Kelantan Darul Naim sebuah negeri yang terletak di Pantai Timur semenanjung Malaysia yang terkenal dengan pelbagai tempat yang menarik, makanan yang sedap dan keramahan penduduknya yang rata-rata masih mengekalkan adat dan budaya Kelantan.
Jika ditanya secara peribadi, Kelantan adalah antara negeri yang tak jemu aku kunjungi meskipun aku pernah menetap selama 5 tahun di negeri serambi Mekah ini. Jatuh cinta dengan tradisi dan makanan Kelantan antara sebab kenapa negeri ini sentiasa dekat di hati.
Jom aku kongsikan 8 tempat yang wajib anda terokai di Kelantan, bukan hanya kerana tempat tetapi juga supaya anda lebih mengenali tradisi
1. Pasar Siti Khadijah
Aku pasti rata-rata yang bercerita mengenai Kelantan pasti perkara pertama yang muncul ialah mengenai Pasar Siti Khadijah yang terkenal sejak zaman berzaman. Tidak dinafikan, menjejakkan kaki ke Pasar Siti Khadijah adalah seperti satu kewajipan jika berkunjung ke Kelantan.
Di sini, bukan hanya terdapat sayuran dan hasil laut yang segar malah di sini terdapat pelbagai barangan dari makanan hinggalah ke pakaian malah mainan. Pendek kata jika hanya berhajat untuk singgah selama 1 jam di sini, sila lupakan hajat tersebut kerana anda memerlukan lebih dari sejam untuk menerokai Pasar Siti Khadijah.
Menurut petikan dari laman web Majlis Perbandaran Kota Baru Bandar Raya Islam (MPKBBRI) nama asal Pasar Besar Siti Khadijah ialah Pasar Besar Buluh Kubu. Walau bagaimanapun ianya telah ditukar namanya kepada nama ini oleh Menteri Besar Kelantan iaitu Y.A.B Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat sebagai tanda penghormatan kepada kaum Hawa, memandangkan majoriti peniaganya terdiri daripada golongan wanita.Satu pemandangan yang unik di pasar-pasar di Kelantan ialah peniaganya yang rata-rata terdiri daripada kaum wanita yang terkenal dengan minat berniaga.
gambar ihsan Google |
Pasar ini mempunyai empat tingkat dan berbentuk segi lapan. Tingkat bawah dikhususkan untuk barangan basah seperti ikan, sayur-sayuran, ayam dan sebagainya.
Tingkat satu pula diperuntukan kepada makanan kering seperti serunding, iaitu sejenis makanan Kelantan yang sangat terkenal. Juga terdapat ayam percik, ikan percik, nasi kerabu, nasi berlaut, nasi dagang, laksam dan somtam merupakan antara makanan yang paling tersohor bagi rakyat negeri Kelantan.
Kuih tradisional Kelantan seperti tahi itik, akok, jala mas, buah tanjung, serabe, tepung pelita dan pelbagai lagi kuih lain yang juga dijual di sini.Manakala tingkat 2 dan 3, untuk barangan bukan makanan. Setiap pagi ia merupakan nadi penggerak utama aktiviti perniagaan bandar Kota Bharu. Yang paling menarik ialah sebahagian besar dari peniaga di pasar ini terdiri dari kaum wanita kelantan sesuai dengan namanya. Pasar Besar Siti Khadijah, nama asalnya Pasar Buluh Kubu.
Nama Siti Khadijah diambil bersempena nama isteri Nabi Muhammad SAW yang juga merupakan seorang peniaga wanita yang berjaya. Gabungan warna-warni, aroma dan suasana hingar-bingar mengambarkan kepelbagaian barangan yang diniagakan. Berbagai jenis barangan ada dijual diantaranya makanan, sayur-sayuran, ikan, ayam, pakaian, rempah-ratus, barangan kraftangan tembaga dan perak dan banyak lagi.
Pasar ini beroperasi seawal jam 6.00 pagi hingga 7.00
petang. Semua peniaga akan menghentikan segala urusan jual beli setelah masuk
waktu sembahyang selama 15 minit. Ini bagi membolehkan semua pengunjung dan peniaga
menunaikan solat.
2. Dataran Rehal
Dataran Rehal adalah antara tarikan yang menjadi mercu tanda bandar Kota Bharu. Seringkali jika di kaca tv atau pun di majalah mahupun iklan komersil, pastu Dataran Rehal akan menjadi subjek utama. Datan Rehal dibina sempena bandar Kota Bharu didekrelasikan sebagai 'Kota Budaya' pada tahun 1990-an.
