Kadang-kadang tekak ni sekali sekala teringin la juga nak makan makanan 'kayangan' macam steak ke lamb chop ke.. tapi faham-faham la bagi kita yang rakyat marhaen ni kadang-kadang fikir 10 kali nak melayan nafsu tekak ni kan?
Baru-baru ni dek kerana teringin nak makan makanan sebegitu, aku search la di google dan aku temui 1 tempat makan ni yang memang eksklusif dengan tempat makannya di roof top, dekorasi yang cantik dan mewah, ada ruangan berhawa dingin, ada ruangan terbuka dan pendek kata memang gempak la! Dan tahu apa? Seriously aku terkejut giler sebab harganya bukan harga kayangan!
Tempat Eksklusif, Makanan 5 Bintang Tapi Harga Kedai Mamak
YOUYU Beef Steak Wagyu Harga Marhaen
Menurut Pengarah Urusan ATSKY, En. Ali Ikhwan "Kami memberikan harga yang berpatutan atau kebanyakan rakan-rakan menegur harga yang ditawarkan adalah murah dibandingkan dengan apa yang kami sediakan, namun saya berpendapat ini juga adalah sumbangan yang ingin saya berikan supaya lebih ramai masyarakat yang tidak berpendapatan tinggi dapat merasa hidangan berkualiti dan suasana eksklusif, tidak hanya dapat dinikmati golongan berpendapatan tinggi."
Pendek kata, di sini anda dapat menimati bukan hanya makanan yang enak pada harga yang berpatutan malah anda juga dihidangkan dengan 'halwa telinga' kerana kumpulan buskers Cakial & Friends akan beraksi pada setiap malam di ATSKY. Bukan itu sahaja, karaoke percuma turut disediakan buat pengunjung.
Bagi yang berhajat mengunjungi ATSKY boleh ke
Roof Garden, Tingkat 3A,
Dataran Cascades, Kota Damansara (bersebelahan Giant Kota Damansara)
3 Comments
dekat je ngn kita yg duk sg buloh nie.. hurmmm.. best jugak kalau dpt g
ReplyDeleteBiar harga kayangan jangan kluster kayangan. Hehe. Nampak menarik semua, tempat pun cantik dan harga affordable. Harus datang sini.
ReplyDeleteYouyu? Mcm wajib try ni... Kalau dah kata setanding dengan wagyu 🤔🤔
ReplyDelete