Bercakap tentang Kelantan pasti ramai yang terbayangkan makanan yang enak-enak dan bagi mereka yang tidak mengenali Kelantan secara dekat, Pasaraya Siti Khadijah menjadi bayangan yang bermain di dalam kepala.
Tapi tahukah anda bahawa di Kelantan terdapat terlalu banyak tarikan yang wajib anda kunjungi jika menjejakkan kaki ke negeri serambi Mekah ini. Disebabkan terlalu banyak 'hiden germ' yang masih belum dikunjungi khasnya oleh masyarakat luar, maka kerajaan Kelantan dengan usahasama pelbagai pihak seperti Tourism Malaysia Wilayah Timur/Kota Bjaru, Majlis Perbandaran Kota Bharu, syarikat penerbangan Firefly, Jasa Teratai Holidays dan Asia Travel & Tours telah bergandingan melancarkan pakej yang dinamakan Kelantan Sightseeing Tour.
Pakej Sightseeing Tour | 3 Pakej Laluan Yang Berbeza
Demi menarik minat pelancong untuk mengenali dengan lebih dekat tentang negeri Cik Siti Wan Kembang ini, terdapat 3 pakej yang berlainan yang ditawarkan di dalam pakej Kelantan Sightseeing Tour yang mengambil masa kira-kira 3 jam atau 3 jam lebih untuk setiap sesi/pakej.
Pakej 1
9.00 AM – 12.30 PM
Kelantan Sightseeing Tour
Pick up/Drop Off Points
1.Jewel Hotel
2.Aslah Boutique Hotel
3.Perdana Hotel
4.Crystal Lodge Hotel
5.Grand Riverview Hotel
Route Map & Bus Stop Indication
(Start/End Point – Dataran Muhammadi)
1.Akok Handmade Factory
2.Serunding Factory
3.Ayu Fashion Batik
4.Rattan & Mengkuang
Handycraft Shop
5.Sitting Buddha
6.Pengkalan Kubur (Free Duty
Zone)
Pakej 2
14.20 PM – 18.00 PM
Kelantan Panoramic Tour
Pick up/Drop
Off Points
1.Jewel
Hotel
2.Aslah
Boutique Hotel
3.Perdana
Hotel
4.Crystal
Lodge Hotel
Grand
Riverview Hotel
Route Map
& Bus Stop Indication
(Start/End
Point – Dataran Muhammadi)
1.Batik
Factory
2.Kite
Making
3.Keropok
Handmade Industry
4.Pantai
Mek Mas
5.Pantai
Cahaya Bulan (PCB
Pakej 3
9.00 AM – 12.30 PM
Pick up/Drop Off Points
1.Jewel
Hotel
2.Aslah
Boutique Hotel
3.Perdana
Hotel
4.Crystal
Lodge Hotel
5.Grand
Riverview Hotel
Route Map & Bus Stop
Indication
(Start/End Point – Dataran
Muhammadi)
1.Floating
Market Pengkalan Datu
2.Lighting
House
3.Pantai
Nami
4.Perahu
Kolek
5.Masjid
Arrahman
Pakej Menarik Pada Harga Promosi Bermula 10 September 2020 sehingga 31 Disember 2020
Buat pengetahuan terdapat 2 sesi untuk setiap pakej telah disediakan setiap hari. Dua sesi ini adalah sesi pagi yang bermula pada pukul 9 pagi dan berakhir pada pukul 12.30 tengahari dan sesi kedua iaitu sesi petang akan bermula pada pukul 2.20 petang dan berakhir pada pukul 6 petang. Setiap sesi berharga :
Dewasa | RM80/pax
Kanak-kanak | RM40/pax
Kanak-kanak bawah 4 tahun | Percuma
Namun ini berita baik untuk anda semua kerana bermula 10 September 2020 sehingga 31 Disember 2020 harga promosi yang telah ditetapkan dengan potongan sebanyak 50% iaitu :
Dewasa | RM40/pax
Kanak-kanak | RM20/pax
Kanak-kanak bawah 4 tahun | Percuma
Wah..murah sangat tu! Rasanya inilah masanya untuk kalian lebih mengenali negeri Kelantan yang terkenal dengan aneka makanan yang lazat serta cek mek cek mek kelate yang comey lotey belaka tu!
