Negeri cantik, budaya menarik, orangnya baik-baik sememangnya tagline yang sangat sepadan dengan Terengganu. Menerokai negeri Terengganu buat aku seringkali jatuh cinta berkali-kali biarpun sudah ke negeri ini hampir setiap tahun.
Untuk entry kali ini jom aku kongsikan tempat viral & sangat instagrammable di negeri Terengganu.
Tempat Viral di Terengganu
1. Terrapuri Heritage Village
Terrapuri Heritage Village telah dibangunkan oleh Mr. Alex, seorang lelaki berbangsa Cina Peranakan yang sangat mencintai warisan lama. Berbekalkan minat dan semangat, Terrapuri Heritage Village telah dibina menggunakan rumah-rumah asli Melayu lama yang berusia ratusan tahun. Lebih menarik lagi ialah di Terrapuri Heritage Village ini terdapat 29 buah rumah dengan 29 kisah tersendiri.
Aku difahamkan yang kebanyakan rumah-rumah Melayu lama ini didirikan berlandaskan kitab lama Tajul Muluk. Malah menurut Mr. Alex, rumah-rumah Melayu lama ini tidak menggunakan paku dan mudah untuk dibuka dan dibangunkan semula.
Keunikan setiap binaan, rekabentuk dan kisah yang tersirat disebalik setiap buah rumah menjadikan Terrapuri Heritage Village ini antara resort yang unik di Malaysia.
Bagi mereka yang 'cari makan' melalui gambar, aku sangat mencadangkan Terrapuri Heritage Village sebagai tempat untuk photo shoot. Buat pengetahuan selain boleh menginap di sini, Terrapuri Herritage Village juga dibuka untuk pameran namun dikenakan sedikit bayaran.
Malah pihak Terrapuri Heritage Village turut membuka peluang bagi mereka yang ingin membuat photo shoot gambar perkahwinan di sini serendah RM500 untuk setengah hari. Bukan itu sahaja, bagi mereka yang ingin mengadakan majlis perkahwinan di sini, Terrapuri Heritage Village turut menyediakan pakej dan menerima tempahan.
Bagi anda yang berminat untuk merasai sendiri pengalaman seolah berada di zaman silam, datanglah bercuti bersama keluarga ke Terrapuri Heritage Village. Untuk keterangan lanjut :
Alamat : Terrapuri Heritage Village
Kampung Mangkuk, 22120,
Setiu, Terengganu
Tel : +(609) 6245 020
Tel : +(609) 6312 081
Fax : +(609) 6228 093
Email : info@terrapuri.com
Facebook : https://www.facebook.com/Terrapuri/
Instagram : https://www.instagram.com/terrapuri/
2. Pantai Mangkuk
Kampung Mangkuk terletak berhampiran Pantai Penarik dan mempunyai tarikan tersendiri dan keindahan semulajadi yang masih belum terusik dek projek pembangunan, menjadikan ia antara lokasi yang perlu dilawati.
Pantai Mangkuk ini betul-betul terletak berhadapan dengan Terrapuri Heritage Village. Pantai ini menjadi tarikan pengunjung kerana tempatnya yang cantik dan pantainya masih terpelihara dan bersih. Aku dah 2 kali ke Pantai Mangkuk, kali pertama aku berkunjung ke sini pada tahun 2019.
Gambar asli dari kamera aku sendiri. Gambar ni aku ambil ketika kunjungan kali pertama ke Pantai Mangkuk pada 2019 |
3. Masjid Lapan Kubah
Terletak di daerah Jerteh, Masjid 8 Kubah mula viral kerana senibinanya seakan-akan St Basil Cathedral di Moscow, Russia.
Berkesempatan mengunjungi dan bersolat di Masjid Lapan Kubah ketika Program Eksplorasi Koperasi Negeri Terengganu minggu lepas, aku agak terpesona dengan reka bentuk Masjid Lapan Kubah ini namun sedikit kesal kerana keadaan sekeliling yang agak tak terjaga kerana mungkin masih dalam fasa baikpulih bangunan.
4. Kampung Jambu Bongkok
Kampung Jambu Bongkok adalah sebuah perkampungan nelayan yang terletak di daerah Marang. Masih terpelihara dari sebarang pembangunan, menjadikan Kampung Jambu Bongkok ini unik dan sering mendapat perhatian.
Kampung ini mula viral kerana pernah dijadikan tempat penggambaran filem lakonan Zizan Razak. Dan kini Kampung Jambu Bongkok sering dikunjungi oleh masyarakat setempat dan juga pelancong dari luar. Tempat-tempat di sini sangat instaworthy dan aku pasti jika kalian mengabadikan gambar kenang-kenangan di sini, kalian pasti tidak akan kecewa!
5. Pantai Penarik
Pantai Penarik agak viral dan terkenal kebelakangan ini kerana di sini terdapat banyak gerai-gerai yang menjual pelbagai makanan terutama celup tepung yang sangat terkenal di Terengganu.
Antara gerai pilihan adalah Ombak Pantai. Selain menyajikan hidangan yang enak, di sini turut disajikan dengan pemandangan tepi pantai yang sangat indah. Malah dekorasi di sini turut menjadi perhatian.
