Limau Kasturi Baik Untuk Kesihatan? Fakta atau Mitos?

Limau Kasturi (Citrus Microcarpa) bukan sahaja terkenal sebagai bahan penambah rasa dalam masakan mahupun minuman malah sebenarnya limau kasturi mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan. Namun sejauh mana kebenaran bahawa limau kasturi baik untuk kesihatan? Berikut adalah 2 fakta mengenai limau kasturi.

MUST BUY] Pokok LIMAU KASTURI (Calamansi Lime)/Live Plant #kitchengarden  #herbs | Lazada

 

1. Floretin-G

Limau jenis ini tergolong dalam kumpulan dihidro-kalkon dan hadir dengan salah satu komponen berkhasiat yang dipanggil Floretin-G.Floretin biasanya didapati di dalam buah epal, sebahagian limau tropika dan teh rooibos, namun kajian mendapati bahan floretin banyak terdapat pada bahagian tertentu pada limau kasturi.

Menurut pakar pemakanan, bahan floretin-G juga boleh dijumpai di dalam epal hijau dan kombinasi antara bahan floretin bersama asid ferulic telah dijual di pasaran antarabangsa sebagai bahan kosmetik anti kedut dan pemutih wajah semulajadi.

Kuantiti Floretin-G yang diekstrak didapati telah meningkat jika dirawat menggunakan campuran enzim terpilih malah, bahan floretin-G juga stabil pada suhu dan tekanan tinggi. Kajian jangka hayat minuman limau kasturi juga menunjukkan kandungan floretin-G masih stabil walaupun telah disimpan selama 18 bulan pada suhu bilik selain pelbagai ujian termasuk sensori dan penerimaan pengguna terhadap produk minuman ini telah dijalankan.

Jurnal Shikin Razali: Rahsia di sebalik limau kasturi
Gambar Ihsan dari Shikinrazali.com

 

2. Antioksidan

Antioksidan adalah bahan yang dikenal pasti dapat menghapus atau melemahkan radikal bebas dengan 'mendermakan' elektron kepada radikal bebas. Inilah caranya antioksidan bertindak menstabilkan radikal bebas sekaligus melindungi kerosakan sel badan.

Kajian preklinikal ke atas limau kasturi juga menunjukkan ia boleh menstabilkan sel darah merah, menurunkan trigliserida dan kreatinin.Hasilnya, ramai yang menyukai minuman limau kasturi kerana rasanya kurang pahit selain penuh dengan khasiat semulajadi. Buat pengetahuan, terlalu banyak khasiat yang terdapat di dalam limau kasturi untuk kesihatan antaranya ialah mengurangkan asma, melangsingkan badan, menghilangkan bau badan dan banyak lagi.


Cellcode Gandakan Lagi Kebaikan Limau Kasturi Dengan Teknologi MARDI

Pasukan Saintis daripada Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) telah berjaya melakukan penyelidikan berkenaan limau kasturi.


Tujuan utama penyelidikan ini adalah untuk mengekstrak bahan akif semulajadi bagi tujuan penghasilan antioksidan yang lebih tinggi. Bahan tersebut ialah Floretin-G, Vitexin dan Asid Ferulik. Khasiatnya yang lain juga akan keluar dengan lebih banyak apabila melalui proses fermentasi bersama dengan enzim halal yang diimport khas dari Denmark.

Penyelidikan ini mendapati limau kasturi mempunyai khasiatnya yang tersendiri seperti floretin-G yang mengandungi aktiviti antioksidan yang jauh lebih tinggi berbanding epal dan teh hijau. Lebih membanggakan, produk tempatan ini juga mengandungi kandungan antioksidan yang jauh lebih tinggi berbanding produk antioksidan yang berada di pasaran. 
Dari hasil penyelidikan ini, maka terciptalah produk yang diberi nama Cellcode.

 Khasiat Cellcode Untuk Kesihatan

Membantu menurunkan kadar kolestrol jahat Low-density lipoprotein (LDL)

Kolesterol berkait dengan penyakit jantung apabila kandungan kolesterol yang terlalu tinggi menjadi toksik dan menyumbang kepada penyakit arteri koronari.

 

Peningkatan aliran darah arteri koronari

Mencegah darah daripada menjadi beku yang boleh menyebabkan serangan jantung dan strok.

 

Menyokong fungsi sihat dan menguatkan otot jantung

Mampu mengepam lebih banyak darah ke tisu badan.

 

Meningkatkan kecergasan dan tenaga

Dapat menstabilkan Hemoglobin (molekul protein) dalam sel darah merah yang membawa oksigen dari paru-paru ke seluruh tisu badan.

 

Membantu mengurangkan keradangan

Floretin dan Vitexin adalah ejen anti-radang untuk merawat sakit sendi (artritis)

 

Menurunkan aras kreatenin

Aras kreatenin (molekul kimia) yang tinggi, yang   dihasilkan melalui proses metabolism dalam otot pada tubuh seseorang, boleh menyebabkan kesan yang buruk terhadap buah pinggang.

 

Membantu untuk meningkatkan sisitem imuniti tubuh

Melawan penyakit dan dapat mengelakkan jangkitan.

 


Khasiat Cellcode untuk kulit :


Melambatkan proses penuaan dengan menentang radikal bebas

Floretin-G mempunyai kesan antioksidan kuat dan boleh menghalang tindak balas rantaian yang menyebabkan sel rosak. Kerosakan tersebut berlaku apabila radikal bebas mencuri electron lemak dalam membrane sel kulit.