Pengalaman Aku Menyertai Kelantan Sightseeing Tour
Mendapat perkhabaran tentang pakej-pakej Kelantan Sightseeing Tour yang menarik ni, aku tak lepaskan peluang untuk turut serta. Maklum la, ini adalah negeri di mana aku bersekolah rendah dan negeri di mana aku membesar. Sedikit sebanyak terubat rasa rindu dihati bila menjejakkan kaki di sini. Terlalu banyak kenangan zaman kecil yang aku abadikan di negeri serambi Mekah ini.
Mengambil penerbangan Firefly yang hanya 1 jam perjalanan membuatkan aku lebih selesa untuk menyertai tour. Maklumlah, dengan mengambil penerbangan aku dah jimat masa di dalam perjalanan dan tidak akan menyebabkan aku keletihan di dalam perjalanan yang panjang dari KL menuju ke Kota Bharu.
Buat pengetahuan, Firefly menyediakan 3 destinati ke Kota Bharu dari Subang, Pulau Pinang dan Johor. Ini juga termasuk dengan 20g baggage allowance, fast check-in & boarding dan pastilah mengikut SOP yang telah ditetapkan.
Firefly menyediakan penerbangan ke Kota Bharu sebanyak :
Subang - Kota Bharu | 41 penerbangan seminggu
Pulau Pinang - Kota Bharu | 7 penerbangan seminggu
Johor - Kota Bharu | 3 penerbangan seminggu
Penerbangan menggunakan Firefly sangat selesa malahan complimentary minuman dan snek turut disediakan di dalam penerbangan.
Sesampai di Kota Bharu aku menginap di Hotel Jewels atau juga dikenali sebagai Hotel Habib kerana hotel ini adalah dibawah syarikat Habib Jewels.
Hotel yang mempunyai 40 buah bilik dengan 2 buah bilik suite ini sangat selesa dihuni terutama bagi mereka seperti aku yang datang semata-mata untuk melancong ke Kelantan ini. Hotel ini dilengkapi dengan restoran dan dewan.
Oh ya! Hotel Jewels ini juga adalah tempat pick up/drop off point untuk Kelantan Sightseeing Tour . Jadi memudahkan aku untuk menyertai tour yang bermula pada pukul 9 pagi tu. Pendek kata 'just nice' selepas bersarapan terus je menuju ke bas yang tersedia di hadapan hotel.
Jika ke Kelantan bersama keluarga tanpa pemandu pelancong biasanya agak sedikit 'lost' nak ke mana. Maka biasanya akan terus menuju dan mencari tempat yang sering meniti di bibir orang ramai seperti Pasar Siti Khadijah dan sebagainya. Tapi bila datang Kelantan menggunakan pakej Kelantan Sightseeing Tour ni, kita akan terus dibawa mengenali dengan lebih dekat bukan hanya tempat malah budaya negeri Cik Siti Wan Kembang ini.
Maka kita akan berpeluanglah untuk melihat bagaimana pembuatan wau iaitu permainan tradisi yang sangat terkenal di Kelantan. Aku sendiri berpeluang melihat kehalusan seni reka wau bulan yang sangat terkenal dan sinonim dengan negeri Kelantan.
Tidak hanya dibawa melihat pembuatan wau, aku turut dibawa ke tempat penghasilan keropok lekor. Jika ke Kelantan tak sah jika tak merasa keropok lekor. Ada 3 makanan yang jika anda datang ke Kelantan anda wajib cuba iaitu keropok lekor, akok dan serunding. Aku sendiri sepanjang trip ini memang bawa balik penuh luggage serunding dan keropok.
Tempat pembuatan keropok
acuan kuih akok..kami sempat singgah di tempat membuat kuih akok secara tradisional
Kilang serunding Kampung Laut yang sangat terkenal
Oh ye! Aku turut dibawa ke kilang membuat laksam dan laksa. Kali pertama dalam hidup aku pergi ke kilang sebegini dan melihat sendiri bagaimana laksam dihasilkan.
Laksam yang siap diproses
ini pula laksa yang diprosse kemudiannya direbus ke dalam air panas
Tak sah juga jika ke Kelantan tak membeli batik. Batik yang dihasilkan di negeri Kelantan ini kebanyakkannya dihasilkan secara tradisional dan hasil tangannya sangat halus. Aku menyaksikan sendiri bagaimana penghasilan batik .. Memang kagum dengan hasilnya.
gambar kredit : Mawardi Yunus
Tidak hanya dibawa ketempat-tempat yang aku ceritakan di atas, kami juga sempat singgah ke Pantai Kundur yang cantiknya tak kurang jika dibandingkan dengan Pantai Nami yang kini viral kerana seakan Pulau Nami yang terdapat di Korea.
