Rawatan Aptos Threadlift Umpama Susuk Moden Untuk Kecantikan

Wanita dan kecantikan sememangnya tidak boleh dipisahkan. Sedari kecil hinggalah di usia senja, kecantikan adalah perkara yang sering diutamakan oleh golongan wanita. Tidak hairanlah kenapa wanita sanggup buat apa sahaja demi kecantikan dan tidak hairanlah jika zaman dahulukala ada yang menggunakan kaedah dilarang agama seperti menanam susuk demi untuk terus kelihatan anggun dan tidak dimamah usia.

Namun seiring dengan arus pembangunan, kini terdapat pelbagai rawatan dan kaedah moden yang selamat, kurang risiko sakit malah dijamin halal kerana menggunakan bahan-bahan yang berasakan tumbuhan.

KOLAGEN yang terhasil oleh benang PDO membantu menegangkan kulit.


Rawatan Tanam Benang (Threadlift) Menggunakan APTOS Threads di Dr Alice Total Wellness and Ageless Medispa

APTOS adalah teknologi terkini dalam kaedah pembedahan dan kaedah penyisipan khusus. Benang APTOS terdiri daripada Polycaprolactone (PCL) dan boleh bertahan sehingga 5 tahun. Kaedah umum adalah standard bagi semua kaedah APTOS : kaedah The Visage Excellence dan kini merupakan standard 'berlian' di Eropah dan di seluruh dunia.

Menyedari kehebatan APTOS, Dr. Alice Prethima Micheal selaku pengasas Dr Alice Total Wellness and Ageless Medispa telah menjadi antara yang pertama membawakan kaedah rawatan moden ini ke Malaysia. Malah Dr Alice adalah 'certified trainer' atau jurulatih bertauliah APTOS thread di Malaysia dan Eropah.

Bertuah menjadi antara yang terawal menjalani rawatan tanam benang atau threadlift menggunakan APTOS threads, suka untuk aku berkongsikan pengalaman sendiri menjalani rawatan ini di Dr Alice Total Wellness and Ageless Medispa, Jalan Maarof. Lebih bertuah lagi kerana rawatan yang aku jalani ini mendapat sentuhan magis dari Dr. Alice sendiri.


Pengalaman Aku Menjalani Rawatan Tanam Benang (Threadlift)

Menginjak ke usia 40 tahun, kulit muka aku jelas kelihatan kusam dan kulit muka sudah makin terasa kendurnya. Menyedari kekhuatiran aku mengenai masalah yang aku hadapi, Dr Alice Prethima Micheal mengesyorkan agar aku menjalani rawatan tanam benang (threadlift).

Buat pengetahuan, rawatan tanam benang (Threadlift) adalah rawatan yang sedikit invasif yang bertujuan untuk mengurangkan kenduran dan lipatan kulit di sekitar kawasan rahang, pipi dan leher. Ia dianggap sebagai rawatan alternatif yang lebih selamat dan kurang invasif berbanding pembedahan facelift tradisional. Benang khas akan digunakan untuk menegangkan bahagian kulit yang ingin dicantikkan supaya keadaan wajah akan kelihatan ketat dan anjal.


Bagaimana Benang-Benang Ini Berfungsi?

Benang yang digunakan di dalam rawatan ini adalah sejenis benang yang biodegradable yang akan dipecahkan secara semulajadi oleh badan. Biji-biji kon yang terdapat pada benang ini akan melekat pada lapisan lemak pada bahagian bawah kulit untuk menahan kulit. Hasilnya dapat dilihat dengan segera selepas prosedur. Benang ini juga akan merangsang kulit supaya menjalankan proses penghasilan kolagen.

Kolagen adalah protein dalam tubuh yang membentuk struktur kulit. Penghasilan kolagen akan berkurangan seiring dengan peningkatan usia,. Hal ini akan membawa kepada penghasilan lipatan dan kedutan yang semakin jelas. 

Dengan rangsangan yang diberikan, kadar kandungan kolagen di dalam kulit akan semakin meningkat dan secara tidak langsung akan membuatkan kecantikan kulit muka anda semakin bertambah.  

Dengan teknik menanam benang ini, seseorang tidak perlu tinggal di hospital dan menjalani pembedahan yang meninggalkan parut kerana jenis benang ayu yang digunakan adalah benang halus polydioxanone (PDO) yang biasa digunakan dalam operasi jantung dan ligamen.

Benang  yang biodegradable ini dimasukkan di bawah kulit untuk merangsang jaringan kulit. Dengan penanaman benang ayu ini diharapkan jaringan kulit membuat fibroblas jaringan baharu dan kolagen yang menghasilkan ketegangan dari dalam ke luar sehingga kesan lifting dapat dirasakan.


Apakah Kelebihan Rawatan Aptos Threadlift?

Menganjalkan wajah dan leher seperti kulit pipi serta rahang


Meremajakan kulit wajah.


Mengurangkan kerutan pada wajah, garis senyum, kerutan pada dahi dan sudut mata


Mencerahkan kulit wajah


Mengecilkan pori-pori


Membuat wajah menjadi tirus


Mengurangkan kulit berlapis di bawah dagu



Apakah Prosedur Rawatan?

Prosedur pertama bagi mereka yang ingin menjalani rawatan kecantikan tanam benang seharusnya berunding dengan doktor sebelum rawatan dilakukan.

Doktor akan menerangkan kesan sampingan dan risiko yang bakal dihadapi dan bagaimana rawatan itu dilakukan. Selepas pesakit bersetuju, rawatan dilakukan dengan menyapukan krim kebas pada wajah supaya tidak rasa sakit ketika rawatan dijalankan.

