendek kata dalam apa pun keadaan jangan biarkan ego menjadi tuan kerana kelak ego itu bakal meruntuhkan kebahagiaan kita.



Post a Comment

0 Comments