Guardian Malaysia, peneraju farmasi, kesihatan dan kecantikan runcit telah melancarkan Anugerah Healthy Beauty 2020 pada 2 September yang lalu, yang memberikan peluang kepada lebih tiga juta pelanggannya untuk mengundi jenama-jenama kegemaran mereka serta memenangi pelbagai hadiah menarik bernilai sehingga RM50,000.
Undian bagi peraduan
anugerah apresiasi jenama tahunan ini bermula pada 2 September 2020 dan bakal
berakhir pada 30 September 2020.
Sebelumnya dikenali
sebagai Anugerah Most Voted Brands, ia kini ditukar kepada Anugerah Healthy
Beauty.
Anna Ng, Pengarah Pemasaran Runcit, Guardian Health And Beauty,
Malaysia dan Singapura berkata: “Pencarian jenama-jenama terbaik oleh
pelanggan Guardian ini bertujuan untuk memberi kuasa kepada pelanggan untuk
memilih produk kecantikan sihat yang terbaik di dalam industri yang ditawarkan
di semua stor Guardian. Jadi saya menyeru kepada semua pelanggan untuk
menyuarakan pandangan dan pilihan anda.”
“Di Guardian, para pelanggan adalah keutamaan kami dan platform undian pelanggan sebenar yang unik ini adalah sangat relevan pada masa ini kerana Guardian didorong untuk menjalinkan hubungan yang mantap dengan pelanggan dan memahami keperluan gaya hidup, pilihan dan tingkah laku mereka yang sentiasa berubah dan berkembang.”
Mr. David Wong, Marketing Manager Guardian memberi ucapan |
“Saya percaya Anugerah
Healthy Beauty 2020 Guardian Malaysia adalah di antara anugerah paling
berprestij dan paling definitif di dalam pasaran hari ini dengan mengambil kira
kepelbagaian dan keluasan rangkaian produk, jenama dan kategori yang terlibat.”
“Tambahan pula, undian
diambil secara keseluruhan, ini akan memberikan gambaran yang adil terhadap
jenama yang paling menawan dan memberi impak kepada pelanggan. Jenama-jenama
akan memperolehi pemahaman yang lebih mendalam tentang pemilihan jenama oleh
pengguna dengan lebih 70 pemenang dalam 6 kategori anugerah iaitu ‘Jenama Baru
Terbaik’, ‘Undian Tertinggi Pilihan Influencer’, ‘Kosmetik’, ‘Penjagaan
Kulit’, ‘Penjagaan Diri’ dan ‘Penjagaan Kesihatan’,” jelas Anna.
Meraikan gaya hidup
digital majoriti pelanggan masa kini, proses undian akan dikendalikan
sepenuhnya dalam format digital. Ini bermakna, semua undian akan diadakan di
dalam talian.
“Dan untuk undian tahun
ini, tiada pembelian diperlukan untuk menyertai peraduan. Apa yang
pelanggan perlu lakukan adalah untuk mendaftar di www.hba2020.guardian.com.my melalui platform media sosial mereka atau daftar
secara manual dan mula mengundi. Tiada had bilangan penyertaan dikenakan
jadi pelanggan boleh menghantar sebanyak mana penyertaan yang mereka mahu,”
tambah Anna.
Selepas mengundi, setiap
pengundi akan menerima e-baucar RM10 yang boleh dituntut di Stor Dalam Talian
Guardian dengan pembelian minimum sebanyak RM100 dalam satu resit sepanjang
tempoh peraduan berlangsung.
Peraduan ini terbuka
kepada semua pelanggan berusia 18 tahun dan ke atas. Pemenang akan dipilih berdasarkan penyertaan dengan
undian yang paling tepat dengan senarai keseluruhan pemenang Anugerah
Healthy Beauty 2020.
Untuk maklumat lanjut
dan terma dan syarat penuh Anugerah Healthy Beauty 2020 Guardian dan undian,
sila layari http://www.hba2020.guardian.com.my/.
Jadi mulalah mengundi
dan rebut peluang untuk memenangi hadiah-hadiah hebat September ini!
Tentang Guardian Malaysia
Guardian Malaysia bermula sebagai sebuah kedai runcit farmaseutikal berkeluasan 200 kaki persegi, yang menyajikan perkhidmatan kepada komuniti ekspatriat 53 tahun lalu. Hari ini, ia merupakan peneraju rangkaian kesihatan, kecantikan dan farmasi runcit di negara ini, dengan lebih 450 buah stor di seluruh negara, menyediakan pelbagai produk kesihatan, kecantikan dan farmaseutikal yang tiada tandingannya. Rangkaian stor-stor ini menyediakan perkhidmatan kepada lebih 3 juta pelanggan di seluruh negara.
1 Comments
Bestnya grand prize dia !
ReplyDelete