Kemudian, wajah akan dicuci dengan bersih dan memasukkan benang PDO ke dalam kulit menggunakan jarum khas. Apa yang aku alami, jarum khas tersebut dimasukkan sebanyak 5 jarum untuk sebelah pipi dan ini bermaksud terdapat 10 jarum yang dimasukkan untuk kedua-dua belah pipi untuk rawatan ini.

Biasanya untuk rawatan pada wajah benang yang digunakan berukuran antara 25 hingga 60 mililiter (mm) manakala pada tubuh pula berukuran 60 hingga 90 mm.

Tiada batasan usia untuk rawatan ini, iaitu seawal 21 tahun ke atas. Namun bagi yang hamil, menyusukan bayi atau ada masalah radang pada kulit wajah, kencing manis atau darah tinggi yang tidak terkawal tidak digalakkan melakukan rawatan ini.

Rawatan tanam benang tidak ada banyak kesan sampingan, cuma bengkak dan kemerahan untuk tempoh satu atau dua hari. Macam aku sendiri, selepas rawatan memang muka jelas terlihat bengkak namun bengkak itu surut pada keesokan harinya. Malah Dr.Alice turut membekalkan aku ubat tahan sakit/bengkak muka dan juga antibiotik yang perlu aku ambil 2 kali sehari selama 5 hari.

Bergambar kenangan dengan Dr. Alice selepas sesi rawatan

Masalah jangkitan jarang berlaku. Mereka yang menjalani rawatan ini tidak dibenarkan membuat urutan pada muka dan tidak boleh mengadakan aktiviti lasak selama seminggu selepas rawatan kerana bimbang terkena sebarang jangkitan.

Namun, empat jam selepas rawatan, mereka dibenarkan mencuci wajah mereka perlahan-lahan dengan menggunakan pencuci muka yang 'mild' dan bukan pencuci muka yang berfungsi untuk 'whitening' kerana bahan yang terkandung di dalam pencuci muka untuk 'whitening' agak kuat untuk kulit.

Rawatan ini boleh juga digunakan untuk menegangkan dan menganjalkan:

  • Payudara

  • Leher

  • Lengan

  • Peha

  • Perut

  • Betis

  • Mengetatkan dan menaikkan punggung


Perlukah 'BERPANTANG' Selepas Rawatan?

Rawatan tanam benang (threadlift) tidak lah seperti rawatan pembedahan yang lain namun terdapat beberapa perkara yang perlu dielakkan selepas melakukan rawatan iaitu ;

 

1. Hindari pancaran sinar UV

 

Seperti rawatan-rawatan kecantikan yang lain, sebaik-baiknya cubalah untuk menghindari pancaran UV dan seringlah memakai sunscreen lotion/ sunblock.

 

2. Hindari makanan keras

 

Elakkan makanan yang keras atau mengunyah chewing gum. Seeloknya makan makanan yang lembut seperti bubur. 

 

3. Tidur dalam posisi yang betul

 

Tidur lah dalam posisi yang betul namun selesa supaya tidak menganggu tekstur kulit selepas rawatan

 

Namun ini hanyalah untuk beberapa hari sahaja selepas rawatan dijalankan. Selepas itu anda boleh melakukan segala aktiviti kesukaan anda seperti biasa. Macam aku sendiri, sehari selepas rawatan aku memang hanya makan bubur dan roti serta mengunyah perlahan-lahan. Seharian selepas rawatan aku hanya berehat sepenuhnya.

 

Jika anda ingin mendapatkan pelbagai rawatan kecantikan dengan mendapat sentuhan magis dari Dr. Alice Prethima, anda boleh la ke :

 

1. Dr Alice Ageless Medispa

257, Jalan Maarof, Bangsar Baru,

59100 Kuala Lumpur

 

Tel : 03-20950458

 

2. Dr Alice Anti Aging

62-1 Jalan Maarof, Bangsar Baru

59100 Kuala Lumpur

 

Tel : 03-22820994

 

3. Dr Alice Klinik

46, Lorong Batu Nilam 21-A,

Bandar Bukit Tinggi 2,

41200 Klang.

 

Tel : 03-33246994

 

Website : https://dralicemd.com/

 

Facebook : Dr. Alice Total Wellness Center

 

Instagram : dralice_prethima

 


Post a Comment

11 Comments

  1. skrang ni teknologi tinggi macm2 boleh buat kan..
    itula tu wanita n cantik berpisah tiadda hehe..

    ReplyDelete
  2. tak sabar nak tengok wajah terbaru kak Min

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha..awass kte bukan buat pembedahan muka ye so muka kte tetap sama haha..

      Delete
  3. First time tau treatment ni. macam menarik je. makin cun melecun la lepas ni hehe

    ReplyDelete
  4. Terbaiklah rawatan mcm nie.. boleh la tegangkan semula kulit wajah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye btl rawatan ni bgs utk kembalikan keremajaan kulit

      Delete
  5. Kalau ada rezeki teringin juga nak buat tapi kena tunggu anak dah x menyusu badan lah..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe sila sila..bgs utk meremajakan kembali kulit

      Delete
  6. Fuhhh mantap sis. Walaupun tak sakit tapi sebenarnya tetap rasa sakit. Huhu.. waktu selepas tu paling penting nak kena jaga & bagi perhatian. Sy pernah tergaru gatal masa tido tak sedar. Perghhh 😭😭

    ReplyDelete