Pendek kata, dengan harga promosi RM40 untuk dewasa & RM20 untuk kanak-kanak ini sangat berbaloi untuk anda terokai keunikan negeri Kelantan. Ye la..pada pendapat aku sendiri, jika ke Kelantan terutamanya bagi mereka yang buat pertama kali menjejakkan kaki ke sini, lebih jimat berganda-ganda jika terokai Kelantan melalui pakej Kelantan Sightseeing.
Jika anda berminat untuk mengikuti pakej-pakej yang ada bolehlah membuat tempahan atau mendapatkan maklumat lebih lanjut di :
LH memang kalau balik kelantan kitorang satu family akan jalan-jalan. Btw, Kelantan pun ada kolam air panas juga tau. Jeram pasu pun antara tempat menarik di Kelantan. And Kelantan pun ada jual akok Fizo Omar. Makanan Kelantan yang LH paling suka laksam, pau goreng @ dipanggil roti goreng, etok salai, sira pisang and air nira. Uish, sedak tu 😋
Amboi, cantik jugak tengok exterior Hotel Jewels tu ya... Macam dok melambai-lambai memanggil kami sekeluarga untuk berkunjung je gayanya... Nampak penuh kesenian wau yang pakcik tu pegang... Tertarik sungguh saya melihatnya...
Lamanya tak visit Kelantan.. Last pergi pun time Raya Haji sebab ada kenduri.. Memang tak explore la jadinya.. Most of the time dalam kereta on the road jer... Hehehe... Nak try this package la bila g sana nanti...
Bestnya dpt jelajah sendiri industri di kelantan mcm ni. Suka tgk kalau info mengenai pantai timur ni dekat dihati. Nanti nak plan jalan ke kelantan lagi la
Lama tak pergi Kelantan, dulu ikut trip blogger pergi sana seronok sangat kelantan dengan makanan dia. Tengok kak min share lagi tempat best2 rasa mcm triggered je nak pergi lagi.
Hai. Saya Cik Min, pemilik blog ini yang suka membebel dalam banyak perkara. Namun, bebelan saya bersifat positif demi untuk perbaiki diri dan orang yang membaca blog ini.
12 Comments
Nanti dtg la lagi ke kelate, ok?
ReplyDeleteInsyallah abam kie hehe..memang rasa nak gi lagi sebab lom gi pasar terapung tu hehe
DeleteSuka akan suasana & Budaya yang begini. 😍😍😍
ReplyDeletebagus usaha mcm nie sbb ramai yg tak tahu kelantan nie sebenanrnya byk tempat yg menarik
ReplyDeleteSebit Kelantan, Nur ingat Rantau Panjang dgn PCB aje. Bila baca ni, baru tahu banyak tempat best dekat Kelantan
ReplyDeleteLH memang kalau balik kelantan kitorang satu family akan jalan-jalan. Btw, Kelantan pun ada kolam air panas juga tau. Jeram pasu pun antara tempat menarik di Kelantan. And Kelantan pun ada jual akok Fizo Omar. Makanan Kelantan yang LH paling suka laksam, pau goreng @ dipanggil roti goreng, etok salai, sira pisang and air nira. Uish, sedak tu 😋
ReplyDeleteAmboi, cantik jugak tengok exterior Hotel Jewels tu ya... Macam dok melambai-lambai memanggil kami sekeluarga untuk berkunjung je gayanya... Nampak penuh kesenian wau yang pakcik tu pegang... Tertarik sungguh saya melihatnya...
ReplyDeletefirst time tengok cara orang proses laksam macam tu. baru tau
ReplyDeleteCantiknye cik min hotel habib jewel. Nak gi kelantan lagi ni. Jalan2 cari makan
ReplyDeleteLamanya tak visit Kelantan.. Last pergi pun time Raya Haji sebab ada kenduri.. Memang tak explore la jadinya.. Most of the time dalam kereta on the road jer... Hehehe... Nak try this package la bila g sana nanti...
ReplyDeleteBestnya dpt jelajah sendiri industri di kelantan mcm ni. Suka tgk kalau info mengenai pantai timur ni dekat dihati. Nanti nak plan jalan ke kelantan lagi la
ReplyDeleteLama tak pergi Kelantan, dulu ikut trip blogger pergi sana seronok sangat kelantan dengan makanan dia. Tengok kak min share lagi tempat best2 rasa mcm triggered je nak pergi lagi.
ReplyDelete