6. Arwana Resort Pulau Perhentian
Jika ke Terengganu jangan lupa untuk terus ke pulau-pulau yang terdapat di negeri ini. Antara pulau yang menjadi tarikan ialah Pulau Perhentian.
Tidak jauh dari Jeti Besut, Pulau Perhentian adalah menjadi destinasi pilihan ramai pelancong. Terbahagi kepada Perhentian Besar dan Perhentian Kecil, Arwana Resort Pulau Perhentian adalah antara resort yang menjadi pilihan. Terletak di Perhentian Besar atau lebih tepat di Teluk Dalam, Arwana Resort seringkali dijadikan pilihan untuk penggambaran drama dan filem.
Itulah 6 tempat viral di Terengganu yang sempat aku jelajahi sepanjang minggu lepas. Terima kasih dan tahniah buat pihak Gaya Travel yang menjayakan Program Eksplorasi Koperasi Negeri Terengganu.
Jika anda sedang mempertimbangkan untuk cuti-cuti Malaysia, aku sangat mengesyorkan negeri Terengganu sebagai destinasi percutian anda. Datanglah dan lihat sendiri betapa indahnya Malaysia!
24 Comments
Semua tempat² tu semua menarik..pantai mangkuk tu tak pernah dengar lagi
ReplyDeleteSejak bbrp thn kebelakangan ni pantai mangkuk tu femes hehe
Deletekita dok terengganu tapi tak pernah lagi g sana.hahaha..tempat2 tu memang famous tp tak berpeluang lg nak ke pergi
ReplyDeleteNo 4 tu dah kenapa di bongokkan dia Min. Jambu Bongkok bukan bongok .. hehehe .. Terapuri tu tempat kita lalu lalang jugak time lepak kat pantai sebab dekat ngan umah MIL.
ReplyDeleteTerengganu memang tak pernah mengecewakan setiap kali saya pergi. Ada je benda baru untuk diteroka kan. Tapi dalam list ni saya paling teringin nak ke Masjid Russia tu. Unik betul!
ReplyDeleteNo 3 dan 6 je dh pernah sampai, walaupun orang ganu sendiri kite ni. Haha. Cantik la suasana no 1,2 tu. Biasa berlakon filem zizan dkt situ lah kan
ReplyDeleteWah! Semua tenpat tu tak pernah pg lagi... cantiknya masjid 8 kubahbtu... harap dipulihara dengan baik abb unik sgt.
ReplyDeleteRindu dgn Terengganu, terutamanya makanan2 kat tepi pantai tu. Seafood celup tepung, sata, kepok lekor.. mmmm..
ReplyDeletedalam banyak2 pernah pi arwana dengan pantai penarik je. masjid tu unik sangat. boleh singgah kalau ke ganu nanti. thanks sharing kak min
ReplyDeleteWah......byk betul tempat menarik Di Terengganu ya. No.1 looks good. Thank you for sharing this beautiful post with me.
ReplyDeleteMemang tak jemu pergi Terengganu nie..xkira berapa kali pun..memang cantik dan makanan pun sedap2 belaka
ReplyDeleteTerengganu memang another paradise yang wajib spent time to explore... My last trip make me fall in love with its great nature, lovely people and nice culture! Nak pergi lagi nak pergi lagi..
ReplyDeleteMemamg teringin sangat nak meprgi terengganu. Kene kumpul duit ni.. Banyak tempat emnarik dekat terengganu ni.. Cantik2 smeuanya
ReplyDeleteCantiknya masjid tu Kak Min. Dan semua lokasi lain tu Rawlins tak pernah sampai lagi.
ReplyDeleteLain kali ajak Rawlins sekali ye.
masjid 8 kubah tu saya tak pergi lagi.. alahai termiss. nampaknya kene ke sana semula hahaha
ReplyDeleteMasjid Lapan Kubah, nak pergi! Banyak lagi tempat saya belum sampai kat Terengganu.
ReplyDeleteAmboi, semua nama-nama tempat tu sungguh unik dan melekat di hati saya... Pantai Mangkuk dan Kampung Jambu Bongkok tu sangat menarik perhatian saya... Masjid Lapan Kubah tu cantik betul ya dengan penggunaan warna macam masjid kat dalam cerita 1001 malam...
ReplyDeleteBanyak lagi tempat kita tak jelajah lagi kat terengganu. Best2 juga tempat2 kak min syor kan. Nnt nk pegi lah
ReplyDeleteTerima kasih share info ni.. boleh jadikan entri ni sebagai panduan nanti jika mahu ke terengganu...
ReplyDeleteSemua tempat kak min pergi ni cantik belaka. Tak pernah lagi pergi tempat ni. Next time boleh lah pergi
ReplyDeleteokay nak pinned entry kak min, hehehe
ReplyDeleteThere are so many awesome places to explore in Terengganu, going to take note on all the spots here.
ReplyDeleteSemua dah pergi kecuali Pulau Perhentian...
ReplyDeleteSemua dah pergi kecuali Pulau Perhentian
ReplyDelete