Jadi, jika datang ke Kelantan singgahlah sebentar di Dataran Rehal dan abadikan gambar kenang-kenangan di sini.
3. Pantai Kundur
Selain pantai-pantai yang sedia terkenal seperti Pantai Cahaya Bulan (PCB) atau Pantai Irama, kini terdapat tarikan baru di Kelantan iaitu Pantai Kundur. Pantai ini terletak di Kota Bharu dan tidak terlalu jauh dengan Pantai Cahaya Bulan (PCB).
Yang menjadikan Pantai Kundur ini menarik ialah kerana Pantai ini seakan-akan Pantai Nami yang kini semakin viral. Jika anda tak berkesempatan untuk ke Pantai Nami (viral kerana pemandangan seakan Pulau Nami di Korea), singgah la ke Pantai Kundur.
4. Galeri Wau Pak Sapie & Sons
Terletak di Jalan Pantai Cahaya Bulan, Galeri Wau Pak Sapi & Sons ini dibuka kepada orang ramai setiap hari dari pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang.
Galeri Wau Pak Sapie & Sons ini adalah bengkel pembuatan wau dimana ianya adalah warisan turun temurun. Umum mengetahui yang Kelantan sangat sinonim dengan permainan wau terutama wau bulan yang menjadi identiti negeri Kelantan Darul Naim.
5. Tempat Membuat Keropok
Terdapat banyak tempat pembuatan keropok yang terdapat di negeri Kelantan ini. Tapi yang sempat aku pergi adalah tempat pembuatan keropok yang terkenal di Kelantan iaitu Keropok Cap Kapal. Jika datang ke Kelantan, kenali juga budaya dan makanannya.
Selain budu, keropok keping dan keropok lekor adalah antara makanan yang memperkenalkan Kelantan kepada penduduk luar. Jadi jika anda berkunjung ke kelantan, ambil la kesempatan untuk melihat sendiri bagaimana keropok lekor ini dihasilkan.
6. Kilang Laksam, Tempat Pembuatan Serunding & Kuih Akok
- Dewasa | RM40/pax
- Kanak-kanak | RM20/pax
- Kanak-kanak bawah 4 tahun | Percuma
12 Comments
kelantan pun banyak rupanya tempat menarik
ReplyDeleteSaya pertama kali ke Kelantan masa zaman sekolah tingkatan 3 ada school trip kak. Memang terpesona la dengan apa yang ada di negeri ini. Awal pagi bangun dah semua aktif berniaga. Macam-macam makanan ada. Biasanya kalau dengar sesiapa ke Kelantan, mesti nak berbelanja. Beli toto Narita, tiffin, pengukus, periuk, keropok, barang tradisional utk majlis perkahwinan dan macam-macam lagi. Hehe.
ReplyDeleteTambahan, jeram pasu, kolam air panas tok bak, dan kuih akok fizo omar yang ada di Pasir Puteh juga antara tempat menarik di Kelantan. Pasar Pasir Puteh pun banyak benda menarik juga. Pantai tok bali pun antara yang menarik juga di Kelantan
ReplyDeleteSisyat ore kelate tapi x semua tempat yang cikmin share ni sisyat sampai. Belum bkesempatan nak p sebab dah kerja luar kelate 😊
ReplyDeleteSo many places to visit and things to see and do in Kelantan. Yeah, Negeri Kelantan mempunyai Budaya yg unik.
ReplyDeletelove it and now i know where to lepak in kelantan. thanks for sharing this informative article! :)
ReplyDeletekite suka anggap kelantan ni sbg syurga makanan tradisi! suka makanan2 kat sini. kalau gi kelantan wajib makan akok gn nasi kerabu oooh sedap dooh!
ReplyDeleteMemang betul lama gile kita tak sampai Kelantan ni hehehehe bestnya kat sana masih tetap menarik dan banyak tempat hebat untuk kunjungi dengan makanan yang enak-enak belaka ni hehehe suka makanan sana sedap rindunya...
ReplyDeleteKelantan ni memang syok sebab banyak tempat menarik dan tempat makan sedap. Harga pun sangat berpatutan. Ok, ada masa nanti nak ke sana la.
ReplyDeleteWow macam best, banyak tempat boleh explore kat Kelantan. I hope i can go there soon.
ReplyDeleteBanyaknya tempat menarik kat Kelantan ni..paling suka yang buat laksam tue.. Hopefully sempat grab package ni and visit Kelantan..
ReplyDeleteAm mmg plan nak jenjln ke pantai timur pas pkpb nie.. leh la refer tmpt yg kak meen sarankan nie
ReplyDelete