 

Cerahkan tompok hitam, pigmentasi dan jeragat

Dapat mengawal tyrosinase (enzim) yang menjadi pemangkin penghasilan melanin kulit.

 

Meningkatkan ketegangan dan keanjalan dan kelembapan pada kulit

Floretin-G dapat membantu menghalang matriks metalloproteinase (MMP-1) iaitu enzim yang merosakkan tisu penghubung dan meleraikan Fibroblas dalam kulit. Peranan Fibroblas adalah untuk menghasilkan kolagen. Kolagen dan elastin iailah protein yang membentuk struktur lapisan kulit yang lebih mendalam, memberikan ketegangan, keanjalan dan kelembapan pada kulit.

 

Melindungi kulit daripada sinaran UV yang berbahaya

Apabila Floretin-G, Asid Ferulik dan Vitamin C bergabung, antioksidan dapat memberikan kesan perlindungan daripada sinaran UV yang berbahaya.

 

Mengurangkan kedutan dan garis-garis halus

Floretin-G merencatkan proses A.G.E (Advanced Glycation End products) dengan menghalang gula yang diangkut melalui sel-sel darah merah. Ini melambatkan proses penyimpanan gula di dalam sel-sel kulit.

 


Pengalaman Peribadi Aku Mengunakan Cellcode

Sebenarnya aku mengenali produk tempatan yang mempunyai sijil KKM dan HALAL JAKIM ini sejak sebulan yang lalu. Bagi yang memang mengikuti blog aku mesti pernah membaca artikel ini https://www.bebelancikmin.com/2020/08/cellcode-hasil-penyelidikan-mardi.html . Aku mengenali Cellcode semenjak aku menghadiri majlis pelancaran pada bulan Ogos yang lalu dan sejak itu aku menyukai produk yang penuh dengan khasiat untuk kesihatan ini.


Seperti yang aku terangkan di atas, terlalu banyak khasiat dan manfaat Cellcode termasuk untuk kecantikan. Dari segi rasa, minuman Cellcode ini agak masam (maklumlah menggunakan pati sebenar limau kasturi) namun rasanya sedap dan sudah pastilah masamnya tidak keterlaluan.

Cara pengambilannya, aku tidak mengkonsumsi produk ini saban hari tapi aku mengambil hanya ketika perlu kerana produk ini mampu memberikan tenaga tambahan. Jadi, ketika badan tidak terlalu penat atau lesu aku tidak mengkonsumsi produk ini. Memandangkan aku agak sering membuat liputan 'travel' maka aku amat memerlukan produk yang mampu memberi dan memulihkan tenaga.



Dan waktu yang paling baik mengkonsumsi Cellcode adalah ketika awal pagi (sebelum sarapan) dan seeloknya bersarapan selepas 1 jam pengambilan Cellcode

Perubahan ketara sejak mengambil produk ini sudah pastilah dari segi tenaga. Misalnya, aku baru sahaja pulang dari lawatan kerja di Kelantan dengan usahasama Tourism Kelantan. Bagi yang berkecimpung dalam bidang yang sama dengan aku pasti tahu betapa jadual untuk setiap kali kerja 'travel' ni agak 'tight' yang biasanya akan bergerak seawal pagi dan berakhir di malam hari. Keadaan ini akan membuatkan badan akan keletihan namun Alhamdulillah sejak mengambil produk Cellcode ni dah habis waktu bekerja pun masih boleh melepak hingga lewat malam.

Namun untuk kesan yang optima anda disarankan untuk mengambil 1 botol setiap hari dan sudah pastilah dalam jangka masa yang panjang sekiranya anda ingin dapatkan hasil dari segi kecantikan juga.

Hari ketiga di Kelantan masih berseri dan bertenaga walaupun jadual agak padat dari pagi hingga malam


Cepat! Rebut Peluang Dapatkan Celcode Pada Harga Terendah Sempena Hari Kemerdekaan & Hari Malaysia Sehingga 20 September 2020 ini

Bagi mereka yang mementingkan kesihatan dan kecantikan, inilah peluangnya untuk anda merebut peluang keemasan yang dibuka oleh Cellcode di mana sempena Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia mereka telah menjual Cellcode pada harga terendah iaitu hanya RM89 sahaja (harga asal RM119.90).


Bukan hanya menjual pada harga terendah setakat ini, malah pembeli akan dihadiahkan dengan Vacuum Flask yang bernilai RM29 dan  sangat menawan.



Jadi setelah membaca segala kebaikan yang ada di dalam Cellcode ini, janganlah berlengah lagi untuk mendapatkan produk berkualiti ini pada harga RM89 sekarang kerana harga promosi ini hanya sehingga 20 September 2020 SAHAJA.

Sebarang pembelian hendaklah dibuat melalui laman web mereka dan sekiranya anda memerlukan lebih maklumat boleh juga melayari muka buku dan Instagram Cellcode seperti yang tertera di bawah :

Facebook : cellcode.my
Instagram : cellcode.my

Post a Comment

2 Comments

  1. Cellcode minum macam mana?terus minum ja kan tak perlu bancuh ka apa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye terus minum je..buka penutup dan minum terus

      Delete